Senarai Mukim / Daerah PKPD Di Selangor & KL, Berkuatkuasa 3-16 Julai

TERKINI: SENARAI KAWASAN DAERAH / MUKIM DALAM SELANGOR & KL YANG BERSTATUS PKPD

Kuala Lumpur: Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) dan semua daerah di Selangor kecuali Sabak Bernam dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari bermula Sabtu ini.

Ia susulan Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan trend jangkitan Covid-19 yang tinggi dengan Selangor melaporkan purata antara 1,800 ke 1,900 kes, manakala WPKL dalam lingkungan 600 ke 1,000 kes.

Sumber: Media Selangor

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perintah terkini itu akan berkuat kuasa sehingga 16 Julai dengan semua laluan kawasan PKPD akan ditutup dan dikawal oleh Polis Diraja Malaysia.

“KKM telah membuat pembentangan kepada Mesyuarat Jawatakankuasa Teknikal Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenai situasi Covid-19 di Selangor dan WPKL, yang mana unjuran kadar nilai kebolehjangkitan (Rt) kedua-dua negeri masih dalam lingkungan 1.0 dan tidak menurun.

“Jadi mesyuarat bersetuju untuk melaksanakan PKPD bersasar di lokaliti berikut, WPKL yang membabitkan lokaliti Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Semarak; PPR Batu Muda; Flat Seksyen 2 Wangsa Maju; Flat Seksyen 1 Wangsa Maju; Kampung Padang Balang; Taman Koperasi Polis (Fasa 1& 2) dan Flat Sri Sabah.

“Turut termasuk, Kampung Puah; PPR Kampung Baru Air Panas; Flat Desa Pandan (termasuk Baiduri & Dilema); Kampung Batu Muda; PPR Kerinchi; Taman Ikan Emas dan Bandar Baru Sentul.

“Manakala PKPD di Selangor membabitkan Daerah Petaling yang merangkumi Mukim Petaling, Damansara, Sungai Buloh dan Bukit Raja; Daerah Hulu Langat bagi Mukim Ampang, Cheras, Kajang, Semenyih, Beranang dan Hulu Langat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, Daerah Sepang yang terbabit PKPD adalah Mukim Dengkil, Labu dan Sepang; manakala, Daerah Gombak (Mukim Batu, Rawang, Setapak, Hulu Kelang dan Kuang); sementara Daerah Kuala Langat (Mukim Tanjung 12 (1), Tanjung 12 (2), dan Teluk Panglima Garang).

Termasuk dalam Kuala Langat adalah Mukim Morib, Bandar, Jugra dan Mukim Batu; selain Daerah Klang membabitkan Mukim Kapar dan Klang; Daerah Kuala Selangor (Mukim Ijok, Bestari Jaya dan Jeram); dan Hulu Selangor (Mukim Serendah, Rasa, Ulu Yam dan Batang Kali).

Senarai Mukim PKPD Yang Terlibat

Senarai mukim-mukim yang terlibat SOP PKPD di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selama 14 hari mulai 3 Julai hingga 16 Julai 2021:

Daerah Petaling
Mukim:
Petaling
Damansara
Sg Buloh
Bukit Raja

Daerah Hulu Langat
Mukim:
Hulu Langat
Ampang
Cheras
Kajang
Semenyih
Beranang

Daerah Sepang
Mukim:
Dengkil
Labu
Sepang

Daerah Gombak
Mukim:
Batu
Rawang
Setapak
Hulu kelang
Kuang

Daerah Kuala Langat
Mukim:
Tanjung 12 (1)
Tanjung 12 (2)
Teluk Panglima Garang
Morib
Bandar
Jugra
Batu

Daerah Klang
Mukim:
Kapar
Klang

Daerah Kuala Selangor
Mukim:
Ijok
Bestari Jaya
Jeram

Daerah Hulu Selangor
Mukim:
Serendah
Rasa
Ulu Yam
Batang Kali

Manakala bagi WP Kuala Lumpur melibatkan lokaliti seperti berikut:

Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Semarak
Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda
Flat Seksyen 2 Wangsa Maju
Flat Seksyen 1 Wangsa Maju
Kampung Padang Balang
Taman Koperasi Polis (Fasa 1 & 2)
Flat Sri Sabah
Kampung Puah
Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Air Panas
Flat Desa Pandan (Termasuk Baiduri & Delima)
Kampung Batu Muda
Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi
Bandar Baru Sentul
Taman Ikan Emas

Baca juga: Individu Bekerja Sendiri Perlu Mohon Permit Pergerakan Baru Mulai 7 Julai

SOP PKPD Di Selangor & KL (3-16 Julai 2021)

Antara SOP umum PKPD yang diumumkan dalam kenyataan media oleh DS Ismail Sabri adalah seperti berikut:

  • Tidak dibenarkan keluar rumah selepas 8 malam kecuali kes kecemasan atau kebenaran PDRM
  • Pekerja selain daripada perkhidmatan perlu tidak dibenarkan keluar dari kawasan PKPD
  • Sebarang aktiviti sukan, sosial, rekreasi dan budaya tidak dibenarkan
  • Restoran/kedai makan dibenarkan beroperasi dari jam 8 pagi hingga 8 malam
  • Hanya seorang isi rumah sahaja dibenarkan keluar rumah dalam radius 10km
sop pkpd selangor
sop pkpd selangor
sop pkpd selangor  terkini

Untuk maklumat lanjut dan SOP yang lebih terperinci, sila rujuk laman web rasmi Majlis Keselamatan Negara di pautan berikut:

*Sumber: Majlis Keselamatan Negara

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: