Permohonan Janji Temu Online KWSP & Waktu Operasi Mulai 1 Julai 2021

PERMOHONAN JANJI TEMU ONLINE (JTO) KWSP MULAI 1 JULAI 2021

Mulai 01 Julai 2021, KWSP akan membuka semula semua kaunter perkhidmatan cawangan di seluruh negara untuk perkhidmatan terpilih bermula dari 8:30 pagi hingga 2:00 petang pada hari bekerja.

Diingatkan bahawa hanya ahli yang membuat temujanji / appoinment dapat berurusan di kaunter KWSP.

Jadi, bagi yang ingin berurusan dengan KWSP untuk i-Citra dan sebagainya, pastikan anda dah booking slot ikut masa dan cawangan terlebih dahulu sebelum keluar ke kaunter.

Bukan apa, takut nanti dah sampai sana tapi penuh dan tak sempat nak berurusan sebab yang datang tu semua dah buat appointment awal-awal.

Kita juga boleh buat perancangan masa dengan lebih baik apabila dah ada temujanji dengan pihak KWSP. Dapat elak beratur panjang dan menunggu lama kan?

Di sini kami kongsikan cara ringkas untuk booking slot atau buat appointment KWSP dengan mudah secara online melalui laman web rasmi KWSP.

Perkhidmatan Janji Temu Online KWSP

Perkhidmatan yang ditawarkan oleh KWSP melalui Janji Temu adalah seperti berikut:

  • Pengeluaran Umur 50, 55 dan 60 Tahun
  • Pengeluaran Kematian
  • Pengeluaran Kesihatan
  • Penyerahan Arahan Bayaran (PO) dan cek jurubank pengeluar

Baca juga: i-Citra KWSP: Syarat & Cara Permohonan Mulai 15 Julai – 30 September 2021

Waktu Operasi Kaunter KWSP

Untuk rujukan membuat janji temu KWSP online, waktu Operasi untuk berurusan di kaunter adalah seperti berikut:

Kaunter

  • 8.30 pagi hingga 2.00 petang pada hari bekerja sahaja *.

*Sila rujuk senarai kaunter yang dibuka di laman web KWSP / Sistem Janji Temu Online.

Baca juga: Cara Semak Baki & Daftar i-Akaun Di Kiosk KWSP (RHB, Bank Rakyat, CIMB, Maybank, UTC, Aeon dll)

Cara Buat Janji Temu KWSP Online

Permohonan janji temu yang boleh dibuat melalui cara berikut:

  1. Layari laman Web KWSP www.kwsp.gov.my dengan mengklik pada pautan Janji Temu Online
  2. Isikan butiran diri dan tujuan janji temu.
  3. Pilih cawangan dan slot masa untuk temu janji anda.
  4. Sila patuhi tarikh dan masa janji temu di cawangan yang telah ditetapkan. Kehadiran yang lewat akan dibatalkan secara automatik dan anda perlu membuat janji temu pada tarikh baharu.
  5. Jika ada masalah, sila hubungi Pusat Panggilan Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-8922 6000.

Untuk memudahkan, sila rujuk langkah berikut:

Janji Temu kwsp online
  1. Layari laman web KWSP dengan mengklik pada pautan Janji Temu Online
  2. Pilih CAWANGAN
  3. Pilih JENIS urusan
  4. Pilih TARIKH
  5. Tetapkan MASA
  6. Confirmkan dan tekan PILIH SLOT
  7. Sila isikan maklumat peribadi
  8. Buat pengesahan
  9. Tekan butang BUAT JANJI TEMU
  10. Status permohonan janji temu online anda akan dipaparkan seperti contoh di bawah:
Janji Temu kwsp online

Ahli disarankan untuk hadir sekurang-kurangnya 10 minit lebih awal dari masa yang ditetapkan pada tarikh janji temu.

Selain itu, ahli juga dinasihatkan agar mematuhi saranan pihak Kerajaan Malaysia dengan menjalani saringan suhu badan, pemakaian pelitup muka, mengamalkan penjarakan sosial dan menggunakan hand sanitiser.

Ahli juga dikehendaki untuk mendaftar masuk (check-in) dengan mengimbas kod QR yang tertera pada pintu masuk utama premis KWSP menggunakan aplikasi MySejahtera.

Mesti Buat Temujanji Selewat-lewatnya 1 Jam Sebelum

Ahli KWSP boleh membuat permohonan melalui Janji Temu Online seawal 30 hari kalendar dan selewat-lewatnya 1 jam sebelum masa janji temu, tertakluk kepada kekosongan slot janji temu pada tarikh dan waktu yang dimohon.

Ilustrasi :

  1. Sekiranya Ahli membuat permohonan melalui Janji Temu Online pada hari Selasa jam 11.00 pagi, Ahli boleh memilih slot janji temu seawal jam 12.00 tengahari pada hari yang sama untuk hadir ke cawangan KWSP tertakluk kepada kekosongan slot janji temu di cawangan tersebut.
  2. Sekiranya Ahli membuat permohonan melalui Janji Temu Online pada hari Selasa jam 4.00 petang, Ahli boleh memilih untuk hadir ke cawangan KWSP seawal jam 8.30 pagi hari Rabu tertakluk kepada kekosongan slot janji temu di cawangan tersebut.

Jumlah Ahli Berurusan Dalam Satu Janji Temu

Hanya seorang Ahli sahaja dibenarkan berurusan dalam satu-satu janji temu.

Ilustrasi :

Sekiranya Ahli ingin berurusan di cawangan KWSP bersama Pasangan atau Ahli Keluarga yang lain, tempahan untuk mendapatkan slot janji temu perlu dibuat secara berasingan.

Permohonan Untuk Menukar Tarikh Atau Membatalkan Janji Temu

Jangan risau kalau tak dapat hadir pada waktu temu janji yang telah dimohon, sebab ahli boleh menukar tarikh atau membatalkan janji temu selewat-lewatnya 8 jam sebelum tarikh yang ditetapkan.

Permohonan penukaran atau pembatalan janji temu boleh dibuat menerusi pautan yang disertakan dalam notis pengesahan permohonan yang akan dihantar melalui e-mel dan khidmat pesanan ringkas (SMS).

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari FAQ Janji Temu Online https://www.kwsp.gov.my/ms/faq-janji-temu atau layari laman web rasmi http://www.kwsp.gov.my/ atau hubungi hotline KWSP di talian 03-8922 6000.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: