[VIDEO] Punca Rusuhan Bola Sepak Di Indonesia Yang Mengorbankan 170 Nyawa

PUNCA kematian lebih 170 mangsa ketika perlawanan bola sepak di Stadium Kanjuruhan di Jawa Timur pada Sabtu bukan akibat rusuhan antara penyokong Arema FC dan Persebaya.

Menteri Koordinator Bidang Politik, Hukum dan Keamanan Indonesia Mahfud MD, menjelaskan kebanyakan mangsa meninggal dunia akibat sesak nafas.

Menurut laporan oleh Astro Awani, kehadiran penyokong ke stadium berkenaan juga didapati melebihi kapasiti sepatutnya.

Jelas beliau, sebanyak 42,000 tiket dicetak bagi perlawanan tersebut meskipun kapasiti stadium itu hanya boleh memuatkan 38,000 penonton.

“Sebenarnya, sejak sebelum perlawanan, pihak penganjur sudah boleh menjangka melalui koordinasi dan cadangan teknikal di lapangan.

“Misalnya, supaya perlawanan dilaksanakan pada waktu petang, bukan malam dan jumlah penonton disesuaikan dengan kapasiti stadium iaitu 38,000 orang,” katanya.

Pada perlawanan itu Arema FC selaku tuan rumah telah kalah 2-3 dengan pasukan lawannya.

Namun, katanya cadangan tersebut tidak diambil tindakan oleh penganjur apabila perlawanan tetap diadakan pada waktu malam dan tiket yang dicetak sebanyak 42,000.

Setakat petang Ahad, angka kematian akibat insiden berkenaan meningkat kepada sekurang-kurangnya 174 manakala 180 yang lain cedera.

Selain kapasiti stadium, tindakan pihak berkuasa Indonesia turut dipersoalkan terutama kerana menggunakan gas pemedih mata terhadap penonton yang lari ke pintu-pintu keluar stadium akibat panik, sekali gus mengakibatkan ramai mangsa dipijak dan mengalami sesak nafas.

Perlawanan bola sepak pada hari Sabtu berlangsung dari jam 8 hingga 10 malam itu pada mulanya berlangsung dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Namun, penyokong Arema FC dilihat bertindak di luar kawalan dan mula ke tengah padang setelah tamat perlawanan.

Pihak berkuasa terpaksa melepaskan gas pemedih mata sekali gus mengakibatkan lebih ramai penonton merempuh masuk dan berlakunya kes sesak nafas, kata Nico Afinta kepada wartawan.

Susulan rusuhan ini, Federasi sepak bola Indonesia, PSSI, telah mengambil keputusan untuk menghentikan semantara Liga I 2022/2023 selama seminggu.

“Keputusan tersebut kami umumkan setelah kami mendapatkan arahan dari Ketua Umum PSSI. Ini kami lakukan untuk menghormati semuanya dan sambil menunggu proses penyiasatan dari PSSI,” ujar Akhmad.

Akhmad juga menyampaikan duka cita terhadap keluarga korban peristiwa rusuhan di Stadion Kanjuruhan.

Video rusuhan itu juga menjadi tular di media sosial, di mana kebanyakannya seolah-olah tidak percaya apabila mendapat tahu berita awal itu pada awal perkhabarannya.

https://twitter.com/f12xos/status/1576276226951458817

Selain itu, ada juga antara penonton yang turut menceritakan pengalaman dan detik yang mereka lalui melalui media sosial.

https://twitter.com/RezqiWahyu_05/status/1576292343992397824

Sumber: Twitter @RezqiWahyu_05

Berikut dikongsikan laporan oleh Kompas TV tentang insiden rusuhan Arema FC vs Persebaya FC itu.

Sumber : KOMPASTV

Keganasan dalam bolasepak perlu dijauhkan. Kita boleh tengok hal-hal bergaduh di Stadium Malaysia tahun ini pun ada berlaku. Semoga perkara ini menjadi pengajaran buat semua termasuk para penyokong di Malaysia.

Salam Takziah diucapkan kepada mangsa dan bolasepak Indonesia.

Baca juga: Jadual Piala Dunia 2022 Qatar & Tarikh Perlawanan

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: