in ,

Xiaomi Mi MIX 4 Muncul Dalam Senarai TENAA Berserta Spesifikasi

ADVERTISEMENT

Syarikat Xiaomi dijangka akan melancarkan secara rasmi Xiaomi Mi MIX 4 pada bulan ogos ini. Sebelum itu, peranti pintar ini telah melepasi senarai 3C dan baru-baru ini juga, ianya telah mendapat pengesahan daripada TENAA.

Berikutan itu, beberapa spesifikasi utama telah didedahkan antaranya ialah kapasiti RAM, storan, sokongan 5G dan lain-lain lagi.

ADVERTISEMENT

Jika kita lihat senarai di atas, terdapat dua variasi pada Xiaomi Mi MIX 4 iaitu 8/256GB dan 12/256GB. Peranti pintar ini juga mempunyai sokongan dwi-sim dengan capaian 5G.

Rekaan skrin pula dijangka akan dihadirkan dengan skrin 6.6 inci melengkung pada bahagian sisi dengan resolusi paparan 2k berserta kamera di bawah skrin.

Xiaomi Mi MIX 4 ini juga dijangka akan dihadirkan dengan cip dari Qualcomm iaitu Snapdragon 888. Ianya turut disertakan dengan pengecasan pantas 120W dan dipadankan dengan bateri sebesar 4500mAh.

Buat masa ini, belum ada informasi berkaitan tanda harga untuk dua variasi peranti pintar tersebut. Oleh itu, sama-sama kita nantikan semasa pelancaran rasmi nanti.

Written by affiq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi Kari Ayam Mamak. Sedap Dan Penuh Berempah!

Resepi Soto Tulang Istimewa. Sedaap Tak Terkata!