in

KWSP Umum Dividen 5.20% Bagi Tahun Kewangan 2020

Dividen kwsp 2020 2021
ADVERTISEMENT

DIVIDEN KWSP 2020 / 2021

KWSP umum dividen 5.20 peratus dengan agihan berjumlah RM42.88 bilion bagi Simpanan Konvensional, 4.90 peratus bagi Simpanan Shariah dengan jumlah agihan RM4.76 bilion.

Kadar dividen yang diumumkan dana persaraan nasional itu membabitkan agihan sebanyak RM47.64 bilion merangkumi, RM42.88 bilion bagi Simpanan Konvensional dan Simpanan Syariah dengan RM4.76 bilion.

Baca juga: Pengeluaran i-Sinar Tanpa Syarat: Semakan Status Kelulusan Mulai 8 Mac

Dengan purata lima tahun dividen sebenar pada kadar 4.62 peratus untuk Simpanan Konvensional dan 4.32 peratus bagi Simpanan Syariah selepas diselaraskan untuk inflasi, KWSP telah melebihi sasaran strategik dengan pengisytiharan purata dividen sebenar tidak kurang daripada 2.00 peratus dalam tempoh lima tahun berturut-turut.

KWSP berjaya mencatatkan prestasi yang memberangsangkan untuk 2020 walaupun mengharungi situasi yang tidak terjangka iaitu pandemik COVID-19 dan dalam persekitaran unik yang menyaksikan dunia berhadapan dengan krisis berkembar iaitu krisis kesihatan dan ekonomi.

Berikut adalah Rumusan Prestasi Pelaburan Tahun 2020 yang disiarkan dalam kenyataan media KWSP yang terkini :

Untuk maklumat lanjut tentang dividen KWSP 2020 sila layari https://www.kwsp.gov.my/ms/dividend

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

vaksin sinovac malaysia

5 Perkara Tentang Vaksin Sinovac (CoronaVac) Yang Diketahui Setakat Ini

Clearance Sale Sehingga 80% Untuk Barangan Berjenama Ini Di Lazada!