PBD: Kaedah Pentaksiran Bilik Darjah & Maksud Tahap Penguasaan (TP1-TP6)

PBD: Kaedah Pentaksiran Bilik Darjah & Maksud Tahap Penguasaan (TP1-TP6)| Seperti yang kita ketahui, pentaksiran bilik darjah ini telah diwujudkan susulan pemansuhan peperiksaan wajib seperti UPSR dan PMR bagi mengenal pasti tahap pemahaman pelajar pada akhir persekolahan mereka.

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya. 

Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)

Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) atau dahulunya dikenali sebagai Pentaksiran Sekolah (PS) adalah merupakan pentaksiran yang berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid. 

Pentaksiran ini telah diwujudkan oleh KPM susulan pemansuhan peperiksaan wajib seperti UPSR dan PMR bagi mengenal pasti tahap pemahaman pelajar pada akhir persekolahan mereka.

PBD diwujudkan bukanlah untuk membandingkan tahap penguasaan antara seorang murid dengan murid yang lain, tetapi ia bertujuan untuk melihat perkembangan kemajuan murid dalam pembelajaran di samping membantu guru menambah baik pengajaran mereka.

Maklumat yang terkumpul daripada pentaksiran yang dilakukan ini akan digunakan oleh para guru untuk merancang tindakan susulan bagi membantu perkembangan pembelajaran murid.

PBD

Mata Pelajaran Yang Terlibat Dengan PBD

  • Semua mata pelajaran KSSR dan KSSM.
  • Pelaksanaan konsep PBD berlaku secara berterusan dari Tahun 1 hingga Tahun 6 di sekolah rendah dan dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di sekolah menengah.

Jenis Pentaksiran Dalam Pelaksanaan PBD

PBD dilaksanakan secara berterusan sepanjang proses PdP sepanjang tahun. PBD dilaksanakan melalui pelbagai kaedah pentaksiran seperti:

  • Pemerhatian
  • Penulisan
  • Lisan

Serta, melalui kerja projek, kuiz, pembentangan dan-lain- lain aktiviti pembelajaran, berdasarkan Standard Prestasi dan pertimbangan profesional guru.

Kaedah Pelaksanaan PBD

  1. Merancang PdP dan Kaedah Pentaksiran
  2. Melaksanakan PdP dan Pentaksiran
  3. Merekod dan Menganalisis Penguasaan Murid
  4. Membincangkan sama ada Tahap Penguasaan (TP) perlu dipertingkatkan
  5. Melapor Tahap Penguasaan Murid
PBD

BACA JUGA: SSDM KPM – Login Sistem Sahsiah Diri Murid KPM

Tahap Penguasaan PBD (TP1-TP6) & Tafsiran

Terdapat enam tahap penguasaan digunakan untuk tujuan rujukan pencapaian murid bagi setiap mata pelajaran. Tahap penguasaan ini mengambil kira pengetahuan, kemahiran dan nilai yang ditetapkan dalam kurikulum.

  • Tahap Penguasaan (TP) 1: Tahap penguasaan pertama merupakan tahap paling rendah dalam PBD, di mana pada tahap ini pelajar mula tahu akan perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau dapat memberi respon terhadap perkara asas.
  • Tahap Penguasaan (TP) 2: Pada TP 2 ini pelajar mula menunjukkan kefahaman mereka dan menjelaskan sesuatu perkara yang dipelajari dalam bentuk komunikasi. 
  • Tahap Penguasaan (TP) 3: Pada tahap ketiga, pelajar sudah tahu, faham dan sudah boleh melaksanakan tugas. Pelajar akan menggunakan pengetuah yang mereka miliki untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi.
  • Tahap Penguasaan (TP) 4: Pada TP 4 ini pelajar sudah boleh melakukan semua perkara yang perlu dilakukan pada tahap sebelumnya, namun kali ini ditambah dengan adab baik. Pelajar menggunakan pengetahuan dan melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab iaitu mengikut prosedur atau secara analitik dan sistematik.
  • Tahap Penguasaan (TP) 5: Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji. Pada tahap ini pelajar menggunakan pengetahuan dan melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baharu dengan mengikut prosedur atau secara analitik dan sistematik serta tekal dan bersikap positif.
  • Tahap Penguasaan (TP) 6: Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali. Murid berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi baharu secara analitik, sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif dalam penghasilan idea baharu serta boleh dicontohi.
tp1-tp6 PBD

Cara Pelaporan PBD

Tahap penguasaan murid dalam PBD akan dilaporkan menggunakan templat pelaporan dalam fail Excel yang digunakan secara luar talian. Laporan ini digunakan pada peringkat sekolah, serta dilaporkan kepada murid dan ibu bapa sekurang-kurangnya 2 kali setahun. 

Bagi sekolah yang menjalankan perekodan dan pelaporan  PBD secara luar talian, anda boleh muat turun templat melalui pautan berikut:

BACA JUGA: Dah Daftar Anak Darjah 1, Ini Dokumen Yang Perlu Dihantar Ke Sekolah

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia

Rujuk FAQ: https://www.moe.gov.my/soalan-lazim-menu/kurikulum/kurikulum 

Muat Turun PDF (Panduan PBD): 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: