Awas ‘Happy Hypoxia’, Ini Tips Beli Oximeter Berkualiti & Tepat Bacaannya
Happy hypoxia merupakan salah satu punca kematian senyap yang membimbangkan dan muncul pada pesakit Covid-19.
Apa yang membahayakan, kondisi kadar oksigen yang rendah ini tidak dapat dikesan kerana pesakit tidak mengalami sesak nafas atau tanda lain seperti pada hypoxia biasa.
Di sini dikongsikan lebih lanjut tentang Happy Hypoxia untuk makluman bersama, terutamanya pesakit COVID19 dan penjaganya.
Apakah Happy Hypoxia?
Normalnya, kadar oksigen di dalam darah (saturasi oksigen) adalah 95%-100% atau sekitar 75-100 mmHg.
Ketika kadar oksigen di dalam darah seseorang berkurang hingga dibawah tersebut, tubuh akan mengalami kekurang oksigen iaitu hypoxia.
Bagi hypoxia biasa, ketika kekurangan oksigen, tubuh akan mengirim isyarat kepada otak melalui saraf untuk bekerja mencari oksigen lebih banyak, lalu menyebabkan sesak nafas.
Namun, pada pesakit Covid-19, happy hypoxia boleh berlaku di mana tiada sebarang gejala sukar bernafas walaupun tahap oksigen dalam badan rendah.
Happy hypoxia kini dianggap sebagai ancaman kepada golongan muda yang memiliki imuniti badan yang tinggi.
Ini kerana, golongan muda dikatakan masih boleh berada dalam keadaan selesa walaupun paras oksigen telah jatuh ke tahap 81%, manakala golongan yang lebih berusia telah mula menunjukkan simptom (seperti sesak nafas) pada paras oksigen 92%.
“Mereka kelihatan tenang, normal dan ceria seperti biasa walaupun tahap oksigen mereka rendah maka sebab itulah golongan pesakit Covid-19 ini dipanggil ‘Happy Hypoxic’, kata Dr Nurul Yaqeen Mohd Isa, Pakar Perunding Perubatan dan Paru-paru Pusat Perubatan Sunway Velocity Kuala Lumpur menerusi sebuah artikel di Harian Metro.
Hal inilah yang menyebabkan golongan muda lewat mendapatkan rawatan, sekaligus menjadikan COVID19 sebagai ancaman yang amat merbahaya kepada mereka.
Bahaya Happy Hypoxia
Tahap pernafasan pesakit Hypoxia boleh menjangkau sehingga 40 hingga 50 kali seminit berbanding kadar pernafasan normal antara 12 hingga 20 kali seminit.
Dr. Martin J. Tobin, seorang profesor di Loyola University Medical Center, di Maywood, AS, berpendapat bahawa virus COVID19 mungkin mempengaruhi reseptor tubuh yang tidak bertindakbalas terhadap kadar oksigen yang rendah. Hal ini dikaitkan dengan kurangnya deria bau dan rasa yang dialami pada dua pertiga pesakit COVID-19.
Apa yang pasti, Happy Hypoxia ini boleh menjadi pembunuh senyap kerana apabila masalah kekurangan oksigen ini tidak dapat dikesan dan dirawat lebih awal, pesakit Covid-19 boleh meninggal dunia.
Baca juga: 12 Langkah Self Lockdown (Kawalan Pergerakan Kendiri) Yang Disarankan KKM
‘Pulse Oximeter’ Boleh Bantu Kesan Kekurangan Oksigen Peringkat Awal
Menurut Dr Nurul lagi, setiap isi rumah digalakkan memiliki alat mengesan kadar oksigen dalam darah, ‘Pulse Oximeter’ kerana pengesanan awal gejala ini boleh mengelakkan kematian dalam kalangan pesakit Covid-19.
“Bagi pesakit Covid-19, Happy Hypoxia ini boleh berlaku apabila pesakit berada pada kategori empat dan lima iaitu tahap virus mula menunjukkan kesannya di paru-paru.
“Sekiranya pesakit Covid-19 ini berada di hospital, maka Hypoxia ini boleh dikesan awal kerana tahap oksigen pesakit sentiasa dipantau setiap empat jam.
“Jadi, bagi mencegah kematian disebabkan fenomena ‘Happy Hypoxia’ ini, pesakit Covid-19 yang dikuarantin di rumah digalakkan membeli ‘Pulse Oximeter’ di farmasi bagi memantau tahap oksigen mereka dan segeralah ke hospital jika tahap bacaan oksigen kurang daripada 95 peratus,” katanya.
Menurut pemerhatian di pasaran Malaysia, harga alat ini boleh didapati di farmasi atau pasaran online biasanya sekitar RM 30-RM90, bergantung kepada jenis, kualiti dan jenama.
Cara Menggunakan Pulse Oximeter Di Rumah
Cara menggunakan oximeter amat mudah iaitu:
- Cuci tangan sebelum dan sesudah menggunakan oximeter.
- Pastikan kuku dalam kondisi bersih, tidak panjang, dan hindari penggunaan cat kuku berwarna gelap atau kuku palsu.
- Hangatkan jari tangan, terutama jika jari terasa dingin.
- Nyalakan suis (butang on) oximeter dan posisikan jari, baik jari telunjuk, jari tengah, atau ibu jari, di antara ruang kepitan oximeter.
- Setelah oximeter terpasang, duduk diam dan jangan buat pergerakan.
- Tunggu selama beberapa detik hingga alat berjaya mengukur kadar oksigen dalam darah.
Tanda Bacaan Pulse oximeter
Bagi mengetahui maksud bacaan pada pulse oximeter dan mengenal tahap bahaya, sila rujuk jadual di bawah:
Tips Beli Oximeter Yang Berkualiti & Tepat Bacaannya
Oleh: Marco Lazzaro
Ramai pula cari oximeter sejak keluarnya artikel tentang Happy Hypoxia yang dikatakan kerap berlaku pada pesakit Covid-19 dan menjadi pembunuh senyap tidak bergejala.
Happy Hypoxia merupakan keadaan apabila individu mengalami masalah kekurangan oksigen dalam badan tetapi kelihatan tenang, normal dan ceria seperti biasa.
Antara persoalan yang timbul adalah bagaimana nak tahu oximeter tersebut OK punya? Yelah, nak beli mesti yang OK punya kan. Lebih-lebih lagi alatan untuk perubatan, untuk kesihatan dan keselamatan nyawa.
Jawapan ringkas yang boleh diberi adalah oximeter yang OK akan berdaftar dengan Medical Device Authority (MDA), sebuah badan bawah KKM.
Jadi, kalau nak mudah belilah oximeter daripada tempat yang dipercayai contohnya Farmasi Komuniti atau Klinik.
Status pendaftaran oximeter boleh diperiksa melalui pautan:
https://mdar.mda.gov.my/frontend/web/index.php?r=carian
Info Tambahan:
Paling senang dapat dan murah adalah Creative Medical PC-60A. FDA approved, memang ada dalam registry FDA.
Dalam RM 60 satu. Kalau yang Bluetooth model dalam RM 100+.
Update! Contoh oximeter berdaftar dengan MDA yang ada di pasaran: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10214683106991415&id=1835732718
Jangan lupa jaga diri & ahli keluarga. Inshaallah kita sama-sama ulangi kejayaan melandaikan nilai kes jangkitan & kalau boleh capailah nilai 0.
Tanda Happy Hypoxia Pada Pesakit Covid-19
Dalam sebuah artikel CNN, dilaporkan bahawa terdapat beberapa gejala yang mungkin boleh dikesan pada mereka yang mengalami happy hypoxia.
Gejala itu adalah seperti berikut:
1. Penurunan kadar oksigen
Kekurangan oksigen di dalam darah boleh dipantau dengan ‘pulse oximeter’ atau menggunakan alatan di hospital.
Pastikan anda alert dan segeralah ke hospital jika tahap oksigen kurang daripada 95%.
2. Batuk bertambah kuat
Kekurangan oksigen juga boleh membuat batuk semakin kuat karena paru-paru tidak memiliki cukup pertukaran CO2 dengan oksigen.
3. Berpeluh atau berasa semakin lemas
Kurangnya oksigen membuat tubuh semakin lama semakin lemas atau berpeluh-peluh.
4. Warna bibir atau hujung jari mulai kebiruan
Warna bibir atau hujung jari yang membiru menjadi pertanda oksigen tak sampai ke seluruh bagian tubuh.
Jika pesakit Covid-19 memiliki gejala-gejala di atas, segera hubungi ambulans atau bawa ke hospital.
Rujukan:
- https://www.medicalnewstoday.com/articles/covid-19-how-do-we-explain-happy-hypoxemia#Silent-hypoxemia
- https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/05/710914/awas-dengan-kemunculan-happy-hypoxia
- https://www.cnnindonesia.com/gaya-hidup/20200916145443-255-547227/tanpa-sesak-kenali-4-tanda-utama-happy-hypoxia-pada-covid-19