Cara Tempahan, Spesifikasi & Harga Perodua D55L Ativa (Dari RM62,500)

Perodua D55L atau juga dikenali sebagai Perodua ATIVA, model Perodua paling canggih setakat ini – kini dibuka untuk tempahan dengan varian X, H dan AV ditawarkan dengan harga tentatif atas jalan sebelum insurans antara RM62,500 dan RM73,400 di Semenanjung Malaysia.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata Perodua D55L merupakan model pertama di bawah rangka tindakan Perodua Smart Build yang menerajui gaya, keselamatan, teknologi, tahap kelengkapan dan juga nilai bagi Perodua.

perodua d55l

Baca juga: Ramai Tak Tahu, Ini Harga Gas Memasak Yang Ditetapkan KPDNHEP

Ciri, Varian & Spesifikasi Perodua D55L (Ativa)

Antara ciri utama D55L adalah Sistem Bantuan Pemanduan Selamat (ASA).

Terdapat pada semua varian, ASA terkini mampu beroperasi pada kelajuan yang lebih tinggi berbanding versi semasa dan mampu mengesan kenderaan dua-roda.

Turut terdapat pada semua varian adalah “Lane Departure Warning and Prevention“, manakala varian AV didatangkan dengan “Lane Keep Control“, “Blind Spot Monitor“, ‘‘Rear Cross Traffic Alert’‘ dan ”Adaptive Cruise Control’‘.

Dengan kesemua ciri-ciri ini, Perodua D55L merupakan model Perodua pertama yang memenuhi standard Pemanduan Autonomi Tahap 2.

perodua d55l

Baca juga: Residensi Wilayah: Daftar Rumah Mampu Milik KL, Putrajaya & Labuan

  • Varian X dan H boleh didapati dalam warna Glittering Silver, Granite Grey dan Cobalt Blue
  • Varian H turut didatangkan dengan pilihan Pearl Diamond White dan Pearl Delima Red. (Tiga warna terakhir adalah baharu buat Perodua.)
  • Varian AV boleh didapati dalam warna Glittering Silver, Granite Grey, Pearl Diamond White, Pearl Delima Red (Dua warna terakhir dengan bumbung hitam.)
  • Waranti lima tahun/150,000 km ditawarkan.

Perodua D55L juga merupakan kenderaan turbo pertama Perodua, selari dengan trend “downsizing’‘ global, dan model Perodua pertama yang menggunakan transmisi boleh laras berterusan (CVT), menyumbang kepada kecekapan bahan api 18.9 km/liter – terbaik dalam kelasnya.

“Selari dengan matlamat kami untuk terus membawa lebih banyak teknologi canggih kepada orang ramai, Perodua D55L AV merupakan kenderaan Autonomi Tahap 2 yang paling mampu milik di Malaysia, menawarkan ciri keselamatan dan kemudahan canggih kepada semua.” kata Dato Zainal, CEO Perodua.

Berikut adalah spesifikasi rasmi yang ditunjukkan melalui leaflet:

Harga Rasmi

Senarai harga rasmi berdasarkan spesifikasi dan varian adalah seperti berikut:

Cara Tempahan

Memandangkan pengecualian cukai jualan yang diperkenalkan oleh kerajaan dijangka berakhir pada akhir Jun, jangan tunggu lagi untuk menempah!

Anda boleh merujuk kepada penasihat jualan Perodua yang sah untuk mendapatkan info dengan lebih terperinci mengenai Perodua D55L di semua pusat jualan Perodua di seluruh negara.

Perodua mengamalkan pematuhan ketat garis panduan COVID-19 demi kesihatan dan keselamatan anda.

Untuk maklumat lanjut, layari perodua.com.my

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: