Sumbangan Kesihatan Rahmah: Semakan & Permohonan

Sumbangan Kesihatan Rahmah (SKR) ~ Sempena Sambutan Hari Peneroka Felda 2023, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan beberapa inisiatif dan insentif yang bertujuan meningkatkan kualiti hidup serta memelihara kebajikan warga Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda). 

Insentif itu antara lain meliputi aspek penyediaan infrastruktur, pendigitalan, perumahan, penjagaan kesihatan termasuk Sumbangan Kesihatan Rahmah (SKR). 

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya. 

Sumbangan Kesihatan Rahmah (SKR)

Sumbangan Kesihatan Rahmah (SKR) adalah merupakan salah satu insentif khas buat warga FELDA yang diumumkan oleh Perdana Menteri sempena Sambutan Hari Peneroka Felda 2023. 

Peneroka FELDA yang berumur 65 tahun ke atas bakal menerima insentif khas SKR sebanyak RM300. Insentif ini bakal memberi manfaat kepada lebih kurang 70,715 peneroka FELDA. Bantuan ini melibatkan peruntukan sebanyak RM21.21 juta. 

Sumbangan Kesihatan Rahmah 1

Selain itu, pembinaan pusat hemodialisis juga bakal dilakukan dengan peruntukan RM21 juta yang bakal memberi manfaat kepada 2,000 pesakit. 12 pusat hemodialisis akan dibina di semua wilayah Felda dan sebuah lagi di premis Yayasan Felda di Kelana Jaya. 

Pembinaan pusat hemodialisis in dilakukan kerana kerajaan sedia maklum tentang kesusahan peneroka yang terpaksa berulang alik jauh ke hospital untuk menjalani rawatan hemodialisis.

Pengumuman mengenai Sumbangan Kesihatan Rahmah (SKR) ini merupakan usaha kerajaan untuk meningkatkan kualiti hidup serta memelihara kebajikan penduduk FELDA terutamanya generasi pertama.

BACA JUGA: ePeneroka FELDA: Semakan Penyata Pinjaman & Jumlah Penghapusan Hutang

Cara Memohon Sumbangan Kesihatan Rahmah (SKR)

Perincian mengenai cara memohon Sumbangan Kesihatan Rahmah belum ada lagi buat masa ini. Segala maklumat akan dikemaskini dari masa ke semasa. 

Insentif Lain Buat Warga FELDA

Kerajaan juga tidak meminggirkan warga peneroka di Sabah. Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengumumkan perbelanjaan untuk kos operasi lampu jalan dengan implikasi kewangan sebanyak RM7.7 juta setahun.

Sumbangan Kesihatan Rahmah 1

Subsidi diesel RM36 juta setahun bagi tiga Felda di Sabah juga turut diumumkan. Insentif itu akan memanfaatkan hampir 43,000 penduduk di kawasan berkenaan.

sumbangan kesihatan rahmah skr

Di samping itu, kerajaan turut mengumumkan Program Digital MADANI. Dengan kerjasama Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), program ini akan dilaksanakan di 30 pusat ekonomi digital (PEDi) yang dikenal pasti di seluruh negara untuk menjadikan Felda peneraju transformasi digital. 

sumbangan kesihatan rahmah skr

Bukan itu sahaja, penyelesaian isu Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) yang terbengkalai juga bakal diteliti semula. Kerajaan akan menyediakan peruntukan sewajarnya bagi segera menyiapkan baki 283 unit Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF).

Usaha membantu peneroka getah beralih kepada tanaman komoditi lain dan lomitmen untuk melupuskan 80 peratus hutang peneroka Felda berjumlah RM8.3 bilion juga turut diumumkan. 

Kerajaan juga mempertimbangkan usaha drastik bagi membantu peneroka getah beralih kepada tanaman komiditi lain seperti sawit, kelapa, atau yang bersesuaian.

Kerajaan juga telah meluluskan peruntukan sehingga RM1 billion setahun bagi tempoh 10 tahun untuk menjamin kelangsungan FELDA.

BACA JUGA: Skim Perubatan Madani Untuk B40: Semakan & Rawatan Percuma

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai Sumbangan Kesihatan Rahmah, sila layari: https://www.felda.gov.my/ 

Atau, rujuk Twitter Rasmi Pejabat Perdana Menteri Malaysia.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: