MyRail5: Cara Daftar Pas Perjalanan Tanpa Had Pelajar & OKU Online
KTMB memperkenalkan MyRail5, pas perjalanan bulanan tanpa had istimewa untuk pelajar sekolah Tahun 1 hingga Tingkatan 6 dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU).
Tahukah anda apakah Pas Perjalanan Tanpa Had ini dan bagaimana untuk mendapatkannya?
Jom ketahui lebih lanjut melalui artikel ini.
Apakah Pas MyRail5?
Pas perjalanan bulanan tanpa had selama 30 hari dengan harga RM5 kepada pelajar sekolah Tahun 1 hingga Tingkatan 6 serta golongan Orang Kurang Upaya (OKU) bagi perkhidmatan KTM Komuter sektor Lembah Klang, KTM Komuter sektor Utara dan Shuttle Timuran (Kuala Lipis – Tumpat).
Pas MyRail5 diperkenalkan untuk meringankan beban kos pengangkutan pelajar sekolah dan golongan OKU yang menggunakan perkhidmatan KTM Komuter dan Shuttle Timuran selain mengalakkan pelajar sekolah dan golongan OKU menggunakan pengangkutan awam.
Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia
- Pelajar sekolah tahun 1 hingga tingkatan 6
- Golongan OKU
Tarikh Pendaftaran & Tempoh Sah Penggunaan
Pendaftaran MyRail5 akan bermula 27 Disember melalui kaunter tiket atau secara dalam talian.
Ia boleh digunakan bermula 1 Januari 2021.
Pas ini akan berada di pasaran dari 1 Januari hingga 31 Disember 2021 dengan harga RM5/sebulan.
Pas ini boleh digunakan selama 30 hari berturut-turut (termasuk hujung minggu dan cuti am) dari tarikh pembelian / pembaharuan pas MyRail5.
Lokasi Pendaftaran & Pembaharuan
Pengguna KTM Komuter sektor Lembah Klang
Mendaftar di mana-mana 13 kaunter tiket stesen KTM Komuter terpilih (fasa permulaan) seperti berikut:
- Sentul, Batu Caves, Subang Jaya, Shah Alam, Klang, Bandar Tasek Selatan, Kajang, Seremban, KL Sentral, Kepong, Sungai Buloh, Rawang dan Tanjung Malim
- Pendaftaran di lain-lain stesen akan dimaklumkan dari masa ke semasa melalui saluran rasmi KTMB
Pengguna KTM Komuter sektor Utara & Shuttle Timuran
Bagi pengguna baharu:
- Mendaftar di mana-mana kaunter tiket KTM Komuter / Shuttle Timuran
- Secara dalam talian.
Bagi pengguna sedia ada:
- Mendaftar MyRail5 mengikut saluran permohonan awal konsesi (KITS) mereka sama ada di kaunter atau secara dalam talian.
Cara Permohonan / Pendaftaran Online & Manual
Untuk mendapatkan Pas Perjalanan Tanpa Had MyRail5 ini, anda boleh mendaftar secara online atau manual.
A. Permohonan online: Sila daftar di laman web https://bit.ly/3ppUuqs dan sertakan dokumen yang diperlukan (muatnaik)
B. Permohonan manual: Sila ke kaunter tiket KTMB yang dinyatakan di atas dengan membawa dokumen yang diperlukan.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK PENDAFTARAN MyRail5
i) Pengguna Baharu – (KTM Komuter sektor Lembah Klang / Utara dan Shuttle Timuran)
- Kad pengenalan;
- Dokumen pengesahan daripada pihak sekolah (bagi pelajar sekolah tahun 1 hingga tingkatan 6) atau;
- Kad daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (bagi OKU)
ii) Pengguna Sedia Ada – (KTM Komuter sektor Lembah Klang)
- Kad Pengenalan; dan
- Kad Konsesi Komuter Link sedia ada
iii) Pengguna Sedia Ada – (KTM Komuter Utara dan Shuttle Timuran)
- No.PNR (KITS)
- Kad Pengenalan
- Kad daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (bagi OKU)
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK PEMBAHARUAN
i) Pengguna KTM Komuter sektor Lembah Klang
- Kad pengenalan
- Kad Konsesi Komuter Link sedia ada (bagi perkhidmatan KTM Komuter sektor Lembah Klang sahaja)
ii) Pengguna KTM Komuter sektor Utara dan Shuttle Timuran
- No.PNR (KITS)
- Kad pengenalan
- Kad OKU
Baca juga: 11 Skim Bantuan JKM: Cara Daftar, Semakan & Kemaskini Online
Maklumat Lanjut Tentang Pas MyRail5
Maklumat lanjut berkenaan MyRail5 sila rujuk Soalan Lazim (FAQ) di SINI.
Sila rujuk media sosial KTMB di:
- Facebook KTM Berhad
- Twitter @ktm_berhad
- Instagram ktmbofficial
Hubungi Pusat Panggilan KTMB: 03-2267 1200 (7.00 pagi – 11.00 malam)
Jom dapatkan pas MyRail5 untuk perjalanan tanpa had anda!