Tak Perlu Bayar Balik Pengeluaran Akaun 1 KWSP i-Sinar

Ramai yang keliru dengan ayat “ganti semula” pengeluaran akaun 1 KWSP i-Sinar.

Untuk makluman anda, menurut KWSP, amaun yang didahulukan daripada Akaun 1 itu akan diganti semula dengan caruman ahli pada masa depan.

Maksudnya begini:

Katakan anda keluarkan RM9,000 dari akaun 1 melalui i-Sinar.

Maka disyaratkan kelak apabila ahli telah berkerja semula dan mencarum KWSP seperti biasa (bersama caruman majikan), caruman baharu itu akan dikreditkan ke akaun 1 sepenuhnya sehinggalah pendahuluan RM9,000 tadi diganti.

Setelah itu barulah caruman dipecahan semula mengikut kebiasaan 70:30 Akaun 1 dan Akaun 2.

Anda mungkin tidak akan rasa perbezaan. Cuma akaun 2 ahli berkuranglah sedikit. Jumlah caruman tiada beza secara keseluruhannya.

Bagaimana pula kalau tidak berkerja? Tak berkerja maka tak perlu mencarum dan tak perlu ganti duit yang telah dikeluarkan itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *