Cara Beli Channel Njoi, Harga Pek & Senarai Saluran Yang Ditawarkan
CARA BELI PEK SALURAN / CHANNEL NJOI
Adakah anda pengguna Astro Njoi? Seperti yang kita sedia maklum, selain saluran asas Njoi kini menawarkan pelbagai saluran tambahan yang boleh dibeli mengikut kesesuaian kita pada bila-bila masa sahaja!
Di sini kami akan kongsikan lebih lanjut cara beli saluran / channel di Njoi dengan mudah.
Selamat mencuba!
Apakah Njoi?
Njoi adalah siaran televisyen berbayar oleh Astro yang menawarkan 22 saluran TV dan 20 saluran Radio untuk hiburan, informasi dan pembelajaran.
Njoi adalah pilihan yang lebih menjimatkan berbanding Astro kerana harganya yang lebih murah.
Apa yang membezakan Njoi dengan Astro adalah:
- Tiada Bayaran Bulanan (anda hanya perlu bayar sekali sahaja untuk pendaftaran)
- Tiada Ikatan Kontrak
- Kos Bayar semasa pasang
Senarai Channel / Saluran Pek Prabayar Yang Boleh Kita Beli
Melalui saluran prabayar, anda boleh menikmati filem-filem terbaharu dari pawagam terus ke rumah anda.
Ia juga didatangkan dalam bentuk pek (beberapa saluran dalam satu pembelian) dengan harga yang lebih murah berbanding jika dibeli secara berasingan.
Hampir kesemua saluran yang ditawarkan di saluran Astro boleh dibeli jika anda merupakan pelanggan Njoi, contohnya:
- Pek Filem – HBO HD & Cinemax
- Explorer Pack – Discover, Discovery Channel, Animal Planet & Nat Geo Wild
- Korean Pack – KBS World HD, OhK! & tvN HD
- Kids Pack – Astro Ceria, Cartoon Network, Nickeledoen, Nick Jr & Boomerang
Untuk melihat senarai penuh saluran / pek prabayar berserta harganya, sila ke:
- Aplikasi My NJOI
- Saluran 200
- Laman web NJOI
Baca juga: Cara Tambah Lokasi Kedai / Bisnes / Perniagaan Online Di Google Map
Cara Beli Channel Njoi
Jadi, bagaimana cara untuk beli saluran ini?
Sila rujuk langkah di bawah:
Langkah 1: Pergi Ke Channel 200
Untuk membuat pembelian, sila pergi ke saluran 200 untuk memilih senarai saluran / pek untuk melihat harga dan promosi.
Ini paparan pada skrin di Channel 200. Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh tekan terus pada saluran atau pek yang kita berminat.
Boleh tengok harga pun dah tertera di situ.
Langkah 2: Pilih Pek / Saluran Yang Ingin Dibeli
Kalau dah confirm yang mana nak beli, boleh tempah melalui Whatsapp atau SMS.
Kita akan diberikan kod pembelian sekali untuk channel tersebut.
- Whatsapp : 03-9543 8100
- SMS : 33888
Langkah 3: Whatsapp Kod
Ini contoh mesej tempahan melalui Whatsapp. (Tak perlu top-up dulu pun tak apa. Nanti boleh terus buat bayaran)
Langkah 4 : Pembayaran
Seterusnya, pilih kaedah pembayaran. Contohnya kalau kita memang tak ada baki kredit / tak pernah top-up bolehlah terus pilih E-banking untuk buat pembayaran secara online.
Nanti link akan diberi untuk buat pembayaran secara internet banking.
Lengkapkan pembayaran dan tunggu mesej Whatsapp pengesahan.
Selesai!
Mudah kan?
Selepas ni bolehlah buka channel yang kita dah bayar tadi.
Selamat menonton!
Baca juga: PPN: SOP Terkini & Sektor Dibenarkan Beroperasi Pada Fasa 1, 2, 3 & 4
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://support.astro.com.my/category/njoi-bm ATAU terus Whatsapp soalan anda ke 03-9543 3838