MyPhone-In JPN: Cara Ganti MyKad Rosak Melalui Telefon

Pernah dengar tak permohonan ganti MyKad rosak melalui perkhidmatan talian telefon?

Kalau tempoh hari kami ada berkongsi tentang gantian MyKad atas talian melalui artikel INI, kali ini kami nak kongsikan pula berkaitan perkhidmatan MyPhone-In JPN.

Selain menggunakan sistem gantian online, anda juga ada pilihan untuk buat gantian MyKad melalui telefon bagi masalah MyKad rosak.

MyPhone-In JPN: Gantian MyKad Rosak Melalui Telefon

Syarat-syarat permohonan untuk perkhidmatan MyPhone-In JPN adalah seperti berikut:

  • Gantian MyKad biasa atau cip / kad rosak sahaja
  • Bayaran permohonan RM10 (dibayar semasa mengambil kad)
  • Hanya boleh dilakukan oleh pemilik MyKad sendiri sahaja
  • Pusat kutipan hanya di JPN Putrajaya serta JPN ZOOM dan Ibu Pejabat Negeri sahaja
  • Tiada perubahan alamat, agama, pindaan nama dan gambar
  • Caj hilang akan dikenakan sekiranya gagal mengemukakan MyKad lama semasa pengambilan MyKad di kaunter

Kalau boleh memilih untuk tidak beratur di kaunter apa salahnya kan?

Boleh jimatkan masa dan tenaga tanpa perlu beratur untuk perkhidmatan yang boleh dilakukan melalui telefon.

Baca juga: Cara Daftar Kelahiran Online JPN. Mudah & Cepat Dalam Tempoh PKP

Cara Ganti MyKad Rosak Melalui Telefon

Untuk membuat gantian MyKad rosak melalui perkhidmatan MyPhone-In JPN, sila buat panggilan ke talian berikut:

  • TALIAN HOTLINE MYPHONE-IN: 03-8880 8066

Waktu Operasi

  • Isnin hingga Jumaat – 8 pagi hingga 5 petang

Waktu Rehat

  • Isnin – Khamis: 1 petang hingga 2 petang
  • Jumaat: 12.15 tengahari hingga 2.42 petang
ganti mykad rosak

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang cara ganti MyKad rosak melalui telefon dengan perkhidmatan MyPhone-In JPN, sila layari laman web rasmi Jabatan Pendaftaran Negara di https://www.jpn.gov.my/my/

ATAU hubungi

Senarai pejabat JPN yang beroperasi boleh disemak melalui portal rasmi JPN di pautan https://www.jpn.gov.my/.

Sepanjang tempoh ini, JPN akan melaksanakan pematuhan SOP yang ketat dengan hanya menerima Pelanggan yang telah mempunyai janji temu sahaja.

Jadi seeloknya semak dahulu dengan Pegawai Perhubungan JPN berkaitan temujanji ini. Permohonan janji temu online boleh dilakukan di https://mytemujanji.jpn.gov.my/.

Sekiranya terdapat gangguan pada sistem janji temu, pemohon boleh hantarkan emel kepada [email protected].

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: