Cara Cuci Barang Kemas Guna Sunlight, Berkilat Macam Baru!

CARA CUCI BARANG KEMAS GUNA BAHAN DI RUMAH SAJA

Wanita pencinta emas tentu nak barang kemas lama jadi berkilat macam baru kan?

Boleh cuba kaedah-kaedah DIY ni, mudah dan jimat sangat.

Jimat masa, tak payah susah-susah keluar rumah cari parking, dapat jimat duit minyak kereta dan tak payah nak cari kedai upah cuci.

Ada beberapa cara cuci barang kemas yang boleh dicuba.

5 Cara Cuci Barang Kemas Sendiri Guna Bahan Di Rumah

Antaranya seperti yang disenaraikan di bawah ini.

1. Sabun Cuci Pinggan

Bahannya:

  • Air panas satu gelas
  • Sedikit pencuci pinggan sunlight atau glo
  • Barang kemas yang nak dicuci

Caranya:

  1. Masukkan glo dalam gelas yang berisi air panas.
  2. Kemudian masukkan barang kemas dan rendam sejam atau 2 jam.
  3. Lepas tu berus-berus manja dengan berus gigi.
  4. Siap!

Korang cubalah, jimat tau.

*Kredit: Azlina Ramli

cuci barang kemas

2. Soda Bikarbonat + Cuka

Selain guna sabun cuci pinggan, anda juga boleh cuci emas menggunakan soda bikarbonat dan cuka.

Caranya seperti di bawah:

  1. Campurkan 3 bahagian soda bikarbonat dengan 1 bahagian air.
  2. Kacau hingga menjadi pes.
  3. Sapukan pes pada barang kemas.
  4. Letakkan ke dalam bekas berisi cuka dan rendamkan selama 5 minit.

*Sumber: Ar-Rahnu

cuci barang kemas

3. Ubat Gigi

Sental guna ubat gigi pun boleh.

Picitkan sedikit ubat gigi dan gosokkan pada barang kemas.

Baca juga: Cara Berkesan Atasi Masalah Tahi Cicak Tepi Tingkap, Guna 3 Bahan Ni Je!

4. Uncang Teh

Satu lagi cara yang agak rare ialah dengan menggunakan uncang teh.

Caranya seperti di bawah:

  1. Masukkan emas ke dalam bekas berisi uncang teh (boleh guna 2 uncang)
  2. Masukkan air panas
  3. Rendam selama 15-30 minit.
  4. Gosok dengan berus gigi.
  5. Lepas rendam tos dan keringkan.
  6. Siap.

*Kredit: Anis KakNik

cara cuci emas sendiri

5. Air Asam Jawa

Lagi satu petua cuci emas sendiri kita boleh guna air asam jawa.

Caranya rendamkan barang kemas ke dalam air asam jawa selama 6 jam. Kemudian berus dan bilas hingga bersih.

Baca juga: Mata Malas / ‘Lazy Eye’ Pada Kanak-kanak: Simptom, Punca & Rawatan

Mudah kan?

Selamat mencuba!

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: