Cara Tukar Ke Akaun Shariah KWSP Melalui i-Akaun. 5 Minit Siap!
Dividen KWSP baru diumumkan semalam dan nampaknya akaun shariah tetap kompetitif jika dibandingkan dengan akaun konvensional.
Secara amnya, akaun ahli KWSP adalah akaun konvensional. Jika ingin tukar ke akaun Simpanan Shariah, kena dapatkan persetujuan daripada ahli.
Dalam artikel ini, kami akan kongsikan lebih lanjut tentang akaun shariah KWSP dan cara mohon pertukaran dari akaun konvensional ke akaun shariah.
Jom baca selanjutnya!
Apakah Akaun Simpanan Shariah KWSP?
Simpanan Shariah merupakan suatu pilihan simpanan bagi ahli yang diuruskan dan dilaburkan oleh KWSP mengikut prinsip syariah.
Bagi memastikan Simpanan Shariah diuruskan mengikut syariah sebagaimana yang dikehendaki di bawah seksyen 43A Akta, suatu rangka kerja tadbir urus syariah diwujudkan untuk mentadbir urus aspek pematuhan syariah bagi Simpanan Shariah.
Ia juga mengamalkan pelaburan beretika yang mengelakkan dari melabur dalam sektor yang menghasilkan dan mempromosikan alkohol, perjudian , hiburan dewasa dan senjata ketenteraan.
Selain itu, akaun syariah tertakluk kepada saringan syariah untuk menyingkirkan elemen tidak patuh syariah seperti riba (faedah) gharar (ketidakpastian dalam kontrak) maysir (perjudian) dan lain-lain elemen terlarang seperti barangan dan perkhidmatan tidak patuh syariah
Baca juga: KWSP Umum Dividen 5.20% Akaun Shariah, 4.9% Akaun Shariah Bagi Tahun Kewangan 2020
Mengapa Perlu Tukar Ke Akaun Shariah?
Bagi ahli yang beragama Islam,
- Membantu ahli menyediakan simpanan persaraan yang diuruskan secara patuh syariah untuk kegunaan ahli dan keluarga terutamanya untuk menunaikan ibadah haji dan umrah tanpa sebarang keraguan dan was-was ke atas sumber dana.
- Memastikan simpanan ahli tidak digunakan bagi tujuan yang bercanggah dengan syarak terutamanya riba (faedah), maysir (perjudian) dan gharar (ketidak pastian di dalam kontrak) yang sering terdapat di dalam pelaburan di dalam perbankan konvensional dan insuran.
- Membantu ahli (sekiranya meninggal dunia) menyediakan dana yang halal (simpanan ahli) untuk diagihkan kepada waris sebagai pusaka.
Untuk makluman, ahli yang bukan beragama Islam juga boleh memilih Simpanan Shariah sebagai alternatif kepada Simpanan Konvensional.
Antara kelebihannya adalah:
- Objektif pelaburan dan profil risiko yang sama.
- Alokasi aset strategik yang sama.
- Hanya melabur di dalam pelaburan beretika yang mematuhi prinsip syariah.
- Pendedahan pelaburan yang minima di dalam sektor kewangan berbanding Simpanan Konvensional.
Perbezaan Dengan Akaun Konvensional
Dari segi perbezaannya, boleh dirujuk dengan lebih jelas melalui rajah di bawah:
Simpanan Shariah | Simpanan Konvensional | |
---|---|---|
Keahlian | Semua ahli KWSP boleh memilih untuk bertukar ke Simpanan Shariah. | Semua Ahli KWSP adalah Simpanan Konvensional selagi mana belum memilih untuk bertukar ke Simpanan Shariah |
Akad (Kontrak Shariah) | Tertakluk kepada Akad Simpanan Shariah berdasarkan akad Wakalah | Tidak berkenaan |
Kadar dividen | Kadar dividen adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh Syariah | Kadar dividen adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan konvensional (pelaburan tidak patuh Syariah dan patuh Syariah) dan tertakluk kepada kadar dividen minimum 2.5% |
Perakuan Jawatankuasa Penasihat Shariah (JKPS) | Diperakukan oleh Jawatankuasa Penasihat Shariah KWSP (JKPS) dan tertakluk kepada Rangka Kerja Tadbir Urus Syariah | Tidak berkenaan |
Pertukaran akaun | Ahli tidak boleh memilih untuk kembali ke Simpanan Konvensional selepas tarikh kuat kuasa | Ahli boleh memilih untuk bertukar ke Simpanan Shariah |
Cara Tukar Akaun Shariah KWSP
Nak tukar ke akaun shariah KWSP mesti ada i-Akaun.
Kalau belum ada, boleh register ikut steps dekat SINI. (Nak tukar secara manual pun boleh di kaunter KWSP).
Cara tukar akaun shariah KWSP ikut langkah ni:
- Login ke i-Akaun. Masukkan ID & Password https://www.kwsp.gov.my/en/ilogin/login-member
- Bila dah appear web EPF memasing, cari bahagian SIMPANAN SHARIAH. Klik di situ.
- Akan tertera notis: “Your EPF account is currently not Syariah compliant.
- Tekan terus REGISTER NOW tu.
- VERIFY INFORMATION. Tengok info yang dipaparkan, kalau perlu update, boleh update.
- ACCEPT E AKAD. Bacalah T&C dulu, kemudian tick kat kotak tu yang menandakan semuanya mengikut syarat E-akad tersebut.
- Teruskan dengan klik butang CONFIRMATION. Double check, kemudian Request TAC. Nanti akan dapat mesej untuk nombor TAC.
- ACKNOWLEDGEMENT – Dah siap bolehlah print dan simpanlah rekod tu.
- Nanti kita akan menerima pesanan ringkas mengatakan tarikh kuatkuasa untuk simpanan shariah tersebut.
- Selesai.
*Rujuk langkah bergambar di bawah:
Login ke i-Akaun KWSP macam biasa.
Klik Simpanan Shariah. Nanti ada keluar notifikasi macam ni.
VERIFY INFORMATION – sahkan maklumat kita.
Lepas tu ACCEPT E-AKAD.
Tick dalam kotak kecil tu dan tekan NEXT.
Kemudian teruskan dengan proses TAC.
Selesai. Nanti akan dapat notis macam ni.
Boleh print untuk rujukan kita.
NOTA PENTING:
- Ahli tidak boleh kembali ke Simpanan Konvensional, selepas tarikh kuat kuasa pilihan Simpanan Shariah.
- Dividen Simpanan Shariah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh syariah dan tiada jaminan dividen minima 2.5%.
Mudah sangat nak tukar ke akaun shariah KWSP ni kan?
Sekarang ni dah senang, semuanya boleh buat online je. Ternyata dividen akaun shariah tetap kompetitif seperti juga akaun konvensional.
Jadi, lebih elok jika kita memilih produk Islamik yang lebih diyakini sumbernya.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk maklumat dari laman web KWSP di pautan ini: http://bit.ly/KWSPSimpananShariah