in , , ,

Astro Tawarkan 13 Saluran Baharu Bermula Hari Ini

ADVERTISEMENT

Kesan daripada pengambil-alihan syarikat televisyen FOX oleh Disney melihatkan syarikat itu akan menghentikan siaran televisyen di rantau Asia Tenggara secara berperingkat.

Berikutan itu, Astro mula menggantikan saluran-saluran FOX yang ditawarkan sebelum ini dengan saluran baharu. Ini termasuklah pakej Family Pack, Movies Pack, Variety Pack, Learning Pack dan Sports Pack.

ADVERTISEMENT

Antara senarai lengkap 13 saluran baharu yang akan ditawarkan kepada pelanggan sebagai gantian. 2 daripada 13 saluran adalah saluran berbayar On Demand.

Saluran HBO Hits, HBO Family, SHOWCASE MOVIES, BBC Lifestyle, BBC Earth,
Paramount Network, Lifetime dan PRIMEtime akan mula ditawarkan bermula hari ini.

Manakala saluran Astro SuperSport 5, Astro Arena 2 dan SPOTV pula akan ke udara pada 1 October dan seterusnya saluran On Demand BBC Brit dan BBC First pula ke udara pada pertengahan Oktober.

Saluran-saluran FOX, FOX Life, FX, FOX Family Movies, FOX Action Movies, FOX Movies, FOX Sports, FOX Sports 2, FOX Sports 3, dan Nat Geo People akan ditamatkan bermula 30 September.

Walaubagaimanapun, kandungan saluran FOX yang ditawarkan selama ini akan boleh ditonton menerusi perkhidmatan penstriman Disney+ Hotstar yang juga kini termasuk dalam langganan Astro Movie Pack.

Written by affiq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Promo Vaksin Buy 1 Free 1 KFC Snack Plate & Pizza Hut

Resepi Cekodok Pisang. Gebu Dan Kurang Minyak!