SOP PKP Terkini 22 Januari 2021
SOP PKP 22 Januari 2021 Seluruh Negara Kecuali Sarawak (Dikemaskini 21 Januari 2021)
SOP PKP 22 JANUARI – 4 FEBRUARI (Perintah Kawalan Pergerakan)
Kawasan terlibat: Seluruh negara kecuali Sarawak (tidak termasuk Sibu).
Tempoh Kuat Kuasa – 22 Januari 2021 sehingga 4 Februari 2021.
Kawalan Pergerakan
- Semua penduduk di dalam kawasan PKP TIDAK DIBENARKAN keluar dari kediaman/tempat tinggal kecuali:
- Dua (2) orang sahaja wakil isi rumah dibenarkan keluar hanya untuk mendapatkan bekalan makanan, ubat, penokok diet dan keperluan asas dalam radius tidak melebihi 10 kilometer dari kediamannya atau ke tempat paling hampir dengan kediamannya sekiranya perkhidmatan kesihatan atau perubatan tersebut tiada dalam radius 10 kilometer dari kediamannya.
- Maksimum tiga (3) orang sahaja termasuk pesakit dibenarkan keluar untuk mendapatkan perkhidmatan jagaan kesihatan atau perubatan dalam radius tidak melebihi 10 kilometer dari kediamannya atau ke tempat paling hampir dengan kediamannya sekiranya perkhidmatan kesihatan atau perubatan tersebut tiada dalam radius 10 kilometer dari kediamannya.
- Pergerakan kenderaan persendirian, jabatan Kerajaan atau syarikat swasta bagi tujuan pergi balik dari tempat kerja atau menjalankan urusan rasmi kerajaan adalah bergantung kepada kapasiti tempat duduk kenderaan tersebut.
Dalam pengumuman SOP terkini bermula 22 Januari 2021, antara perubahan yang dikuatkuasakan adalah kebenaran operasi kedai makan sehingga jam 10 malam berbanding 8 malam sebelum ini.
Aktiviti Dalam Kawasan PKP
SOP PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) (22 JANUARI – 4 FEBRUARI 2021)
Waktu Operasi Perniagaan.
- Dimaklumkan HANYA operasi restoran, kedai/gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera / pusat penjaja & gerai makan tepi jalan/ kiosk termasuk aktiviti pembekalan atau penjualan makanan hanya dibenarkan secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran sahaja dibenarkan beroperasi dari jam 6.00 pagi sehingga jam 10.00 malam
- Hospital dan klinik boleh beroperasi sehingga 24 jam.
- Kedai farmasi boleh beroperasi dari jam 6:00 pagi hingga 8:00 malam.
- Kedai keperluan harian boleh beroperasi dari jam 6:00 pagi hingga 8:00 malam.
- Stesen Minyak boleh beroperasi dari jam 6:00 pagi sehingga 10:00 malam kecuali stesen minyak di lebuhraya boleh beroperasi sehingga 24 jam.
- Pasar harian dan pasar tani boleh beroperasi dari jam 7:00 pagi hingga 2:00 petang
- Pasar Borong boleh beroperasi dari jam 12:00 pagi sehingga 6:00 pagi dan 11:00 pagi sehingga 4:00 petang.
- Klinik dan Kedai Makanan Haiwan dibenarkan beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 8.00 malam
- Kedai Dobi KECUALI Dobi layan diri DIBENARKAN beroperasi dari jam 6.00 pagi sehingga 8.00 malam.
- Kedai dobi layan diri perlu memastikan pekerja berada di premis dengan mematuhi SOP yang ditetapkan.
Kebenaran Operasi Dan Pergerakan Bagi Perkhidmatan Perlu
- Semua sektor dalam senarai perkhidmatan perlu yang berdaftar dengan Kementerian / Agensi yang berkaitan boleh beroperasi dalam tempoh PKP.
- Pergerakan pekerja adalah tertakluk kepada pendaftaran / surat kelulusan beroperasi dan pas pekerja/surat pengesahan majikan.
- Pergerakan urusan rasmi Kerajaan perlu disertai oleh dokumen pengesahan majikan.
