Mi Mix 4, Peranti Pertama Xiaomi Kamera Bawah Skrin

Berita gembira buat peminat peranti pintar Xiaomi kerana Xiaomi Mi Mix 4 akan dilancarkan secara rasmi pada 10 Ogos ni.

Kali terakhir Xiaomi melancarkan siri ini ialah pada tahun 2018 dengan melancarkan Xiaomi Mi Mix 3.

Kini, Xiaomi mengacah dengan mendedahkan poster Xiaomi Mi Mix 4 di laman rasmi mereka iaitu weibo.

Menurut laman TENAA, peranti pintar akan dijana oleh cip pemproses daripada Qualcomm iaitu Snapdragon 888 atau Snapdragon 888+.

Ianya mungkin akan menyokong pengecasan pantas 120W serta dipadankan dengan bateri sebesar 5000mAh.

Peranti pintar ini juga mungkin dihadirkan dengan skrin kedua yang terletak dibelakang peranti dan juga disertakan 4 kamera.

Tambahan lagi, terdapat gambar yang memaparkan panel yang mungkin digunakan pada Xiaomi Mi Mix 4. Jika kita lihat gambar di atas, lubang kamera tidak kelihatan ketika skrin dibuka.

Buat masa ini, xiaomi belum lagi mendedahkan spesifikasi dan tanda harga bagi peranti pintar ini. Oleh itu, kita tunggu pelancaran rasmi pada 10 Ogos ini.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: