Individu Bekerja Sendiri Perlu Mohon Permit Pergerakan Baru Mulai 7 Julai

PERMOHONAN PERMIT PERGERAKAN UNTUK INDIVIDU BEKERJA SENDIRI DALAM FASA 1 PKP

Kuala Lumpur: Pekerja sendiri seperti tukang paip, penyelenggara dan penjaja tepi jalan yang tiada majikan perlu mengemukakan permohonan pergerakan baharu selepas 7 Julai di bawah Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya sebelum ini memberikan kelulusan pergerakan secara ‘one off’ kepada pekerja sendiri yang tiada majikan untuk beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0).

“Kelulusan berkenaan yang tamat pada 28 Jun lalu akan diberikan perlanjutan secara automatik sehingga 7 Julai nanti.

permit pergerakan bekerja sendiri

Baca juga: Permohonan Janji Temu Online KWSP & Waktu Operasi Mulai 1 Julai 2021

“Bagi pergerakan selepas 7 Julai ini di bawah Fasa 1 PPN, tukang paip, penyelenggara serta penjaja tepi jalan (individu bekerja sendiri yang tiada majikan) perlu mengemukakan permohonan permit pergerakan baharu.

“Kelulusan pergerakan baharu itu akan diberikan untuk tempoh 14 hari dan perlu dipohon semula apabila tamat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, orang ramai dinasihatkan supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan ketika berurusan di balai polis.

“Orang ramai juga diseru untuk bersama-sama memainkan peranan dalam usaha kerajaan bagi melandaikan lekuk penularan wabak Covid-19,” katanya.

Sumber: BERNAMA

Baca juga: Semua Kaunter Perkhidmatan Kerajaan Kembali Dibuka Mulai 1 Julai

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: