MSI Creator Z16 Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia

MSI Malaysia melancarkan sebuah komputer riba khas untuk pasaran kreatif dan juga berkebolehan untuk gaming. Komputer riba ini dinamakan sebagai MSI Creator Z16 dan mula ditawarkan secara pra tempah secara atas talian.

Pengguna pasaran kreatif sememangnya memerlukan skrin yang boleh menghasilkan paparan yang cantik dan berkualiti. Oleh itu, MSI menghadirkan komputer riba ini dengan gamut warna DCI-P3 100% berserta paparan QHD+ dan teknologi TRUE PIXEL.

Saiz skrin pula didatangkan berukuran 16 inci dengan nisbah paparan 16:10 serta resolusi 2560×1600 dan menyokong kadar segar semula 120Hz

MSI Creator Z16 ini dilengkapi dengan cip pemprosesan daripada Intel generasi yang ke 11 iaitu Intel Core i7-11800H dan boleh mencapai kelajuan sehingga 4.6Ghz.

Memori pula didatangkan sebesar 32GB berserta storan SSD 1TB NVMe PCIe dan dilengkapi grafik dari NVIDIA iaitu NVIDIA GeForce RTX 3060 Max-Q.

Ciri-ciri lain yang terdapat pada komputer riba ini ialah sokongan WiFi 6E, 4 pembesar suara yang menerima talaan dari Dynaudio, papan kekunci RGB berasaskan LED mini, USB 3.2 Gen2 Type-A dan banyak lagi.

Harga yang ditawarkan buat pasaran Malaysia ia RM11,999 dan ianya boleh ditempah melalui lama rasmi MSI Malaysia dan juga MSI Authorized seller di Lazada.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: