Android TV Box Malaysia: Tips Memilih Peranti & Kelebihan
Android TV Box Malaysia ~ Tahukah anda, semakin hari semakin ramai pengguna yang berminat dengan penggunaan Android TV Box. Hal ini kerana, ia menawarkan kandungan perkhidmatan penstriman video yang berkualiti dan berbaloi untuk ditonton.
Apa itu Android TV Box?
Android TV Box adalah merupakan sebuah peranti yang menghubungkan televisyen dan internet.
Dengan adanya peranti ini, ia membolehkan pengguna mengakses kandungan digital seperti rancangan TV, filem, dan video dalam talian melalui televisyen. Pengguna juga boleh melayari internet dan menonton Youtube/Netflix/Disney Hotstar/viu dan sebagainya dengan mudah.
BACA JUGA: Oppo Lancarkan Smart TV K9 Bersaiz 75″
Tips Pilih Android TV Box Malaysia Yang Terbaik
1. RAM & Storage
Seperti telefon bimbit, peranti ini juga mempunyai saiz storan (storage) tertentu untuk membolehkan berapa banyak aplikasi disimpan dan juga saiz RAM bagi menentukan prestasinya.
Secara asasnya, RAM 2GB – 3GB sudah mencukupi untuk menonton penstriman video atau browsing ringan.
Untuk storage pula, ia bergantung kepada jenis pengguna. Sekiranya anda jenis pengguna yang suka memuat turun atau menyimpan fail (filem, video, dll), anda boleh pilih Android TV Box yang menawarkan storage besar. Namun secara umumnya, storage 16 GB / 32 GB sangat mencukupi untuk menyimpan fail atau memuat turun aplikasi.
2. Kualiti Gambar Dan Bunyi
Pastikan anda memilih Android TV Box yang mempunyai kualiti gambar dan bunyi yang baik seperti resolusi 4K dan Dolby Digital Plus.
Pastikan juga televisyen anda menyokong resolusi 4K agar peranti ini dapat berfungsi dengan sebaiknya untuk memberikan anda tontonan yang jelas dan berkualiti tinggi.
3. Menyokong Aplikasi Penstriman Popular
Sangatlah rugi sekiranya anda memilih Android TV Box yang tidak mampu menyokong aplikasi penstriman yang popular seperti Youtube, Netflix, Disney Hotstar dan sebagainya. Oleh itu, pastikan semasa memilih peranti ini, ia mampu menyokong platform penyiaran popular kegemaran keluarga yang anda sukai.
4. Sokongan Channel Antarabangsa
Bagi menikmati pelbagai rancangan daripada pelbagai negara, pastikan peranti yang anda pilih mampunyai sokongan channel antarabangsa.
5. OTA Update
Ini adalah satu tips yang penting. Pastikan peranti yang anda pilih menyokong Over-The-Air-Update (OTA). Ini adalah untuk membolehkan peranti tersebut digunakan dalam tempoh masa yang lama dan sentiasa dikemaskini.
6. Harga
Dari segi harga pula, anda boleh pilih peranti mengikut bajet anda. Terdapat pelbagai jenis Android TV Box yang ada di Malaysia dengan harga yang berbeza.
Anda boleh pilih jenama Android Box yang mempunyai Google certificated atau Netflix certificated untuk memudahkan anda. Apabila beli yang certified, anda mudah nak setup kerana ada Google Playstore dalam peranti tersebut.
Selain itu, anda boleh pertimbangkan untuk beli jenama yang sentiasa ada kemaskini terbaru seperti Xiaomi.
NOTA: Pastikan juga anda memilih Android TV Box yang mendapat kelulusan SKMM seperti Android box jenama Long TV.
Kelebihan Memiliki Android TV Box Malaysia
1. Anda hanya perlu bayar sekali, tiada bayaran bulanan.
2. Boleh dibawa ke mana-mana sahaja.
3. Pelbagai rancangan untuk ditonton secara percuma.
4. Hujan ribut ombak badai pun tidak akan menjejaskan tontonan anda.
5. Tidak memerlukan Smart TV, hanya sambung ke mana-mana TV yang ada port HDMI
6. Membolehkan pengaturan langganan IPTV
7. Mempunyai port LAN yang boleh digunakan untuk menggantikan TP Link
Maklumat Lanjut
Untuk bacaan lanjut, anda boleh rujuk perkongsian mengenai Android Box TV di Facebook melalui pautan ini: https://www.facebook.com/groups/tukangapahariini/posts/551117109362233/