Cara Check Sijil Vaksin MySejahtera ‘Ori’, Jangan Terima Screenshot!

CARA CHECK SIJIL DIGITAL VAKSIN MYSEJAHTERA YANG ASLI, JANGAN SEKADAR TERIMA SCREENSHOT!

Telah banyak kemudahan yang diumumkan bagi penerima vaksin lengkap seperti mana yang boleh dirujuk dalam SOP Majlis Keselamatan Negara.

Antaranya adalah kemudahan rentas daerah / negeri bagi ibu bapa pasangan PJJ, kemudahan dine-in, rekreasi dan kapasiti kenderaan yang tidak lagi dihadkan kepada 2 orang.

Selain itu, kebanyakan premis, mall, dan restoran juga mengambil langkah selamat dengan hanya membenarkan mereka yang lengkap divaksin untuk masuk ke premis.

Ini menjadikan sijil digital vaksin semakin ‘laku’ sehingga ada yang sanggup menipu dan menggunakan sijil digital vaksin palsu atau milik orang lain.

Tindakan ini bukan saja tidak jujur, tetapi ia boleh menyebabkan imuniti kelompok lambat untuk dicapai bagi kesejahteraan dan keselamatan bersama.

Sebagai pemilik premis, anda boleh lakukan beberapa cara untuk mengelakkan penipuan sijil digital MySejahtera.

Kita minta majikan dan pekerja premis boleh jaga keselamatan pelawat / pengunjung yang masuk ke dalam premis dari dijangkiti oleh ‘geng’ yang tidak bertanggungjawab ini.

Jom tengok langkahnya di sini.

Cara Periksa Sijil Digital Vaksin Di MySejahtera Bagi Mengelakkan Penipuan

Cara untuk memeriksa Mysejahtera agar salah satu cara penipuan boleh dikurangkan, dan salah satu caranya dikongsikan oleh Dr Arisman di Facebook.

Langkah membuat semakan adalah seperti berikut:

  1. Jangan terima gambar screenshot sahaja. Jika ada masalah pada internet, minta tunjukkan bukti kad identiti (IC) untuk pengesahan nama. Ini penting.
  2. Periksa sijil digital MySejahtera pada bahagian Profil.
    • Pastikan TARIKH STATUS adalah yang terkini.
    • Pastikan STATUS RISIKO COVID-19 adalah LOW RISK.
  3. Pastikan individu itu lengkap vaksin – iaitu cukup 14 hari selepas dos kedua vaksin diberikan.
  4. Minta individu tersebut SCROLL UP & DOWN untuk pastikan itu bukan gambar screenshot.

Sila rujuk poster di bawah atau boleh print untuk panduan di premis anda.

Infografik oleh Dr. Arisman, MD

Baca juga: Pendaftaran Vaksin Untuk Anak / Remaja Di MySejahtera

Tolong tegas dalam hal ini. Jika ada kluster timbul dalam premis anda, maka premis anda juga ada risiko diarahkan tutup. Rugikan?

So mari kita jangan bagi muka dengan geng yang tidak bertanggungjawab ini. Dapatkan vaksin untung lindung diri dan lindung semua.

Terima kasih!

NOTA: Poster ini boleh digunakan untuk ditampal pada premis-premis jika mahu. Silakan.

*Kredit : Dr. Arisman, MD

Baca juga: Panduan Semakan Sijil Digital Vaksin Di MySejahtera / Tanpa MySejahtera

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: