in

12 Langkah Self Lockdown (Kawalan Pergerakan Kendiri) Yang Disarankan KKM

ADVERTISEMENT

SARANAN AMALAN KAWALAN PERGERAKAN KENDIRI SELF LOCKDOWN DAN KELUARGA BAGI MEMUTUSKAN JANGKITAN COVID-19 (KKM)

Jumlah kes harian akibat COVID-19 semakin meningkat. Begitu juga kes kematian, kes di ICU dan kes yang memerlukan bantuan pernafasan. Hospital dan PKRC semakin penuh.

ADVERTISEMENT

Oleh itu, KKM ingin terus menyeru rakyat Malaysia untuk mengamalkan Kawalan Pergerakan Kendiri dan Keluarga sebagai langkah memutuskan rantaian penularan COVID-19.

Ini mengambil kira situasi semasa yang semakin serius di mana COVID-19 menular di kebanyakan tempat, akibat daripada peningkatan kes-kes sporadik dalam komuniti. Secara tidak sedar, sesiapa sahaja boleh dijangkiti atau menjangkiti individu lain.

Hakikatnya virus tidak bergerak, yang bergerak adalah manusia dan yang berhimpun juga adalah manusia. Semakin banyak pergerakan masyarakat dan kontak dengan orang lain, semakin tinggi kebarangkalian untuk virus SARS-CoV-2 merebak dan menjangkiti.

Lebih-lebih lagi jika masyarakat tidak memakai pelitup muka, saling bersentuhan, tidak menjaga penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 hingga 2 meter di antara satu sama lain, bersesak-sesak di tempat yang sempit, dan tiada pengudaraan yang baik.

Tindakan-tindakan seperti inilah yang perlu dielakkan semua pihak agar rantaian jangkitan COVID-19 dapat diputuskan.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk terus mempraktikkan Kawalan Pergerakan Kendiri dan Keluarga serta kurangkan berada di luar rumah.

12 Amalan & Langkah Self Lockdown KKM

Antara amalan-amalan atau langkah-langkah yang boleh dilakukan adalah seperti berikut;

  1. Kekal duduk di rumah dan hanya keluar apabila perlu;
  2. Sekiranya perlu keluar, hanya seorang wakil bagi setiap rumah untuk sebarang urusan di luar serta sentiasa mematuhi SOP yang telah digariskan;
  3. Bekerja dari rumah bagi mereka yang dibenarkan. Majikan juga diminta akur dengan keputusan Majlis Keselamatan Negara mengenai polisi Bekerja Dari Rumah;
  4. Rancang pergerakan bagi mengelakkan kesesakan di tempat awam;
  5. Penuhkan tangki minyak kenderaan supaya tidak perlu kerap mengisinya;
  6. Elakkan daripada menyertai sebarang aktiviti berisiko yang melibatkan orang ramai;
  7. Belilah barang keperluan secara atas talian atau secara pukal bagi kegunaan seisi rumah;
  8. Buat temujanji sebelum berjumpa dengan doktor;
  9. Masak makanan sendiri yang lebih berkhasiat;
  10. Kekal sihat dengan mengamalkan pelbagai aktiviti senaman di dalam kawasan rumah sendiri;
  11. Amalkan prinsip tidak menerima tetamu di rumah untuk tempoh ini. Sebaliknya, optimakan penggunaan teknologi komunikasi untuk kekal berhubung dengan ahli keluarga dan rakan;
  12. Beribadahlah di rumah bersama ahli keluarga atau isi rumah masing-masing;

Rutin di atas adalah sesuatu yang tidak asing bagi penduduk Malaysia. Kita pernah membuktikan bahawa Malaysia mampu mengawal pandemik COVID-19 dengan mencatatkan sifar kes harian pada gelombang kedua. Kita haruslah terus konsisten mematuhi SOP yang telah digariskan dan berusaha mengamalkan langkah-langkah Kawalan Pergerakan Kendiri dan Keluarga.

Kita mungkin belum menang, tetapi kita belum kalah. Tanggungjawab kini di atas bahu kita semua untuk menjaga diri kita, keluarga kita, masyarakat kita dan negara kita.

Sumber: Dr Noor Hisham Abdullah

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ptptn shopee

Terbaru! Ini Cara Bayar PTPTN / SSPN Guna Shopee Pay. Boleh Dapat 2500 Coins

hukum membatalkan puasa sunat ganti

Hukum Membatalkan Puasa Sunat & Puasa Ganti Tanpa Keuzuran