Fungsi Baru MySejahtera – Cara Daftar Vaksin Untuk Tanggungan
DAFTAR VAKSIN UNTUK TANGGUNGAN DI MYSEJAHTERA DILANCAR MULAI 19 MAC
Kerajaan akan melancarkan elemen baharu dikenali sebagai Pendaftaran Tanggungan dalam aplikasi MySejahtera untuk memudahkan proses pendaftaran vaksin bagi warga emas, pada Jumaat, 19 Mac 2021.
Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, elemen berkenaan yang sebelum ini ditangguhkan bagi penambahbaikan kini sudah sedia digunakan.
Ia tertangguh sebentar kerana saya minta aplikasi ini betul-betul lancar. Pembangun aplikasi sudah memberitahu saya ia boleh dilancarkan esok (Jumaat).
Fungsi Daftar Vaksin Untuk Tanggungan – Ibu Bapa, Datuk, Nenek / Warga Emas
“Jadi esok kita akan lancarkan Pendaftaran Tanggungan. Selepas esok, orang ramai boleh mendaftarkan (pendaftaran vaksin) untuk ibu, bapa, datuk atau nenek mereka.
“Ia lebih mudah,” katanya pada sidang media selepas beliau menjadi penerima pertama vaksin Sinovac di Hospital Rembau pada Khamis.
Baca juga: MySalam Covid 19: BayaranRM50/Sehari Jika Dikuarantin Atau Disahkan Positif
Tambahnya, bilangan pendaftaran penerima vaksin untuk PICK Fasa Dua masih rendah dan beliau berharap langkah berkenaan mampu meningkatkan angka pendaftaran bakal penerima vaksin.
Dalam pada itu, mengulas cadangan supaya kerajaan mempermudahkan pendaftaran vaksin, Khairy berkata, proses ketika ini sudah dianggap mudah kerana tidak banyak soalan ditanya ketika pendaftaran.
“Itu (soalan) minimum kami perlu tahu. Alamat kita minta sebab nanti bila kita beri tarikh temu janji untuk suntikan vaksin, kita akan beri sekali dengan tempat pemberian vaksin.
“Sudah pasti kita akan memilih untuk hantar ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang terdekat,” ujarnya.
Cadangan itu sebelum ini disuarakan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berkata proses pendaftaran vaksin perlu dipermudahkan kerana ia dilihat terlalu rumit ketika ini.
Sumber: Astro Awani
Baca juga: Vaksin Untuk Warga Emas Mulai April. Ini Cara Daftar Tanpa MySejahtera
Cara Pendaftaran Tanggungan Di MySejahtera
Cara membuat pendaftaran adalah seperti berikut:
- Kemaskini aplikasi MySejahtera (Update di Google Playstore / iOs)
- Buka aplikasi MySejahtera
- Klik Menu Vaccination
- Tekan butang Add Vaccination Dependent
- Isikan maklumat hubungan, alamat penerima vaksin dengan lengkap.
- Selesai.
Jadi, lepas ni jangan lupa daftar vaksin untuk tanggungan ya kerana Fasa Kedua akan bermula April ini khususnya untuk warga emas dan golongan berisiko.