Ada simpan duit kertas rosak dekat rumah? Jika ya, jangan dibuang!
Berkemungkinan besar wang kertas rosak yang anda simpan masih lagi bernilai sekiranya ditukar di Bank Negara Malaysia.
Bank Negara Malaysia menerima wang kertas dan duit syiling yang tidak sesuai untuk edaran untuk ditukar kepada duit baharu seperti:
- duit terbakar
- terkoyak
- berlubang
- kotor/lusuh
- kecut (kebanyakkannya duit polimer/ plastik)
- dimakan anai-anai
- luntur warna
- cacat
- hilang ciri-ciri keselamatan
- dan banyak lagi.

Cara Tukar Duit Kertas Rosak
Jadi, apa nak buat kalau ada duit rosak?
Cara nak tukar duit kertas yang rosak ialah dengan membawa wang kertas /wang polimer / duit syiling yang rosak tadi ke mana-mana cawangan Bank Negara Malaysia yang berhampiran dengan anda dan isi borang.
Anda boleh mendapatkan borang tersebut di kaunter.

Pegawai BNM yang bertauliah akan menilai setiap wang kertas anda berpandukan spesifikasi yang berikut:
- FULL VALUE (NILAI PENUH): melebihi dua per tiga (2/3) daripada saiz asal
- HALF VALUE (NILAI SEPARUH): kurang daripada dua per tiga (2/3) tetapi melebihi satu per dua (1/2) daripada saiz asal
- NO VALUE (TIADA NILAI): kurang satu per dua (1/2) daripada saiz asal
*Nota: Tiada nilai pada wang kertas jika ia ditulis atau dilukis dengan sengaja (iaitu tanda yang dibuat di atas potret Yang Di-Pertuan Agong, tulisan yang menggambarkan slogan politik atau menggunakan wang kertas sebagai kad jemputan / pad tulis
Sekiranya cawangan Bank Negara Malaysia terlampau jauh dari rumah anda, anda boleh mencuba mendepositkan wang kertas rosak anda di Maybank, CIMB, BSN dan lain-lain.
Baca juga: Cara Check Baki Tabung Haji Melalui Maybank2u & Transfer Online
Berikut adalah kenyataan penuh oleh Bank Negara Malaysia yang pernah viral di Twitter dan media sosial berkaitan duit kertas rosak.


Baca juga: MyRail5: Cara Daftar Pas Perjalanan Tanpa Had Pelajar & OKU Online
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web http://www.bnm.gov.my/ atau hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan BNM di 1-300-88-5465 atau e-mel [email protected].