Waktu Bekerja Dipendekkan Bermula 1 September 2022
TERKINI : Waktu bekerja di Malaysia akan dipendekkan dari 48 kepada 45 jam seminggu berkuatkuasa 1 September 2022 ini. Pasti ramai yang seronok kan?
Tapi apakah perubahan ini memberi kesan kepada pekerja swasta dalam semua sektor?
Berikut dikongsikan beberapa fakta dan penjelasan tentang Pindaan Akta Kerja 1955 berhubung pengurangan waktu bekerja mingguan daripada 48 jam kepada 45 jam akan dikuatkuasakan bermula 1 September ini :
Pindaan Akta Kerja 1955 Berhubung Waktu Bekerja Dipendekkan Bermula 1 September 2022
- Ketika memberitahu perkara itu di Dewan Negara pada 9 Ogos 2022, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim berkata pindaan itu adalah bagi menjaga kebajikan pekerja dan memberi fleksibiliti waktu bekerja, selaras dengan Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).
- Pindaan itu juga memperkenalkan seksyen baharu mengenai aturan kerja fleksibel – di mana pekerja dibenarkan bekerja mengikut kesesuaian tempat, waktu dan hari bekerja termasuklah bekerja dari rumah ketika situasi kecemasan seperti pandemik Covid-19.
- Ketika perkara itu diumumkan, tiada cadangan atau libat urus untuk ditetapkan empat hari bekerja di peringkat kementerian.
- Kementerian juga sedang mengkaji bagi menyediakan prosedur operasi standard (SOP) untuk sistem bekerja dari rumah supaya ia tidak menimbulkan sebarang pertikaian antara majikan dan pekerja
Pindaan kepada Akta Kerja 1955 berhubung pengurangan waktu kerja mingguan daripada 48 jam kepada 45 jam akan berkuat kuasa pada 1 September ini.
Di bawah peraturan baharu itu, pekerja dibenarkan bekerja mengikut kesesuaian tempat, waktu dan hari bekerja termasuklah bekerja dari rumah ketika situasi kecemasan seperti pandemik Covid-19.
Pindaan berkenaan bertujuan menjaga kebajikan pekerja serta memberi kelonggaran dalam waktu kerja, selaras dengan Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).
Sebelum ini media melaporkan, sejumlah 62 peratus pekerja sepenuh masa di Malaysia lebih gemar fleksibiliti bekerja berbanding hari kerja yang pendek seperti empat hari seminggu, mengikut tinjauan oleh Qualtrics syarikat berpengalaman mengendalikan tinjauan secara dalam talian.
Secara keseluruhan, di Asia Tenggara keutamaan untuk fleksibiliti adalah sebanyak 60 peratus memilih minggu bekerja yang lebih singkat.
Muat Turun Akta Kerja 1955
- Akta Kerja 1955 : http://www.mp.gov.my/acts/EA1955.pdf
Sumber: BERNAMA, Harian Metro
Baca juga: Penunggang P-hailing Bakal Diwajibkan Miliki Lesen GDL