- Kapasiti kehadiran pekerja bagi perkhidmatan perlu terhad kepada pekerja yang perlu hadir secara fizikal ke tempat kerja bagi tujuan melaksanakan tugas dan kategori pekerja lain dalam perkhidmatan perlu boleh bekerja dari rumah.
- (Majikan bertanggungjawab membuat pengkelasan kategori bagi mengurangkan bilangan orang di tempat kerja kepada kadar yang perlu).
Senarai Aktiviti Yang TIDAK DIBENARKAN (Negative List) Aktiviti Ekonomi (TIDAK DIBENARKAN)
- Semua aktiviti selain daripada yang tersenarai dalam SENARAI PERKHIDMATAN PERLU adalah TIDAK DIBENARKAN
Aktiviti Hiburan (TIDAK DIBENARKAN)
- Aktiviti di kelab malam atau pub.
- Aktiviti di taman tema, indoor playground, karaoke keluarga dan panggung wayang.
- Aktiviti konsert atau acara langsung.Mesyuarat
- Mesyuarat bersemuka agensi Kerajaan dan swasta TIDAK DIBENARKAN.
Seminar / Bengkel / Persidangan/ Pameran
- Semua Seminar/ Bengkel / Kursus/ Latihan/ Persidangan/Ceramah/Pameran dan aktiviti berkaitan dengan Meeting, Incentives, Conventions and Exhibitions (MICE) TIDAK DIBENARKAN.
Penganjuran Majlis Keramaian (TIDAK DIBENARKAN)
- Majlis Rasmi dan Tidak Rasmi Kerajaan dan Swasta
- Majlis Sosial seperti kenduri-kendara, majlis perkahwinan dan pertunangan, resepsi, majlis aqiqah, doa selamat, tahlil, sambutan ulang tahun, sambutan hari kelahiran, reunion, retreat dan lain-lain majlis sosial.
Aktiviti Sukan dan Rekreasi (TIDAK DIBENARKAN)
- Semua aktiviti sukan dan riadah kecuali kelonggaran aktiviti jogging dan berbasikal seperti yang telah dinyatakan di dalam SOP.
- Aktiviti penganjuran kejohananpertandingan.
- Aktiviti sukan dan rekreasi yang melibatkan penglibatan yang ramai dan sukar dikawal penjarakan fizikal.
- Acara dan pertandingan sukan yang melibatkan peserta dari luar negara.
Aktiviti Pelancongan (TIDAK DIBENARKAN)
- Aktiviti pelancongan ke luar/masuk kawasan PKP dan di kawasan PKPD
- Aktiviti pelancongan ke luar negeri oleh warganegara dan aktiviti pelancongan dalam negeri yang melibatkan pelancong asing memasuki Malaysia kecuali pelancong asing daripada negara sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri.
Lain-lain Yang Tidak Dibenarkan
- Apa-apa aktiviti yang boleh menyebabkan ramai orang hadir di suatu tempat sehingga menyukarkan penjarakan fizikal dan pematuhan kepada arahan Ketua Pengarah Kesihatan.
- Lain-lain perkara yang diputuskan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa.
Rujuk SOP PKP 2.0 bermula 22 Januari 2021 hingga 4 Februari 2021 sepenuhnya dalam senarai di bawah:
*Sumber: Majlis Keselamatan Negara
Sila baca versi PDF dalam jadual di bawah.
SOP Am Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) | Kemaskini 21 Januari 2021 |
Terus Patuhi SOP PKP 2.0!
Orang ramai adalah dinasihatkan agar terus mematuhi SOP 2.0 yang telah ditetapkan.
Amalkan 3W (memakai pelitup muka (Wear), kerap mencuci tangan (Wash), memberi amaran kepada ahli keluarga, sahabat handai dan jiran tetangga untuk patuh kepada SOP (Warn) dan elakkan 3C (tempat sempit (Confine space), kesesakan (Crowded place) dan bercakap rapat-rapat (Close conversation) bagi mencegah diri dari dijangkiti virus COVID-19 dari terus menular dalam komuniti.
Baca juga: Ujian Saringan Covid-19: Harga, Senarai Klinik & Prosedur Di Malaysia