in ,

Xiaomi Mi 11T Pro Bakal Tiba Di Malaysia. Ketahui Lebih Lanjut Disini

ADVERTISEMENT

Baru baru ini, terdapat peranti pintar daripada Xioami yang tersenarai dalam SIRIM dan laman IMEI dengan nombor model 2107113SG.

Model peranti pintar ini telah melepasi pengesahan dan berdasarkan gambar dibawah, ianya adalah Xiaomi Mi 11T Pro.

ADVERTISEMENT

Sebelum ini, syarikat Xiaomi telah melancarkan siri Mi 11 iaitu Xiaomi Mi 11 dan dikuti oleh Mi 11 Lite dan Mi 11 Ultra.

Buat masa ini, belum ada maklumat rasmi yang berkaitan dengan peranti pintar ini tetapi ianya dijangka akan dilancarkan dalam bulan Oktober tahun ini.

Dikhabarkan juga, Xiaomi Mi 11T Pro ini mungkin menggunakan cip snapdragon 870 Soc atau Dimensity 1200 SoC.

Peranti Pintar ini juga mungkin dihadirkan dengan skrin AMOLED berserta kadar segar 120Hz dan juga bateri yang besar.

Jika berdasarkan laman FCC, ia menunjukkan Xiaomi Mi 11T Pro ini akan didatangkan dengan Android MIUI 12.5 dan juga terdapat sokongan NFC serta capaian 5G.

Oleh itu, sama-sama nantikan maklumat baharu berkaitan dengan spesifikasi dan harga peranti pintar ini pada masa akan datang.

Sumber: mysmartprice

Written by affiq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ganti Mykad Dalam Masa 30 minit, Ini Senarai JPN Terpilih di Malaysia

program penghargaan warga emas isejahtera

iSejahtera: Program Penghargaan Warga Emas RM150 Setahun