Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) 2023 – Cara Memohon & Syarat

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mempelawa pelajar-pelajar Hafiz yang telah ditawarkan menyambung pengajian (sepenuh masa) di peringkat Ijazah Pertama dalam dan luar negara dan Ijazah Sarjana / Doktor Falsafah dalam negara sahaja untuk memohon Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) bagi sesi pengajian 2022/2023 (Sem 2). 

Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) 

Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) 

Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) merupakan biasiswa yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar hafiz yang memiliki diploma/ sijil tahfiz yang diiktiraf oleh kerajaan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar negara.

BACA JUGA: mySTR: Sumbangan Tunai Rahmah, Bayaran Fasa 2 (April 2023)

Tarikh & Cara Permohonan Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) 

Tarikh permohonan SPH ini  akan dibuka bermula 27 Mac hingga 7 April 2023

Tatacara Permohonan adalah seperti yang berikut:

  • Permohonan boleh dibuat secara atas talian di portal i-Hafiz JAKIM di pautan berikut: http://sph.islam.gov.my 
  • iPemohon hendaklah memastikan semua dokumen sokongan telah disahkan dan dimuat naik di portal i-Hafiz
  • Pemohon boleh mengemaskini maklumat di portal i-Hafiz pada bila-bila masa sebelum permohonan dihantar atau sehingga tarikh tutup permohonan
  • Pemohon hendaklah mencetak “Slip Pengesahan Permohonan SPH” sebagai bukti bahawa permohonan telah dibuat.

Dokumen Sokongan

Pelajar yang telah mengemukakan permohonan (secara atas talian) dikehendaki

memuat naik dokumen sokongan yang telah disahkan seperti berikut:

  • 1 Keping Gambar Terkini Berukuran Passport;
  • Salinan Kad Pengenalan;
  • Salinan Sijil-sijil akademik;
    • Diploma Tahfiz al-Quran JAKIM / Diploma Tahfiz yang diiktiraf MQA/ Sijil
    • Tahfiz al-Quran JAKIM / Sijil Tahfiz Malaysia / Sijil Tahfiz Kementerian dengan kerjasama JAKIM
    • Sijil Pelajaran Malaysia
    • Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia/ Sijil Tinggi Agama Malaysia
  • Salinan Transkrip Pensijilan/ Diploma/ Ijazah/ Sarjana.
  • Salinan Surat Tawaran Pengajian
  • Surat Akuan Pengajian / Surat Pengesahan Pengajian dan Salinan Keputusan Peperiksaan semasa (bagi permohonan di tahun dua dan ke atas);
  • Salinan kad pengenalan ibu / bapa / penjaga/ tanggungan;
  • Slip gaji ibu / bapa / penjaga ATAU Salinan Surat Pengesahan Pendapatan (bagi mereka yang bekerja sendiri); dan
  • Sijil-Sijil Kokurikulum.

Kadar & Cara Pembayaran SPH

Skim ini membiayai yuran dan elaun. Kadar bayaran Skim Pembiayaan Hafiz adalah mengikut kadar yang telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Elaun akan dibayar dan dikreditkan secara terus ke akaun pelajar.

BACA JUGA: Permohonan PISMP 2023: Pengambilan Calon Guru Lepasan SPM

Syarat Kelayakan Pemohon Skim Pembiayaan Hafiz

Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) 
  • Warganegara Malaysia; memiliki Diploma Tahfiz Al-Quran, Sijil Tahfiz Al-Quran, Sijil Tahfiz Malaysia (STM) yang dikeluarkan oleh Jakim dan Diploma Tahfiz Al-Quran yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) .
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 25 tahun bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda dan tidak melebihi 30 tahun bagi peringkat Ijazah Lanjutan;
  • Tidak menerima apa-apa tajaan atau biasiswa daripada mana-mana agensi;
  • Pelajar yang menerima pinjaman seperti PTPTN atau mana-mana agensi pinjaman pendidikan adalah layak memohon. Pelajar yang menerima pinjaman perlu menamatkan pinjaman sekiranya ditawarkan SPH;
  • Telah menerima surat tawaran kemasukan ke tahun pertama pengajian dari mana-mana Institusi Pengajian Tinggi atau sedang mengikuti pengajian di tahun 2 dan ke atas; dan mempunyai kelayakan akademik seperti yang ditetapkan. 

Anda TIDAK LAYAK memohon sekiranya anda tergolong dalam salah satu syarat di bawah:

  • Calon yang telah mendapat tajaan / biasiswa daripada mana-mana penaja;
  • Pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat matrikulasi / Asasi Sains / Pra Universiti / Foundation / Pensijilan Tahfiz al-Quran / Pusat Bahasa;
  • Penjawat awam; dan
  • Pelajar yang sedang mengikuti program Pengajian Jarak Jauh.
  • Penerima SPH yang telah ditamatkan pembiayaannya

Untuk maklumat lebih lanjut, sila muat turun Syarat Kelayakan Skim Pembiayaan Hafiz (SPH): https://sph.islam.gov.my/SPH_2023_SYARAT_PERMOHONAN.pdf 

Semakan Status Permohonan

Semua urusan berhubung panggilan temuduga, senarai pemilihan berjaya dan surat tawaran akan dimaklumkan melalui portal SPH (http://sph.islam.gov.my)  dan portal rasmi JAKIM (www.islam.gov.my

Calon adalah dinasihatkan untuk sentiasa membuat semakan di laman web JAKIM dan Portal SPH dari semasa ke semasa bagi mengetahui sebarang maklumat terkini berhubung Skim Pembiayaan Hafiz (SPH).

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Dasar Kemajuan Islam JAKIM di talian 03-8870 7141/ 7125/ 7146/ 7149 atau emel di alamat: [email protected]

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: