Cara Padam Lambakan E-mel Yang Kita Tak Nak Secara Serentak
DECLUTTER GMAIL: CARA PADAM E-MEL YANG TIDAK DIPERLUKAN SECARA SERENTAK
Rimas betul dengan beribu-ribu e-mel yang berkumpul dalam inbox Gmail ni, kan?
Kebanyakannya pula yang tak penting seperti promosi, notifikasi daripada app dan sebagainya. Kalau nak padam satu-satu memang jenuh jugalah.
Makin susah kita nak cari e-mel yang penting jika Inbox penuh dengan perkara yang tak penting.
Kalau nak tahu, sebenarnya ada cara mudah untuk anda padam lambakan e-mel yang tak diperlukan sama ada yang sudah dibaca atau tidak.
Jom kita semak caranya!
Cara Padam Semua E-mel Yang Tidak Diperlukan Di Gmail
- Log masuk ke akaun Gmail anda.
- Tapikan label:read di ruang carian yang terletak di atas. Anda akan jumpai kesemua e-mel yang sudah dibaca.
- Untuk lihat semua e-mel yang belum dibaca, taipkan label:unread.
- Untuk padam semua e-mel tersebut, ‘tick’kan pada kotak kecil di atas kiri. Pilih ‘All’ untuk memadam semua e-mel.
- Kemudian, tekan ‘select all conversation that match this search’ untuk padam semua e-mel termasuklah yang ada di halaman lain.
- Tekan ikon tong sampah untuk padam semua e-mel yang telah dipilh.
Kredit Foto : businessinsider.com
Baca juga: Cara Order Starbucks & Menu Viral Kena Cuba
Cara Padam E-mel Promosi yang Dihantar ke Gmail
E-mel promosi biasanya dihantar oleh syarikat kepada pengguna berdaftar bagi mempromosikan produk.
Secara automatik, e-mel ini akan masuk ke tab ‘Promotions’.
Untuk memadam semua e-mel ‘Promotions’, ikuti langkah berikut :
1. Log masuk ke akaun Gmail anda.
2. Tekan tab ‘Promotions’ pada bahagian atas, bersebelahan tab ‘Social’.
3. Kemudian, ‘tick’kan kotak kecil untuk pilih semua e-mel.
4. Kemudian tekan ikon tong sampah untuk padam semua.
Kredit Foto : businessinsider.com
Tips Penting : Untuk padamkan e-mel daripada penghantar spesifik, taipkan “from:(alamat e-mel penghantar:read) dan ikuti langkah yang sama untuk memadamkan e-mel.
Tersalah Delete E-mel? Jangan Risau, Masih ada di Trash
Jika anda terpadam e-mel yang penting, anda boleh cari semula di bahagian ‘Trash’ yang terletak di bahagian menu sebelah kiri. Jika tidak jumpa, tekan butang ‘More’.
Semua e-mel yang anda sudah padam akan kekal di situ selama 30 hari sebelum dihapuskan daripada akaun anda.
Mudah bukan untuk ‘declutter’ semula akaun Gmail anda?
Dengan cara padam semua e-mel yang tak penting begini, barulah kita rasa lega sikit dan kurang berserabut.
Kalau tersalah padam pun tak mengapa, anda masih boleh cari semula di Trash sebelum semua e-mel di situ hilang dalam masa sebulan akan datang.
Selamat mengemaskini akaun Gmail anda dan semoga tips ini bermanfaat buat anda!
Baca juga: Cara Buat Sijil Online Google Form & 10 Contoh Templat Sijil Penghargaan
Sumber rujukan:
- How to mass-delete all your emails on Gmail at once
https://www.businessinsider.com/how-to-delete-all-emails-on-gmai