in

Manual PdPR KPM (Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah)

manual pdpr kpm
ADVERTISEMENT

Manual PdPR (Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah) dibangunkan bertujuan untuk membantu guru melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sebagai alternatif pembelajaran norma baharu.

Manual ini juga sebagai rujukan untuk pentadbir sekolah, pegawai pejabat pendidikan daerah (PPD) dan jabatan pendidikan negeri (JPN) serta Bahagian di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Apakah PdPR?

Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) ialah pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dilaksanakan di rumah atau pusat komuniti atau di mana-mana lokasi yang bersesuaian. PdPR boleh dilaksanakan dalam talian dan/ atau luar talian dan/ atau off-site dengan berstruktur dan terancang.

PdPR dilaksanakan apabila murid tidak dapat hadir ke sekolah dalam satu tempoh yang tertentu atas sebab bencana atau wabak atau sebab-sebab lain dengan kelulusan pendaftar negeri.

Baca juga: APDM KPM: Cara Kemaskini Maklumat Untuk Ibu Bapa (Dari 11 Jan 2021)

Objektif Manual PdPR

Objektif Manual PdPR ialah:

  • sebagai panduan kepada guru untuk melaksanakan PdPR secara berstruktur dan terancang; dan
  • membolehkan murid mengikuti PdPR secara optimum.

Pendekatan PdPR

PdPR boleh dilaksanakan secara dalam talian atau luar talian atau secara off-site. Guru boleh melaksanakan PdPR dengan menggunakan satu daripada kaedah ini atau gabungan kaedah mengikut kesesuaian.

PdPR secara dalam talian berlaku apabila terdapat capaian Internet dan penggunaan peranti yang membolehkan murid belajar secara real time. Guru boleh melaksanakan PdPR melalui:

  • Pelantar pembelajaran seperti Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa), Cikgootube, EduWebTV dan aplikasi media sosial; atau
  • Aplikasi seperti Google Meet atau Microsoft Teams secara lintas langsung (live streaming); atau
  • ePermainan (gamification), video, klip audio, eBuku, rakaman atau tugasan dalam talian.

Pelaksanaan PdPR memerlukan murid menggunakan peranti berskrin seperti komputer, komputer riba, tablet atau telefon pintar dalam tempoh tertentu. Masa penggunaan peranti ini dikenali sebagai tempoh layar (screen time) murid.

Panduan tempoh layar maksimum mengikut umur berdasarkan sumber daripada www.eyepromise.com dengan merujuk kepada The American Academy of Pediatrics (AAP) dan World Health Organization (WHO) adalah seperti berikut:

  • Prasekolah: 1 jam
  • Rendah: 1-2 jam
  • Menengah rendah: 2-3 jam
  • Menengah atas: 3-4 jam

Guru perlu menetapkan tempoh masa layar yang bersesuaian dengan mengambil kira pandangan ibu bapa/ penjaga.

PdPR secara luar talian berlaku apabila murid belajar menggunakan peranti seperti komputer, komputer riba, tablet atau telefon pintar tanpa capaian Internet.

Pembelajaran juga boleh berlaku apabila murid belajar menggunakan buku
teks atau bahan pembelajaran lain.

ADVERTISEMENT
manual pdpr

Guru boleh memuat turun bahan-bahan PdP dalam bentuk video, audio, slaid, nota dan latihan daripada sumber seperti di yang disebutkan di atas.

Proses memuat turun bahan dilakukan semasa terdapat capaian Internet dan diberikan kepada murid melalui medium komunikasi yang bersesuian.

Guru juga perlu menetapkan tempoh masa penggunaan peranti secara di luar talian dengan mengambil kira pandangan ibu bapa/ penjaga.

Baca juga: 14 Apps Pendidikan / Bahan Bantuan Mengajar (BBM) Untuk Anak (Bahasa Malaysia)

manual pdpr

Pembelajaran secara off-site ialah kaedah pembelajaran yang berlaku di lokasi seperti di pusat komuniti, atau di manamana premis yang diisytiharkan sebagai pusat pemindahan sementara akibat bencana atau wabak.

Pembelajaran secara off-site dilaksanakan mengikut Surat Siaran Kementerian
Pendidikan Malaysia Bilangan 8 2016 Garis Panduan Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran Akibat Bencana.

Pembelajaran boleh berlaku secara kendiri atau dengan bimbingan Academic Support Team (AST) yang terdiri dalam kalangan pegawai PPD atau guru sekolah yang dilantik.

Manual PdPR: Peranan Guru, Pentadbir & Ibu Bapa

i) Peranan Guru

Guru berperanan melaksanakan perkara berikut:

  1. menyusun semula Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dan takwim persekolahan yang berkuat kuasa;
  2. merancang RPH berdasarkan RPT yang telah disusun dan jadual waktu PdPR supaya kandungan kurikulum dapat disampaikan secara optimum;
  3. menentukan kaedah penyampaian yang fleksibel mengikut situasi semasa dengan mengambil kira sumber yang ada pada murid;
  4. menyediakan bahan yang mudah didapati, diakses dan bersesuaian dengan kaedah PdPR yang digunakan;
  5. memastikan murid mendapat tugasan/latihan yang dirancang oleh guru;
  6. menggunakan pelbagai kaedah pentaksiran seperti kuiz, tugasan/ latihan dan projek untuk menentukan pencapaian murid;
  7. mengadakan perbincangan dengan ibu bapa/ penjaga untuk menyokong pembelajaran murid di rumah; dan
  8. merekodkan pelibatan murid dalam PdPR menggunakan kaedah yang bersesuaian.

ii) Peranan Pentadbir

Pentadbir berperanan untuk:

  1. memastikan perancangan dan pengurusan PdPR dilaksanakan dengan teliti, cekap dan berkesan untuk mengelakkan pertindanan masa antara mata pelajaran dan lambakan tugasan/latihan kepada murid;
  2. mengatur jadual pembelajaran yang fleksibel bagi menguruskan aktiviti PdPR yang berkesan; dan
  3. memantau PdPR yang dijalankan dan memberikan sokongan yang bersesuaian kepada guru

iii) Peranan Ibu Bapa

Ibu bapa/penjaga berperanan untuk:

  1. membantu anak/anak jagaan mendapat maklumat berkaitan sesi PdPR ataupun arahan/tugasan/kerja rumah yang diberikan guru; dan
  2. membantu anak/ anak jagaan mengakses DELIMa, TV Pendidikan, EduwebTV (koleksi video) dan Cikgootube.

Baca juga: Cara Download Buku Teks Digital Sekolah Rendah & Menengah KPM

Maklumat Lanjut Tentang Manual PdPR KPM

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Manual PdPR oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sepenuhnya di SINI.

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

psu 3.0 permai

PSU 3.0 PERMAI: Syarat, Semakan & Permohonan Mulai 19 Januari

cara rakam google meet

Cara Rakam Video Google Meet Untuk PdPR (Boleh Tonton Bila-bila)