Takwim Persekolahan 2023 / 2024 KPM

takwim persekolahan 2023 2024

TAKWIM PERSEKOLAHAN 2023 / 2024 KPM & KALENDAR AKADEMIK

Sesi persekolahan bagi Kalendar Akademik Sesi 2023/2024 akan bermula 19 Mac 2023 bagi sekolah di negeri Kumpulan A dan pada 20 Mac 2023 bagi sekolah di negeri Kumpulan B.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan bagi negeri Kumpulan A iaitu Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu, sesi persekolahan akan berjalan hingga 9 Mac 2024 manakala sesi bagi Kumpulan B iaitu Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya adalah hingga 10 Mac 2024.

Sebelum ini, KPM menetapkan Kalendar Akademik Sesi 2023/2024 dijadualkan bermula pada 12 Mac 2023 bagi negeri Kumpulan A dan 13 Mac 2023 bagi Kumpulan B.

Berikut dikongsikan lampiran Takwim Persekolahan Sesi 2023 / 2024 yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Takwim Persekolahan 2023 / 2024 KPM

Penggal 1

20 Mac 2023 – 21 April 2023

Cuti Raya Aidilfitri 2023

20 April 2023 (Khamis) – 30 April 2023 (Ahad)

11 Hari

Sambung Penggal 1

1 Mei 2023 – 26 Mei 2023

Cuti Penggal 1

27 Mei – 4 Jun 2023 (Hari Gawai)

Penggal 2

5 Jun 2023 – 25 Ogos 2023

Cuti Raya Haji 2023

28-30 Jun 2023 (Rabu, Khamis, Jumaat Sabtu, Ahad)

5 hari

Cuti Penggal 2

26 Ogos 2023 – 3 September 2023

Penggal 3

4 September 2023 – 15 Disember 2023

Cuti Penggal 3

16 Disember – 1 Januari 2024

Sambung Penggal 3

2 Januari 2024 – 9 Februari 2024

Cuti Penggal Akhir Persekolahan

10 Februari 2024 – Mac 2024

KALENDAR AKADEMIK SESI 2023 / 2024

KUMPULAN A : Sekolah-sekolah di negeri Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu

takwim persekolahan 2023 2024

KUMPULAN B : Sekolah-sekolah di negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan

takwim persekolahan 2023 2024

CUTI PERAYAAN 2023 / 2024 KPM

blank

Kalendar Akademik Sesi 2023/2024 boleh dimuat turun melalui laman sesawang KPM menerusi pautan https//www.moe.gov.my/takwim

Muat Turun Kalendar Akademik Sesi 2023/2024 versi PDF:  LAMPIRAN_A_B_DAN_C.pdf

Baca juga: Cuti Awal Ramadhan 2023 & Tarikh Mula Puasa Di Malaysia