Residensi Wilayah: Daftar Rumah Mampu Milik KL, Putrajaya & Labuan
Residensi Wilayah yang dahulunya dikenali sebagai RUMAWIP merupakan satu program perumahan mampu milik yang menyediakan kediaman lebih selesa, berkualiti dan mampu dimiliki kepada warga Wilayah Persekutuan.
RESIDENSI WILAYAH merupakan program rumah mampu milik yang hanya tertumpu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sahaja.
Di sini kami kongsikan maklumat lanjut tentang Residensi Wilayah (RUMAWIP) untuk makluman bersama.
Apakah Residensi Wilayah / RUMAWIP?
Perumahan adalah merupakan elemen yang kritikal dan penting di dalam pembangunan di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan).
Ia juga bagi merealisasikan hasrat Malaysia mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi.
Pada masa kini, harga rumah yang tinggi menyebabkan warga kota terutama dari golongan berpendapatan sederhana sukar untuk membeli dan memiliki rumah sendiri.
Maka program RESIDENSI WILAYAH diwujudkan untuk menyediakan rumah yang selesa lagi berkualiti serta mampu dimiliki kepada warga Wilayah Persekutuan.
Ia merupakan rumah mampu milik untuk golongan berpendapatan sederhana dan rendah yang menetap dan bekerja di Wilayah Persekutuan.
Residensi Wilayah merujuk kepada Rumah Mampu Milik di Wilayah Persekutuan dengan harga jualan sehingga RM300,000 seunit dengan tagline “Residensi Wilayah Residensiku”.
Penetapan sasaran baru Residensi Wilayah bagi tempoh sepuluh (10) tahun mulai 2019 – 2028 adalah sebanyak 80,000 unit selaras dengan sasaran Kerajaan untuk merealisasikan pembinaan sebanyak satu (1) juta rumah mampu milik di seluruh negara dalam tempoh 10 tahun.
Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia
- Berumur 21 tahun ke atas
- Dilahirkan atau menetap atau bekerja di Wilayah Persekutuan
- Pendapatan kasar bulanan di bawah RM10,000 (bujang) dan RM15,000 (berkahwin)
- *Pemohon yang telah memiliki rumah di negeri lain masih boleh memohon, dengan syarat tidak memiliki sebarang hartanah/kediaman di Wilayah Persekutuan tertakluk kepada syarat dan peraturan yang sedang berkuat kuasa dari semasa ke semasa.
Baca juga: Cara Daftar LHDN Pertama Kali Untuk Declare Income Tax (e-Filing)
Jenis Rumah Yang Ditawarkan
Residensi Wilayah menawarkan rumah yang mempunyai tiga (3) bilik tidur, dua (2) bilik air, dapur, ruang tamu, ruang makan dan yard serta dalam bentuk rumah berstrata.
Rujuk di pautan ini untuk melihat Senarai Projek Terkini: https://residensiwilayah.kwp.gov.my/projek?keyword=&wilayah=all&status=Dibuka
Cara Permohonan Residensi Wilayah
Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) di laman web rasmi https://residensiwilayah.kwp.gov.my.
Pemohon perlu memastikan alamat emel adalah tepat kerana semua notifikasi akan dihantar melalui emel.
Langkah mendaftar adalah seperti berikut:
- Layari portal Residensi Wilayah dengan memasukkan alamat URL berikut di pelayar web: https://residensiwilayah.kwp.gov.my
- Di bahagian atas kanan halaman portal, klik butang ‘Daftar’ atau klik butang
- ‘Daftar Akaun’ di bahagian kanan tengah halaman portal
- Dengan Setelah membaca panduan dan syarat kelayakan, klik butang ‘Saya Layak’.
- Di halaman borang pendaftaran akaun, pada bahagian ‘Kelayakan’, ketik pada kotak ‘Saya telah membaca dan bersetuju dengan syarat-syarat yang disebutkan di atas. Saya mengesahkan bahawa saya memenuhi kesemua Syarat Kelayakan yang ditetapkan oleh Residensi Wilayah’.
- Pada borang pendaftaran akaun, di kotak No. Kad Pengenalan (Baru) cuba masukkan nombor kad pengenalan yang melebihi 12 aksara.
- Di halaman Seterusnya, isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap menggunakan contoh maklumat di bawah dan klik butang daftar.
- i. No. Kad Pengenalan: 86116XXXXXX
- ii. Kata laluan: abcd1234@
- iii. Ulang kata laluan: abcd1234@
- iv. Kewarganegaraan: Warganegara.
- v. Email: [email protected]
- vi. Status Perkahwinan: Berkahwin (jika ada)
- vii. Pendapatan Kasar Isi Rumah: 20000
- viii. Poskod Tempat tinggal: 09300
- ix. Poskod Tempat Kerja: 09300
- x. Klik Langgan berita berkaitan Residensi Wilayah (jika perlu)
- Setelah butang daftar ditekan, sekiranya pendaftaran tersebut berjaya. Anda akan dibawa ke akaun profil peribadi.
- Di dalam paparan akaun pengguna, klik ikon di atas kanan skrin anda dan klik Log Keluar.
- Kembali ke halaman utama, klik butang Log Masuk di atas kanan skrin anda atau klik Log Masuk di tengah kanan skrin.
- Pilih Pemohon, masukkan No. Kad Pengenalan dan kata laluan yang anda gunakan semasa pendaftaran di kotak yang disediakan. Klik Log Masuk
Login Pengguna Kali Pertama & Permohonan Unit Residensi Wilayah:
- Layari portal Residensi Wilayah dengan memasukkan alamat URL berikut
di pelayar web: https://residensiwilayah.kwp.gov.my - Pilih Pemohon, masukkan No. Kad Pengenalan dan kata laluan yang anda gunakan semasa pendaftaran di kotak yang disediakan. Klik Log Masuk
- Paparan Profil pengguna dipaparkan.
- Isi semua maklumat yang diberikan. Sekiranya terdapat symbol * pada medan pengisian profil, anda WAJIB mengisi maklumat tersebut secara MANDATORI. Walau bagaimanapun, sekiranya tanda * tidak dipaparkan, anda dibenarkan untuk mengosongkan maklumat tersebut jika tidak berkenaan.
- Setelah Pemohon mengisi semua maklumat yang diperlukan, Paparan pengesahan permohonan akan dipaparkan.
- Klik pada menu projek atau maklumat yang mempunyai teks berwarna hijau yang ditanda warna merah.
- Pemohon perlu menekan mana-mana projek yang berminat. Hanya satu permohonan sahaja yang boleh dibuat dalam setiap pemohonan.
- Sila lengkapkan permohonan dan muat naik dokumen sebelum proses permohonan menjadi lengkap.
NOTA: Pemohon boleh membatalkan permohonan yang telah dipohon dengan
memilih maklumat permohonan pada paparan projek yang dipohon.
Baca juga: Permohonan Rumah Harapan Rakyat RM60,000 / Seunit
Semakan Status Permohonan
Pemohon boleh menyemak status permohonan melalui akaun pemohon di portal Residensi Wilayah.
Pemohon yang telah berjaya ditawarkan unit RESIDENSI WILAYAH perlu mengemukakan bayaran sebanyak 10% daripada harga unit yang ditawarkan kepada pemaju selaras dengan Perjanjian Jual Beli yang ditandatangani antara pembeli dan pemaju untuk urusan jual beli selanjutnya.
Maklumat Lanjut
Urus Setia RESIDENSI WILAYAH
Unit Residensi Wilayah,
Bahagian Sosio Ekonomi,
Aras 5, Blok 2,
Menara Seri Wilayah,
Presint 2,
Kementerian Wilayah Persekutuan,
62100 Putrajaya.
Waktu Urusan : Isnin – Jumaat ( 9.30 pagi – 4.30 petang )
Waktu Rehat : Isnin – Khamis ( 1.00 petang – 2.00 petang )
Jumaat ( 12.00 tengahari – 3.00 petang)
Sabtu dan Ahad (Tutup)
Urus Setia RESIDENSI WILAYAH DBKL
Aras 25, Menara DBKL 1,
Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur
Tel : 03-26179154
Waktu Urusan : Isnin – Jumaat ( 9.30 pagi – 4.30 petang )
Waktu Rehat : Isnin – Khamis ( 1.00 petang – 2.00 petang )
Jumaat ( 12.00 tengahari – 3.00 petang)
Sabtu dan Ahad (Tutup)
Faks: 03-8889 7640
Emel: [email protected]