ePeneroka FELDA: Semakan Penyata Pinjaman & Jumlah Penghapusan Hutang
ePeneroka Portal FELDA 2021
Melalui inisiatif yang diumumkan sempena Hari Peneroka FELDA pada 7 Julai 2021, bebanan pinjaman peneroka akan berkurang sebanyak purata 80% dan berbaki 20% diteruskan pembayaran oleh peneroka.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ia akan dilaksanakan melalui inisiatif pelarasan pinjaman peneroka secara bersyarat terutama bagi generasi awal.
Peneroka boleh membuat semakan Penyata Hutang dengan melayari e-Peneroka Portal FELDA.
Di sini dikongsikan cara membuat semakan hutang / penyata pinjaman peneroka FELDA secara online.
Syarat Pelupusan Hutang FELDA
Menurut laporan oleh Astro Awani, pelupusan bersyarat itu merangkumi empat perkara:
- Pelarasan sebahagian baki pinjaman tanam semula sehingga 31 Disember 2019, berjumlah RM8.0 bilion, yang akan memberi manfaat kepada 92,441 orang peneroka (iaitu meliputi 82% dari keseluruhan 112,638 warga peneroka);
- Pelarasan sebahagian baki tunggakan pinjaman baja sehingga 31 Disember 2019, berjumlah RM168 juta, melibatkan 52,180 peneroka (iaitu meliputi 46% warga peneroka);
- Pelarasan sepenuhnya baki pinjaman saham FGV Holdings Bhd sehingga 7 Julai 2021, bernilai RM78 juta, melibatkan 38,043 peneroka (iaitu meliputi 34% warga peneroka); dan
- Pelarasan sepenuhnya baki pinjaman pembangunan asal sehingga 31 Disember 2019, berjumlah RM56 juta, yang akan dinikmati 6,711 orang peneroka (iaitu kira-kira 6% warga peneroka).
Baca juga: Senarai Urusniaga JPJ Yang Diberi Pelanjutan Khas Sepanjang PKP 3.0
ePeneroka Portal FELDA: Semakan Penyata Hutang & Jumlah Penghapusan Hutang Peneroka Felda
Cara membuat semakan penyata hutang dan jumlah penghapusan hutang FELDA secara online adalah seperti berikut:
Sila rujuk langkah-langkah di bawah:
Semakan Penyata Hutang Peneroka & Jumlah Penghapusan Hutang
- Layari Portal ePeneroka di pautan https://eportal.felda.net.my
- Masukkan user ID & Kata Laluan *
- Tekan Home
- Tekan Statements
- Download file dan boleh buat semakan
- Peneroka boleh mula log in dan menyemak penyata hutang masing-masing.
NOTA: *Sila hubungi pejabat rancangan masing-masing bagi mendapatkan Kata Laluan tersebut.
ATAU
Peneroka Boleh Log In sendiri melalui portal di atas dengan menggunakan id dan password seperti di bawah :-
User id : *NO KP PENEROKA* (tanpa *-*)
Password : *Felda@<4 digit terakhir no KP>* F mesti huruf besar.
Contoh :-
User id : 680101115081
Password : Felda@5081
Contoh semakan penyata pinjaman peneroka akan dipaparkan seperti di bawah:
JOM PAKAT SEMAK PENYATA PINJAMAN / HUTANG PENEROKA !
Maklumat Lanjut
Jika terdapat sebarang pertanyaa, sila hubungi saluran berikut:
- Tel: 03 2191 2191
- Faks: 03 2191 2590
- Emel: [email protected]
- FELDA – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan
Alamat:
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan, Menara FELDA,
Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia.
*Sila hubungi Pejabat Rancangan anda jika terdapat sebarang pertanyaan atau masalah mengakses Portal ePeneroka.
Baca juga: BKC: Bantuan Khas COVID19 (Jadual Kategori Miskin Tegar, B40 & M40)