mySTR: Sumbangan Tunai Rahmah, Bayaran Fasa 2 (April 2023)

Dalam satu kenyataan media, Bantuan Tunai Rakyat kini telah dijenamakan semula sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dengan laman web baru mySTR.

Program bantuan tunai kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) di bawah Kementerian Kewangan ini akan terus ditambah baik dengan menggunakan aplikasi mySTR untuk permohonan dan semakan. 

mySTR – Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

mySTR

STR, Sumbangan Tunai Rahmah 2023 adalah bantuan tahunan yang diperuntukkan oleh Kerajaan kepada rakyat, di mana sebelum ini dikenali sebagai BSH, BPN, BPR dan BKM.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 diagihkan kepada penerima sebelum sambutan Aidilfitri tahun ini.

Tarikh Bayaran STR Fasa 2

Tarikh bayaran STR Fasa 2 dijadualkan pada bulan April 2023, iaitu sebelum sambutan Aidilfitri tahun ini, pada awal bulan April – dua minggu sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Jumlah Bayaran STR Fasa 2

KategoriPendapatan BulananBil. AnakJumlah Bayaran
Isi Rumah (Tiada Had Umur)RM2500 ke bawah0RM200
1-2RM200
3-4RM200
5 dan lebihRM200
KategoriPendapatan BulananBil. AnakJumlah Bayaran
Isi Rumah (Tiada Had Umur)RM2500 – RM50000RM200
1-2RM200
3-4RM200
5 dan lebihRM200
KategoriPendapatan BulananBil. AnakJumlah Bayaran
Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)RM5000 ke bawah0RM100
KategoriPendapatan BulananBil. AnakJumlah Bayaran
Bujang (21-59 tahun)RM2500 ke bawah0RM100
KategoriPendapatan BulananBil. AnakJumlah Bayaran
Bujang OKU (19-59 tahun)RM2500 ke bawah0RM100

Semakan Status (STR Fasa 2) – mySTR

Semakan status boleh dibuat melalui pautan berikut:
https://bantuantunai.hasil.gov.my/

  • Masukkan no kad pengenalan pemohon. Klik, ‘Log Masuk’.
  • Kemudian, klik ‘Semak’.
  • Sahkan kata kunci keselamatan anda.
  • Seterusnya, masukkan kata laluan. Sekira terlupa, anda boleh klik ‘Terlupa Kata Laluan’.
  • Klik ‘Log Masuk’
  • Pilih menu ‘Semakan Status’

ii. Aplikasi Semakan Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store / App Store pada telefon bimbit.

iii. Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang).

iv. Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang).

v. Hadir ke LHDNM yang berhampiran.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila rujuk portal rasmi STR 2023 di pautan berikut: https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/str.html

Atau, muat turun PDF soalan lazim (FAQ): https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_PEMBAYARAN_FASA_1_STR2023.pdf 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: