Biasiswa Yayasan Pahang 2023 – Cara Memohon & Syarat Kelayakan
Biasiswa Yayasan Pahang ~ Untuk makluman terutamanya kepada warga Pahang, permohonan Biasiswa Yayasan Pahang (Sekolah Menengah) kini telah dibuka.
Permohonan dibuka kepada murid Tingkatan 1 & 4 sesi persekolahan 2023 yang bersekolah di SMK/SMKA/Kolej Vokasional/ Sek.Men.Teknik/SMA/SABK dalam negeri Pahang.
Berikut dikongsikan maklumat lebih lanjut mengenai Biasiswa Yayasan Pahang (Sekolah Menengah) termasuk cara memohon, syarat kelayakan, tarikh permohonan dan lain-lain.
BACA JUGA: BPKNS: Permohonan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak
Biasiswa Yayasan Pahang
Skim Pembiayaan Biasiswa Yayasan Pahang diwujudkan bertujuan untuk memberi pembiayaan pendidikan kepada pelajar yang layak tetapi tidak berkemampuan untuk mengikuti pengajian Sekolah Rendah dan Menengah serta di Institusi Pendidikan Tinggi Awam dan Swasta.
Skim ini membuka lebih banyak peluang kepada golongan pelajar yang tidak berkemampuan untuk mendapatkan pendidikan.
Terdapat beberapa jenis biasiswa yang ditawarkan dibawah program Biasiswa Yayasan Pahang, antaranya ialah:
BIASISWA SEKOLAH
- Biasiswa Pahang (Sekolah Menengah) – PERMOHONAN KINI DIBUKA
- Biasiswa Pahang (Sekolah Rendah)
- Biasiswa Kecemerlangan Sukan
BIASISWA PENGAJIAN TINGGI
- Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar (BKMB) Pahang
- Biasiswa Tahfiz Profesional
- Biasiswa Diploma Tahfiz Al-Quran
- Skim Pelajar Cemerlang YP
- Biasiswa Anak Yatim
Biasiswa Yayasan Pahang (Sekolah Menengah)
Biasiswa Pahang (Sekolah Menengah) dulu dikenali sebagai Biasiswa Sekolah Menengah (BSM). Biasiswa ini diberikan kepada murid anak Pahang yang belajar di Tingkatan 1 hingga 6 yang bersekolah di sekolah bantuan kerajaan di negeri Pahang.
Keutamaan diberikan kepada anak Pahang yang mempunyai ramai adik beradik/tanggungan anak yang masih bersekolah, anak yatim atau berasal daripada keluarga miskin atau ibu bapa/penjaga yang uzur, cacat, Orang Kelainan Upaya (OKU) atau ibu tunggal atau peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT).
Walau bagaimanapun, mulai tahun 2003, sebahagian peruntukan ini juga turut ditawarkan kepada murid-murid cemerlang akademik dan kokurikulum.
Kadar baharu Biasiswa Pahang (Sekolah Menengah) telah dinaikkan daripada RM500 setahun kepada RM600 setahun bagi murid Tingkatan 1 hingga 5.
Bagi murid Tingkatan 6 kadar Biasiswa Pahang (Sekolah Menengah) adalah kekal RM600 setahun. Bayaran dibuat dua kali setahun pada setiap bulan Februari dan Ogos pada tahun semasa.
Syarat Kelayakan Pemohon
Pemohon haruslah menepati syarat kelayakan berikut untuk memohon Biasiswa Yayasan Pahang (Sekolah Menengah):
- Pemohon adalah warganegara Malaysia.
- Ibu atau bapa atau penjaga warganegara Malaysia.
- Pemohon atau ibu atau bapa atau penjaga lahir di Negeri Pahang Darul Makmur.
- Jika pemohon atau ibu atau bapa atau penjaga lahir di luar negeri Pahang, mestilah bermastautin di negeri Pahang lebih dari 10 tahun.
- Mempunyai ramai adik-beradik yang masih bersekolah di bawah tanggungan ibu bapa atau penjaga tanpa menerima sebarang bantuan kewangan lain.
- Pemohon yang terdiri daripada anak yatim atau berasal daripada keluarga kurang berkemampuan yang mendapat bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau ibu bapa atau penjaga uzur, cacat, Orang Kelainan Upaya (OKU) atau ibu tunggal atau Peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) diberi keutamaan.
- Pemohon mestilah sedang belajar di tingkatan 1, 4 dan 6 Rendah tahun semasa di Sekolah Menengah Kebangsaan / Sekolah Berasrama Penuh / Kolej Vokasional / Sekolah Teknik / Sekolah Menengah Agama Kebangsaan/ Sekolah Menengah Agama Negeri / Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dalam Negeri Pahang Darul Makmur (Diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Pahang).
- Pendapatan kasar isi rumah (gaji pokok dan elaun tetap) tertakluk kepada pemilihan semasa tahun tersebut.
- Murid yang pernah digantung / dibuang boleh dipertimbangkan permohonan semula pada tingkatan 4 jika berkelakuan baik.
BACA JUGA: Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) 2023 – Cara Memohon & Syarat
Tarikh Permohonan
Permohonan boleh dibuat bermula 10 MEI 2023 – 12 JUN 2023. Permohonan hanya boleh dibuat melalui sekolah dan pejabat ADUN pada tahun semasa.
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai biasiswa ini, sila layari pautan berikut: https://www.yp.org.my/maklumat-biasiswa/