6 Aktiviti Yang Semakin Popular Di Malaysia Sejak PKP Dilaksanakan

Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula sejak tahun 2020 yang lepas telah mengenakan perintah berkurung kepada rakyat Malaysia. Yang bekerja terpaksa bekerja di rumah, restoran hanya dibenarkan beroperasi secara penghantaran, sekolah ditutup dan hanya essential servis premis dibenarkan beroperasi.

Akibatnya rakyat Malaysia terpaksa duduk di dalam rumah dalam tempoh yang lama. Tempoh yang lama ini membuatkan pelbagai aktiviti tercetus bagi menghilangkan kebosanan. Selepas sedikit kebebasan diberikan ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), semakin ramai keluar melepas kebosanan dengan aktiviti-aktiviti yang baru.

Berikut kami senaraikan aktiviti yang menjadi popular di Malaysia sejak perlaksanaan PKP mengikut pada pengamatan kami.

1 – Berbasikal

Aktiviti sukan berbasikal di Malaysia sebenarnya bukanlah aktiviti yang baru. Namun sejak perlaksanaan PKPP di mana rakyat di beri kebebasan untuk bergerak, aktiviti sukan berbasikal menjadi semakin popular.

Ini berikutan beberapa selebriti dan artis mula menceburi sukan berbasikal ini dan menjadi ikutan rakyat Malaysia. Sebagai buktinya anda boleh lihat daripada pertambahan pengayuh di atas jalan raya diseluruh Malaysia.

Sumber gambar: Teh tarik kaw

2 – Berkhemah

Bercamping sememang perkara yang tak ramai dilakukan oleh rakyat Malaysia sebelum ini. Ini kerana aktiviti bercamping adalah aktiviti yang tidak menjanjikan keselesaan kerana perlu bermalam di hutan tanpa capaian internet dan tidur yang selesa. Namun aktiviti berkhemah ini menawarkan ketenangan jiwa dan pengalaman yang luar biasa.

Sejak perlaksanaan PKP, ramai rakyat Malaysia terpaksa terperam di dalam rumah. Sehinggakan tular satu posting di mana rakyat Malaysia berkhemah di dalam kawasan rumah demi melepaskan gian dan tekanan akibat PKP.

Selepas perlaksanaan PKPP, aktiviti pelancongan dalam negara terus rancak dan banyak tempat-tempat berkhemah mula tular di laman sosial membuatkan semakin ramai orang berminat dengan aktiviti berkhemah ini.

Sumber gambar: Libur

3 – Camper Atau Motorhome

Camper atau motorhome adalah pengubahsuaian kenderaan seperti van menjadikannya rumah bergerak yang lengkap dengan kemudahan tandas, dapur, bilik air, televisyen di dalamnya.

Jika di luar negara, aktiviti camper atau motorhome ini sememangnya bukan sesuatu yang baru. Sesetengah orang berpendapat camper di dalam negara kurang sesuai disebabkan oleh undang-undang jalan raya yang ketat, geografi, cuaca dan juga faktor keselamatan.

Namun, aktiviti camper atau motorhome kini mula masuk ke dalam Malaysia dan mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Terdapat beberapa syarikat membuat sewaan camper atau motorhome ini. Malah ada juga bengkel yang menyediakan servis pengubahsuaian kenderaan menjadi camper van atau motorhome. Selain itu, tapak berkhemah khas untuk kenderaan ini juga semakin bertambah.

Sumber gambar: Berita Harian

4 – Memasak

Semasa bermulanya PKP, antara yang menjadi tular di dalam kalangan rakyat Malaysia adalah berkaitan dengan makanan. Antaranya yang tular adalah berkaitan dengan roti garnedia yang kehabisan stok, gambar-gambar rak makanan di pusat beli belah yang kosong dan juga Kopi Dalgona.

Selain itu, sejak tularnya kisah kejayaan seorang Youtuber berbangsa india yang mencapat setengah juta subscriber dalam masa sebulan, semakin ramai orang mencuba nasib membuka channel memasak youtube masing-masing.

Sumber gambar: Kumparan

5 – Berlari

Aktiviti sukan berlari bukanlah sesuatu yang baru di Malaysia. Namun sejak perlaksanaan PKP di mana rakyat Malaysia perlu berada di rumah terlalu lama membuatkan paras kesihatan menurun akibat terlalu lama tidak bersenam.

Jadi selepas perlaksanaan PKPP di mana aktiviti bersukan dibenarkan, semakin ramai mengambil kesempatan untuk jalani hidup yang lebih sihat dengan bersukan. Dan sukan yang paling mudah adalah dengan berlari.

Sumber gambar: ohsemput

6 – Bercucuk Tanam

Akibat terpaksa terperap di dalam rumah terlalu lama, ramai orang mula mencari sesuatu untuk dibuat untuk menghilangkan kebosanan. Antara yang menjadi pilihan adalah bercucuk tanam. Namun oleh kerana tidak semua dari kita mempunyai kawasasn luas untuk bercucuk tanam, sistem hydroponic menjadi pilihan.

Sistem hydroponic sangat mudah dan menjimatkan ruang. Antara tanaman yang boleh ditanam dengan menggunakan sistem ini ialah cili, tomato, timun dab bayam. Selain dapat berbakti kepada tanah, anda juga akan dapat menggunakan bahan mentah yang segar dari kebun anda sendiri.

Sumber gambar: sistem hidroponik
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: