in

i-Sinar KWSP: Syarat Kelayakan & Jumlah Pengeluaran Akaun 1 Yang Dibenarkan

i-sinar kwsp

16 November – KWSP dalam sebuah kenyataan rasmi yang terkini memaklumkan bahawa pengeluaran Akaun 1 melalui i-Sinar akan boleh dibuat pada kadar RM9,000 hingga RM60,000.

Ini dijangka akan memberi manfaat kepada 2 juta ahli yang layak dan dianggarkan sejumlah RM14 bilion tersedia untuk ahli layak.

Syarat Kelayakan i-Sinar KWSP

Antara syarat kelayakan yang dijelaskan dalam kenyataan tersebut merangkumi:

  • ahli yang kehilangan pekerjaan
  • pekerja sektor formal yang tidak mampu mencarum selama 2 bulan berturut-turut
  • pekerja yang diberi cuti tanpa gaji
  • ahli yang tiada sumber pendapatan

*Maklumat lebih lanjut serta butiran terperinci mengenai kelayakan i-Sinar serta terma dan syarat akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Jumlah Pengeluaran Akaun 1 Yang Dibenarkan

Ahli yang layak boleh mengakses 10% daripada amaun simpanan mereka dalam Akaun 1, namun tertakluk kepada baki minimum RM100.

  1. Ahli mempunyai baki RM90,000 dan ke bawah di dalam Akaun 1, akan mempunyai akses kepada amaun sehingga RM9,000.
    • Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM4,000.
    • Pengeluaran bulanan seterusnya adalah pada tahap maksimum RM1,000 sebulan.
  2. Ahli mempunyai baki lebih daripada RM90,000 dalam Akaun 1, akan mempunyai akses 10%, namun jumlah maksimum boleh didahulukan adalah RM60,000.
    • Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM10,000.
    • Pengeluaran seterusnya adalah pada tahap maksimum RM10,000 sebulan.
i-sinar

Amaun Didahulukan Perlu Diganti Semula

Walau bagaimanapun menurut kenyataan KWSP itu, ahli yang memilih untuk memohon kemudahan i-Sinar perlu menggantikan amaun yang telah didahulukan (dikeluarkan).

Setelah ahli berjaya mendapat kerja, caruman baharu akan dikreditkan 100% ke dalam Akaun 1 sehingga amaun pendahuluan diterima digantikan semula.

Selepas itu, caruman akan kembali ke kadar pecahan asal iaitu 70% bagi Akaun 1 dan 30% bagi Akaun 2.

Baca juga: Cara Daftar i-Akaun KWSP Online, Semak Penyata & Mohon Pengeluaran

i-Sinar Berjalan Serentak Dengan i-Lestari

Dalam satu kenyataan berasingan, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata bahawa program i-Sinar akan berjalan serentak dengan beberapa lagi inisiatif dan bantuan menerusi KWSP termasuk i-Lestari.

Terdahulu, YBhg. Dato’ Asri Hamidon, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, menjelaskan dalam satu temubual bahawa pencarum KWSP yang layak akan dibenarkan untuk membuat pengeluaran daripada Akaun 1 setelah mereka menghabiskan jumlah pengeluaran maksimum daripada Akaun 2 menerusi program i-Lestari.

Ahli Digalakkan Mendapatkan Nasihat Kewangan

Menurut Tengku Zafrul lagi, langkah itu dibuat dengan mengambil kira kedudukan KWSP sebagai simpanan hari tua pencarumnya, justeru bantuan untuk mengadapi situasi semasa perlu diseimbangkan dengan kepentingan masa depan.

Ahli juga digalakkan untuk mendapatkan nasihat kewangan melalui Pegawai Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) KWSP atau Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) bagi menentukan amaun diperlukan untuk permohonan di bawah i-Sinar serta memastikan kelangsungan hidup semasa krisis.

*Maklumat lanjut mengenai kelayakan i-Sinar serta terma dan syarat akan dikemaskini setelah ia diperincikan oleh KWSP.

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

i-sinar kwsp

i-Sinar KWSP: Permohonan Bersyarat Mulai Disember 2020

lanjutan moratorium

Lanjutan Moratorium 3 Bulan Secara Automatik Bermula Disember 2020