SOP Total Lockdown PKP Akan Diumum Pada Sidang Media 5 Petang Ini

Prosedur operasi standard (SOP) Sekatan Pergerakan Penuh (total lockdown) akan diumumkan dalam sidang media di Pejabat Perdana Menteri (PMO), petang ini, 30 Mei 2021 seperti yang dilaporkan oleh Bernama TV.

Sidang media itu akan dihadiri Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada jam 5 petang.

Sidang media berkenaan dijangka mengumumkan SOP Sekatan Pergerakan Penuh yang akan dikuatkuasakan selama 14 hari bermula 1 Jun ini susulan peningkatan kes jangkitan COVID-19 yang mencecah 9,020 pada Sabtu.

Baca juga: Total Lockdown Seluruh Negara Mulai 1 Jun, Pakej Bantuan Akan Diumum Segera

sop total lockdown
Sumber infografik oleh BERNAMA

Terdahulu diumumkan bahawa Total Lockdown ini akan dijalankan dalam 3 fasa.

Sekiranya Fasa Pertama ‘lockdown’ berjaya mengurangkan kes harian COVID-19, Fasa Kedua akan dilaksana, di mana pembukaan semula beberapa sektor ekonomi yang tidak melibatkan perhimpunan besar serta boleh mematuhi penjarakan fizikal akan dibenarkan.

 Lockdown Fasa Kedua pula akan dilaksanakan untuk tempoh empat minggu selepas Fasa Pertama berakhir.

Setelah berakhirnya lockdown Fasa Kedua, langkah seterusnya ialah Fasa Ketiga, iaitu melaksana PKP seperti yang berkuat kuasa di Malaysia ketika ini.

Dalam kenyataan tersebut juga dimaklumkan bahawa keputusan untuk Malaysia beralih dari ‘total lockdown’ dan dari satu fasa ke fasa berikutnya akan tertakluk kepada penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan.

RUJUK SENARAI PENUH PENUH SOP PKP LOCKDOWN BERKUATKUASA 1 JUN 2021 DI SINI: Senarai Penuh SOP PKP Penuh (1-14 Jun 2021)

LIVE Sidang Media PKP Total Lockdown 1 Jun 2021

Saksikan apakah SOP PKP Total Lockdown yang bakal diumumkan melalui sidang media Menteri Kanan Keselamatan dan Ketua Pengarah Kesihatan pada pukul 5 petang hari ini (30 Mei) di Astro 502, myFreeview 121, unifi TV 631, LIVE Facebook & Youtube Bernama TV.

( Sumber: BERNAMA TV )

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: