in

Cara Mohon Salinan Sijil Lahir / Surat Beranak Hilang, Rosak

sijil lahir surat beranak hilang
ADVERTISEMENT

Apa nak buat kalau sijil lahir atau surat beranak hilang?

Sijil lahir atau surat beranak adalah dokumen penting, terutamanya bagi membuat urusan kerajaan serta urusan berkaitan kesihatan.

Di sini dikongsikan cara membuat permohonan cabutan sijil lahir / surat beranak yang telah hilang, rosak atau musnah akibat bencana dan sebagainya.

Permohonan Salinan Sijil Lahir / Surat Beranak Di JPN

Permohonan untuk mendapatkan salinan daftar kelahiran oleh pemohon yang berkelayakan dengan bayaran yang ditetapkan.

ADVERTISEMENT

Cabutan sijil kelahiran boleh dibuat di mana-mana Pejabat JPN di seluruh Semenanjung Malaysia.

sijil lahir hilang

Baca juga: Cara Daftar Kelahiran Online JPN. Mudah & Cepat Dalam Tempoh PKP

Kelayakan

Permohonan cabutan sijil kelahiran boleh dibuat oleh individu berikut:

  1. Pemilik Sijil Kelahiran yang telah memiliki Kad Pengenalan atau Passport;
  2. Ibu atau bapa pemilik Sijil Kelahiran;
  3. Suami atau isteri pemilik Sijil Kelahiran;
  4. Anak kandung atau anak angkat yang sah bagi pemilik Sijil Kelahiran;
  5. Adik-beradik kandung pemilik Sijil Kelahiran;
  6. Penjaga yang sah bagi kanak-kanak (pemilik Sijil Kelahiran) telah memiliki surat hak penjagaan kanak-kanak mengikut Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991;
  7. Firma Guaman;
  8. Badan Berkanun;
  9. Agensi kerajaan.

Dokumen Yang Diperlukan

KATEGORI 1: INDIVIDU DALAM KATEGORI 1 HINGGA 6 (rujuk senarai kelayakan di atas)

  • Borang JPN.LM12 yang lengkap;
  • Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri pemohon (asal dan salinan);

KATEGORI 2: INDIVIDU DALAM KATEGORI 7

  • Borang JPN.LM12 yang lengkap;
  • Surat Rasmi Pejabat Firma Guaman untuk memohon carian atau cabutan dalam daftar;
  • Surat lantikan daripada anak guam (pemohon);
  • Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri anak guam (pemohon) (asal dan salinan);
  • Surat wakil kuasa untuk menguruskan permohonan (sekiranya berkaitan).

Baca juga: MyPhone-In JPN: Cara Ganti MyKad Rosak Melalui Telefon

KATEGORI 3: INDIVIDU DALAM KATEGORI 8 DAN 9

  • Borang JPN.LM12 yang lengkap;
  • Surat Rasmi Badan Berkanun atau Agensi Kerajaan untuk memohon carian atau cabutan dalam daftar;
  • Surat wakil kuasa pemohon untuk menguruskan permohonan (sekiranya berkaitan).

KATEGORI 4: SELAIN DARIPADA INDIVIDU DALAM KATEGORI 1 HINGGA 6

  • Borang JPN.LM12 yang lengkap;
  • Dokumen pengenalan diri atau dokumen perjalanan yang sah (jika bukan warganegara).
  • Surat Rasmi untuk memohon carian dalam daftar.
  • Surat Akuan Berkanun (Jika berkaitan).
  • Salasilah/Susur galur keluarga (Jika berkaitan).
  • Surat wakil kuasa dari waris yang layak bersama salinan kad pengenalan waris (Jika berkaitan).
  • Sebarang dokumen atau maklumat yang boleh dijadikan asas membuat carian dalam daftar kelahiran seperti Cabutan Daftar Persekolahan dan Sijil Kelahiran adik-beradik yang lain (bagi permohonan carian kelahiran)

*MUAT TURUN: BORANG JPN.LM12

Makluman : Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan.
Bagi urusan, sila gunakan borang asal.

Cara Mohon Surat Beranak / Sijil Kelahiran Online

Bagi permohonan secara online, anda boleh membuat Cabutan / Salinan Sijil Kelahiran secara dalam talian di https://oslhr.jpn.gov.my/.

Permohonan boleh dilakukan oleh pemilik sijil kelahiran, ibu, bapa, adik -beradik, suami/isteri dan anak-anak.

Anda hanya perlu hadir ke kaunter JPN bagi mengambil Cabutan / Salinan Sijil Kelahiran dan membuat bayaran permohonan sahaja. Mudah bukan?

Baca juga: Sijil Hilang? Ini Cara Dapatkan Secara Online (e-Lembaga Peperiksaan)

Bayaran / Caj Surat Beranak Hilang

Fi Permohonan yang dikenakan oleh JPN bagi memohon sijil lahir atau surat beranak yang baharu ialah RM5.00.

Maklumat Lanjut & Janji Temu JPN Online

Rujuk maklumat lanjut berkaitan permohonan sijil lahir hilang di: https://www.jpn.gov.my/…/kel…/semenanjung/pen-cabutan-sm

Sekiranya terdapat soalan lain sila membuat pertanyaan melalui e-Pertanyaan (SISPAA JPN) di https://jpn.spab.gov.my

atau sila hubungi:

Pegawai Perkhidmatan Pelanggan JPN di saluran berikut:

  • Tel : 03-80008000
  • Faks : 03-88808288

Senarai pejabat JPN yang beroperasi boleh disemak melalui portal rasmi JPN di pautan https://www.jpn.gov.my/.

Sepanjang tempoh ini, JPN akan melaksanakan pematuhan SOP yang ketat dengan hanya menerima Pelanggan yang telah mempunyai janji temu sahaja.

Jadi seeloknya semak dahulu dengan Pegawai Perhubungan JPN berkaitan temujanji ini. Permohonan janji temu online boleh dilakukan di https://mytemujanji.jpn.gov.my/.

Sekiranya terdapat gangguan pada sistem janji temu, pemohon boleh hantarkan emel kepada [email protected]

Soalan Lazim :

Kanak-kanak tidak mempunyai Sijil Kelahiran, usianya telah melebihi 60 hari dan telah dilahirkan di dalam Semenanjung Malaysia. Apa yang perlu dilakukan?


Jika ibu/bapa atau penjaga yang sah mempunyai bukti bahawa kelahiran kanak-kanak tersebut benar-benar berlaku di dalam Semenanjung Malaysia, Permohonan Daftar Lewat Kelahiran boleh dibuat di mana-mana kaunter JPN berhampiran di dalam Semenanjung Malaysia.

Kelahiran kanak-kanak berlaku di luar perkahwinan/nikah (anak tak sah taraf/anak luar nikah) (untuk orang yang bukan beragama Islam)


Maklumat bapa bagi kanak-kanak yang lahir di luar perkahwinan tidak akan dicatatkan dalam daftar kelahiran, kecuali dengan permohonan bersama oleh ibu dan orang yang mengaku dirinya sebagai bapa kanak-kanak tersebut.

Seseorang yang mengaku sebagai bapa kepada kanak-kanak tersebut perlu menandatangani daftar kelahiran bersama-sama dengan ibu kanak-kanak.

Bolehkah ibu/bapa ingin mengubah nama anak dalam Sijil Kelahiran?


Nama kanak-kanak dalam Sijil Kelahiran boleh diubah atau ditukar melalui Permohonan Pembetulan Maklumat jika umur kanak-kanak tersebut belum mencapai (1) setahun.

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published.

kawah misteri nanggala

Kawah Misteri Ditemui Berdekatan Bangkai Kapal Selam Nanggala 402

cara kira kalori

Cara Kira Kalori Makanan Harian Untuk Diet (Lelaki & Perempuan)