Negara China Hadkan Penggunaan TikTok Kepada 40 Minit Sehari Sahaja!
Tidak dinafikan kini , aplikasi TikTok menjadi antara platform media sosial yang menjadi pilihan orang ramai.
Ramai yang menggunakan aplikasi Tiktok sebagai panduan bagi mempelajari resipi, menemui tip dalam perhubungan, menambah ilmu kesihatan dan pendek kata platform menyalurkan segala jenis maklumat melalui video.
- Baca juga:Harga iPhone 13 Pro Dan 13 Pro Max Cecah RM7599. Ini Faktor Kenapa Ianya Mahal!
- Baca juga:‘Bahaya’ Sertai Cabaran #10YearsChallenge Yang Ramai Tak Sedar
- Baca juga: iPhone 13 Dan iPhone 13 Mini Dilancarkan Pada Harga Bermula RM3399
Baru-baru ini, TikTok versi negara China atau dikenali sebagai Douyin telah melakukan beberapa perubahan yang di luar jangkaan.
Menurut laporan Reuters, modifikasi pada aplikasi itu membenarkan mereka yang berumur 14 tahun dan ke bawah untuk mengakses aplikasi tersebut dalam tempoh yang boleh dihadkan.
Langkah itu boleh dilakukan dengan mengaktifkan Youth Mode khusus buat pengguna yang masih muda.
Melalui mod khas itu, ia akan menentukan limitasi Douyin selama 40 minit sahaja sehari, di antara jam 6 pagi hingga 10 malam.
Agak-agaknya anda boleh ke hadkan penggunaan TikTok selama 40 minit sahaja?
Sumber: Sinarplus