SOP Pelitup Muka Terkini 2023 & Tempoh Kuarantin Kes Positif

SOP Pelitup Muka Terkini 2023 telah diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini dan akan mula berkuatkuasa pada hari ini, 5 Julai 2023. 

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenai  perkembangan terkini mengenai SOP Pelitup Muka Terkini 2023. 

Pemakaian Pelitup Muka Di Malaysia

Pemakaian pelitup muka adalah merupakan salah satu kewajiban apabila negara dilanda COVID19. 

Kerajaan telah mewajibkan pemakaian pelitup muka di kawasan tumpuan orang ramai bagi mengelakkan penularan wabak ini berlaku. 

Selari dengan penurunan kes dan kadar peningkatan vaksinasi, maka kerajaan secara beransur-ansur telah melonggarkan SOP pemakaian pelitup muka. 

Bermula tahun 2022, apabila Malaysia memasuki fasa endemik orang awam tidak perlu lagi memakai pelitup muka apabila keluar dari rumah KECUALI apabila berada di  pengangkutan awam dan premis kesihatan seperti hospital & klinik.

Walaubagaimanapun, pemakaian pelitup muka masih sangat digalakkan pada waktu tersebut. 

BACA JUGA: Cepat Letih & Semput Lepas Kena Covid, Dr Kongsi Teknik Pernafasan ‘Deep Breathing’

SOP Pelitup Muka Terkini 2023

SOP Pelitup Muka Terkini 2023

Baru-baru ini, Menteri Kesihatan Dr. Zaliha Mustafa telah membuat pengumuman mengenai

perubahan terkini SOP pelitup muka berdasarkan situasi dan keperluan semasa.

Kini, pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan dalam pengangkutan awam dan premis kesihatan berkuat kuasa 5 Julai 2023 ini.

Jadi, orang awam yang tidak positif COVID-19 tidak lagi diwajibkan untuk memakai pelitup muka mengikut perubahan SOP pelitup muka terkini yang diumumkan ini.

Hal ini adalah selari dengan pengumuman Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau WHO bahawa status COVID19 tidak lagi berada pada kategori Kecemasan Kesihatan Awam Yang Menjadi Kepentingan Antarabangsa.

SOP Pelitup Muka Terkini 2023 & Tempoh Kuarantin Kes Positif

Pengurusan Kes Positif COVID19 – Tempoh Kuarantin Terkini 

Walaubagaimanapun, perubahan terkini SOP pelitup muka ini tidak terpakai untuk individu yang disahkan positif COVID19. 

Bagi pesakit COVID-19, pemakaian pelitup muka sekiranya mereka berada di kawasan awam dan tempat tumpuan orang ramai adalah WAJIB. 

Untuk tempoh kuarantin bagi pesakit COVID19 pula dipendekkan dari 7 hari ke 5 hari dari tarikh bermula gejala dan pesakit akan diberitahu melalui aplikasi MySejahtera.

Pesakit juga dinasihatkan agar membuat perjalanan yang perlu sahaja, serta mengelakkan perjalanan atau lawatan kumpulan berisiko tinggi selain sentiasa mencuci tangan dengan sabun atau hand sanitizer.

SOP Pelitup Muka Terkini 2023 & Tempoh Kuarantin Kes Positif
Sumber: KKM

BACA JUGA: Pekerja Positif COVID Boleh Claim PERKESO. Ini Syarat & Cara Tuntutan

Kesimpulan  SOP Pelitup Muka 2023

Perubahan SOP terkini ini adalah bagi memudahkan rakyat menjalani kehidupan seperti biasa. 

Walau bagaimanapun, pemakaian pelitup muka amat digalakkan berdasarkan penilaian kendiri bagi individu berisiko tinggi seperti warga emas, individu dengan penyakit kronik, individu dengan imuniti rendah atau ibu mengandung terutama ketika berada di tempat sesak dan di lokasi pengudaraan kurang baik.

Amalkan langkah-langkah pencegahan sentiasa seperti memakai handsanitizer dan mencuci tangan dengan betul bagi mengurangkan risiko jangkitan COVID19. 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: