in

Kini Anda Boleh Buat Aduan Masalah Khidmat Penghantar Makanan Ke Kerajaan

ADVERTISEMENT

Sejak akhir akhir ini, banyak masalah kedengaran di media sosial berkaitan perkhidmatan penghantaran makanan (p-hailing).

Rungutan ada datang daripada pengguna, penghantar dan juga para peniaga dan vendor yang menyediakan makanan.

ADVERTISEMENT

Susulan daripada itu, KPDNHEP (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna) kini telah mewujudkan saluran khas dalam memudahkan para peniaga dan juga pengguna untuk menghantar aduan atau sebarang masalah.

Tujuan mewujudkan saluran tersebut adalah untuk merangka penyelesaian secara komprehensif untuk mewujudkan ekosistem perniagaan secara menang-menang untuk semua pihak

Sejak bermulanya wabak pandemik, syarikat penyedia perkhidmatan penghantaran makanan tumbuh seperti cendawan selepas hujan sebagai contoh AirAsia Food, BungkusIt dan ShopeeFood. Manakala perkhidmatan seperti FoodPanda dan GrabFood menjadi semakin popular.

Baca juga: ShopeeFood Perkhidmatan Pesanan Makanan Terbaharu Dari Shopee!

Namun populariti FoodPanda dan GrabFood mengundang sejumlah masalah di mana terdapat rungutan daripada pihak terlibat berkaitan penghantaran, khidmat yang ditawarkan, harga, komisyen dan sebagainya.

Untuk rekod, KPDNHEP telah menerima 1,903 aduan mengenai perkhidmatan sebuah syarikat p-hailing sepanjang tahun lalu, manakala 946 aduan sejak Januari hingga Ogos tahun ini.

KPDNHEP juga menerima 30 aduan mengenai sebuah lagi syarikat pada tahun 2020 dan 43 aduan diterima mengenai syarikat p-hailing tersebut sejak Januari hingga Ogos tahun ini

Sama ada anda pengguna, peniaga atau penghantar makanan yang menghadapi masalah dengan khidmat penghantaran makanan ini, boleh kemukakan aduan terus hari ini melalui emel [email protected]

Sumber: MyMetro

Written by affiq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Cara ‘Detect’ Pencuri Wifi Rumah Anda. Boleh ‘Block’ Terus!

Wanita Ini Kongsi 7 Petua Semula Jadi Hilangkan Tumit Kaki Merekah!