Boleh Selamatkan Nyawa, Ini Cara Guna Pulse Oximeter. Wajib Beli

BOLEH SELAMATKAN NYAWA, INI CARA GUNA PULSE OXIMETER. WAJIB BELI

Musim pandemik ketika ini amat membimbangkan kita semua.

Duduk di rumah sahaja tidak menjamin keselamatan dan kesihatan kita. Untuk memastikan tahap kesihatan kita sentiasa berada dalam keadaan yang normal, para doktor menyarankan kita untuk membeli tiga alat ini!

Tiga alat adalah Pulse Oximeter, Blood Pressure Monitor dan Thermometer. Ketiga-tiga alat ini sangat penting untuk memantau keadaan oksigen dalam darah (spo2), kadar denyutan nadi (pulse rate), tekanan darah, dan suhu badan.

Dengan adanya tiga alat ini, anda dan petugas kesihatan boleh mengetahui status kesihatan anda dengan lebih tepat. Baru tindakan awal dan segera boleh dilakukan sebelum terlambat.

Kami akan kongsikan kepada anda cara menggunakan alat Pulse Oximeter.

Baca juga: Jaga-Jaga, Kerap Tidur Lewat Boleh Mendatangkan Penyakit Bahaya!

Apakah Pulse Oximeter?

Pulse oximeter ini berfungsi untuk mengukur tahap oksigen dalam badan dan kadar denyutan jantung anda.

Ia penting bagi memantau kadar oksigen, terutamanya bagi mengelakkan ‘happy hypoxia’ kerana sesetengah orang tidak menunjukkan simptom atau gejala sehinggalah kadar oksigen sudah terlalu rendah.

Alat ini boleh dibeli di farmasi atau secara online di seluruh Malaysia.

What is a Pulse Oximeter?

Waktu Penggunaan

Pengukuran dan hasil bacaan perlu dicatat 3 kali sehari dan perlu dilakukan pada masa yang sama setiap hari. Sebagai contoh 3 kali sehari mengikut waktu makan.

Lakukan pengukuran tambahan jika anda merasakan berlaku perubahan dalam kesihatan anda.

Baca juga: Awas ‘Happy Hypoxia’, Ini Tips Beli Oximeter Berkualiti & Tepat Bacaannya

Cara Guna Pulse Oximeter

Sila rujuk panduan di bawah.

  • Tanggalkan pewarna kuku/kuku palsu dan panaskan tangan dengan menggosokkan kedua tapak tangan jika berasa sejuk.
  • Berehat sekurang-kurangnya 5 minit sebelum melakukan pengukuran.
  • Letakkan tangan anda di dada pada paras jantung dan kekalkan tangan anda pada paras tersebut.
  • Hidupkan Pulse Oximeter dan pasang di jari tengah atau telunjuk pada tangan yang berada di dada.
  • Kekalkan posisi tangan anda dengan Pulse Oximeter sekurang-kurangnya 1 minit atau sehingga bacaan menjadi stabil.
  • Hanya catatkan bacaan tertinggi jika bacaan tidak berubah selama 5 saat.
  • Pastikan setiap pengukuran dilakukan dengan berhati-hati.
cara guna oximeter

Tanda Bacaaan Pulse Oximeter

Anda dinasihatkan untuk segera mendapatkan rawatan sekiranya tahap oksigen kurang daripada 95%.

Paras oksigen normal adalah di antara 95% – 99% dan kadar denyutan jantung normal adalah di antara 50 – 90 seminit.

Rujuk jadual dalam infografik di bawah untuk info yang lebih lanjut tentang cara bacaan pulse oximeter.

Semoga maklumat ini memberi manfaaat dan kesedaran kepada anda tentang kepentingan ketiga-tiga alat ini di rumah semasa musim pandemik ini.

Semoga kita semua dilindungi.

Baca juga: Bahaya Kalau Salah Ambil, Ini Jenis Panadol Dan Fungsinya

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Pusat Kesihatan UiTM Shah Alam

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: