Rupanya Ini Cara Cas Telefon Dengan Betul Supaya Tak Mudah Rosak
6 TIPS & CARA CAS TELEFON DENGAN BETUL SUPAYA TAK MUDAH ROSAK
Seperti bateri lain, kekuatan bateri pada handphone juga boleh menurun semakin lama ia digunakan. Secara purata, handphone dapat bertahan selama 3 ke 5 tahun dengan charging cycle sebanyak 500 ke atas. Ini bermakna, handphone yang sudah digunakan lebih dari 3 tahun baterinya mungkin tidak sekuat handphone baru.
Biasanya, tiga perkara yang boleh merosakkan batteri handphone ialah usia handphone, suhunya, dan charging cycle.
Bolehkah bateri handphone rosak jika dicaj terlalu kerap atau terlalu lama?
Mari ikuti tips untuk cas telefon dengan betul supaya bateri handphone tidak mudah rosak!
6 Tips & Cara Cas Telefon Dengan Betul Supaya Tak Mudah Rosak
1. Waktu Paling Sesuai Untuk Cas Handphone
Antara tips penting yang pengguna handphone perlu amalkan ialah untuk pastikan bateri handphone berada dalam 30% ke 90% sepanjang masa.
Bila bateri sudah menurun ke 50%, anda bolehlah cas tetapi jangan cas sehingga penuh 100%. Oleh sebab itu, tabiat cas handphone sebelum tidur sebenarnya tidak baik untuk ketahanan bateri.
Kalau bateri handphone sudah sedia ada 80% ke atas, tak perlulah rajin untuk cas kerana ia akan membuatkan bateri cepat rosak.
Jadi, waktu yang terbaik untuk cas handphone ialah pada waktu pagi iaitu bila anda sedang bekerja. Sambil-sambil bekerja anda bolehlah tengok peratus handphone yang sedang dicas.
Untuk mengekalkan jangka hayat bateri handphone yang kebanyakannya diperbuat daripada lithium-ion, anda juga dinasihatkan untuk tidak gunakan handphone terlalu kerap pada 20% ke bawah.
Pendek kata, bila gunakan handphone, pastikan percentage bateri berada di pertengahan. Tidak terlalu rendah, tidak terlalu tinggi.
Kredit Foto : komando.com
2. Perlukah Handphone Dicas Sehingga 100% ?
Untuk memastikan bateri handphone bertahan bertahun-tahun, adalah lebih baik untuk anda cas handphone dengan kerap beberapa kali berbanding charge bateri penuh-penuh dari peratusan rendah.
Ingat lagi dengan terma charging cycle? Setiap kali handphone anda dicas sehingga penuh, ia akan dikira full charging cycle.
Untuk memastikan bateri handphone berfungsi dengan baik dalam jangka masa yang lama, elakkan full charge sebanyak yang boleh.
3. Pastikan Suhu Handphone Tidak Terlalu Panas
Suhu handphone yang terlalu panas juga boleh menyebabkan bateri cepat rosak.
Bila bateri handphone sudah mencapai 80% ke 90%, cabut charger terus, ya!
Tabiat cas handphone berpanjangan selepas mencapai 100% boleh menyebabkan bateri cepat panas.
Di samping itu, elakkan juga handphone anda pada persekitaran yang terlalu panas seperti di dalam kereta, di sebelah oven atau stove, di tepi tingkap atau di luar ketika cuaca panas.
Biasanya, bateri handphone hanya dapat berfungsi secara optimum di dalam persekitaran suhu di antara 20°C ke 30°C.
4. Elakkan Guna Handphone Ketika Sedang Dicas
Walaupun ramai yang tahu, tetapi masih ramai lagi yang suka menggunakan handphone ketika dicas. Tabiat ini akan melambatkan lagi proses pengecasan dan membuatkan bateri handphone anda ‘keliru’ sehingga tidak dapat berfungsi dengan baik dalam jangka masa yang lama.
Kredit Foto : dignited.com
5. Gunakan Charger Handphone Yang Berkualiti
Charger yang terbaik untuk handphone anda semestinya charger yang didatangkan sekali apabila anda membeli handphone.
Elakkan charger lain yang dijual dengan harga murah dan tidak jelas jenamanya.
Tidak berbaloi untuk anda ambil risiko semata-mata untuk berjimat. Sehingga ke hari ini, terdapat banyak kes charger murah rosak atau terbakar bila digunakan.
Jika anda memerlukan charger baru, belilah daripada pembekal yang dipercayai dengan jenama yang sama bagi memastikan handphone anda dapat bertahan lebih lama.
6. Tetapkan Setting Untuk Lindungi Bateri Handphone
Biasanya handphone model baru mempunyai setting khas untuk membantu anda cas handphone dengan lebih baik.
Anda boleh semak di bahagian ‘Setting’ handphone anda.
Tetapan ini kebanyakannya berfungsi untuk memastikan handphone anda dicas pada tahap yang optimum dan bagi elakkan full charge.
Contohnya bagi Samsung Galaxy Tab S7, ia mempunyai tetapan “Protect Battery” di bawah “Settings /Device Maintenance/ Battery” untuk menetapkan kapasiti caj kepada 85%.
iPhone pula mempunyai tetapan “Optimized Battery Charging” untuk perlahankan atau berhentikan pengecasan apabilan bateri dicas mencapai 80% mengikut keadaan.
Kredit Foto : techadvisor.com
Baca juga : Cara Hide Status Whatsapp Hanya Kepada Orang Terpilih Saja
Amalkan Cara Cas Telefon Dengan Betul Untuk Jangka Hayat Yang Lebih Panjang
Walaupun nampak remeh, sebenarnya cara dan tabiat anda cas handphone memainkan peranan yang sangat penting dan boleh menentukan jangka hayat bateri handphone. Elakkan daripada cas terlalu lama semalaman dan pastikan handphone berada pada suhu yang optimum.
Untuk membantu anda cas dengan lebih baik, anda juga boleh pasangkan setting khas untuk lindungi bateri handphone anda. Semoga perkongsian ini dapat membantu anda untuk menggunakan handphone dengan lebih cermat agar tahan lebih lama!
Sumber rujukan :
- 10 Tips for Charging Your Phone Correctly : https://www.telcoworld.com.au/news-blog/10-tips-for-charging-your-phone-correctly/
- How to Properly Charge a Phone Battery : https://www.techadvisor.com/how-to/mobile-phone/charge-phone-properly-3619623/