MySejahtera Perkenal Fungsi ‘Check Out’ & Status Vaksin Terkini
FUNGSI ‘CHECK OUT’ TERKINI & STATUS SIJIL DIGITAL VAKSIN DI APLIKASI MYSEJAHTERA
Individu yang mengambil kedua-dua suntikan vaksin COVID19 akan diberikan sijil vaksinasi.
Terbaru, melalui kemaskini aplikasi MySejahtera yang mula diperkenalkan bermula hari ini, ia turut menambah sebuah butang “Check-Out” atau daftar keluar.
Perkara ini dimaklumkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin melalui laman Twitter beliau.
Menurutnya, langkah ini dijangka akan menambah-baik proses penjejakan kontak, selain mengetahui sehingga waktu bila seseorang itu berada di lokasi berkenaan.
Fungsi ‘Check Out’ MySejahtera & Paparan Status Vaksinasi Terkini
Apabila meninggalkan sesuatu lokasi atau premis, pengguna hanya perlu tekan butang “Check-Out”.
Kemaskini sama juga turut membawakan sokongan paparan status vaksin dan risiko yang lebih jelas berbanding sebelum ini.
Sumber asal: https://twitter.com/Khairykj/status/1433414415173382145?t=lC5EIhusCjderbwhUfVuvA&s=19
Kemaskini fungsi ini bakal dinikmati sepenuhnya dalam masa terdekat.
Bagi anda yang telah menerima vaksin, berikut merupakan panduan menyemak sijil digital vaksinasi di aplikasi Mysejahtera.
Cara Download Sijil Digital Vaksin Melalui Aplikasi MySejahtera
- Log masuk ke akaun MySejahtera.
- Klik ikon Profil yang berada di sebelah kanan bawah aplikasi.
- Profil akan memaparkan maklumat anda seperti Nombor Telefon, Nombor Kad Pengenalan, Negeri, Status Risiko COVID19 dan Sijil Digital Vaksinasi anda.
- Skrol hingga ke bawah dan anda boleh melihat Sijil Digital Vaksinasi anda yang telah dijana.
Rujuk langkah bergambar di bawah:
Login ke MySejahtera dan tekan ikon ‘Profile’ seperti yang ditandakan dengan petak merah dalam gambar di bawah.
Anda akan dapat melihat status vaksinasi dan paparan sijil vaksin digital sekiranya vaksin lengkap telah diperolehi.
Kad vaksinasi juga akan dipaparkan selepas selesai mendapatkan dos pertama.
Rujuk gambar di bawah untuk melihat contoh sijil digital vaksinasI MySejahtera.
Cara Semakan Sijil Digital Vaksinasi Tanpa Aplikasi MySejahtera (Untuk Ibu Bapa / Anak)
KAD ATAU SIJIL DIGITAL VAKSINASI COVID-19 BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI BUKTI TELAH DIVAKSIN LENGKAP
Adakah ibu dan ayah saya dibenarkan menggunakan kad vaksinasi yang diterima semasa menerima vaksin sebelum ini?
Jawapan :
Untuk makluman. Anda DIBENARKAN untuk menggunakan Kad Vaksinasi COVID-19 yang diterima sebagai bukti telah divaksin lengkap.
Sumber : SOP PPN Fasa 1 Kemas kini 25 Ogos 2021 di Telegram MKN
Jika ibu ayah tidak mempunyai aplikasi MySejahtera, anda boleh membuat semakan menggunakan aplikasi MySejahtera yang didaftarkan di telefon bimbit anda sebagai dependent (ahli keluarga).
Cara semakan Sijil Digital Vaksin bagi mereka juga sama seperti mana semakan sijil digital anda di atas, iaitu:
- Log masuk ke akaun MySejahtera.
- Klik ikon Profil yang berada di sebelah kanan bawah aplikasi.
- Profil akan memaparkan maklumat anda seperti Nombor Telefon, Nombor Kad Pengenalan, Negeri, Status Risiko COVID19 dan Sijil Digital Vaksinasi anda.
- Skrol hingga ke bawah dan anda boleh melihat Sijil Digital Vaksinasi anda yang telah dijana.
- Di bahagian bawah, anda akan mendapati satu ruang My Dependent Status.
- Di situ, anda boleh mendapatkan sijil digital vaksin untuk ibu bapa atau ahli keluarga yang berdaftar menggunakan aplikasi MySejahtera anda.
Jika anda belum mendaftarkan vaksinasi untuk ahli keluarga, sila rujuk langkah di bawah:
Cara Daftar Vaksin Untuk Tanggungan / Ibu Bapa Di MySejahtera
PENGEMASKINIAN SIJIL DIGITAL VAKSINASI
Bagi yang mempunyai sebarang isu berkenaan sijil digital vaksinasi, sila hubungi Talian Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, iaitu 1-800-888-828 atau laman web https://www.vaksincovid.gov.my/
Sila sediakan maklumat berikut :
- Nama
- No. Kad Pengenalan / No. Pasport
- Nama PPV
- Lokasi PPV
- Tarikh divaksinasi
- Dos Vaksinasi (Doa 1 atau Dos 2 atau kedua-dua sekali)
- Jenis Vaksin
Sila semak semula Mysejahtera anda selepas tujuh (7) hari bekerja setelah pelaporan ke talian PICK.
Baca juga: Pendaftaran Vaksin Untuk Kanak-kanak / Remaja Di MySejahtera