Semakan Status Rayuan BPR (Fasa 2) & Jumlah Bayaran
RAYUAN BPR FASA 2: TARIKH SEMAKAN STATUS & JUMLAH BAYARAN YANG AKAN DITERIMA
Adalah dimaklumkan bahawa tarikh semakan rayuan BPR Fasa 2 boleh dibuat bermula 18 September 2021.
Pembayaran akan dikreditkan ke akaun oenerima pada hujung September, bersekali dengan bayaran BPR Fasa 3 pada penghujung September ini.
Di sini kami kongsikan siaran media Menteri Kewangan terkini sebentar tadi.
Untuk mengetahui info lanjut tentang BPR Fasa 3, sila rujuk maklumat di bawah.
Kenapa BPR Fasa 2 Tidak Lulus?
Menurut FAQ (Soalan Lazim) Pembayaran BPR Fasa 2 yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN), kelayakan pembayaran fasa seterusnya adalah berdasarkan semakan verifikasi kelayakan bagi permohonan BPR 2021 yang dibuat selepas tarikh tutup pendaftaran BPR 2021.
Ini bermakna, terdapat proses semakan yang tetap akan dilakukan bagi menyaring penerima BPR Fasa 2 dan seterusnya.
Antara alasan TIDAK LULUS BPR FASA 2 yang dikongsikan oleh pengguna media sosial adalah seperti berikut:
- 05 – Maklumat pengenalan pasangan perlu pengesahan
- 12 – Pemohon berdaftar sebagai Pemegang Saham / Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad
- 36 – Pemohon / pasangan adalah penerima GKP
- 31 – Status perkahwinan perlu pengesahan
- 39 – Semakan pendapatan yang dilaporkan pada borang melebihi pendapatan kelayakan yang ditetapkan termasuk perniagaan
Jika merujuk kepada permohonan sebelum ini seperti BSH dan BPN, beberapa lagi alasan mungkin menyebabkan anda TIDAK LULUS BPR FASA 2, antaranya:
- Maklumat Pengenalan Pemohon berbeza dengan semakan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melibatkan Nama / Nombor Pengenalan / Status Kewarganegaraan
- Maklumat Pengenalan Pasangan berbeza dengan semakan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
- Pengenalan Anak berbeza dengan semakan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
- Hubungan Pertalian antara Anak dan Pemohon / Pasangan tidak sepadan dengan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
- Pemohon tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori Bujang
- Semakan agensi mendapati Anak tidak melepasi syarat kelayakan bagi umur lebih dari 18 tahun sebagai Pelajar Sepenuh Masa
Baca juga : Pendaftaran Jaringan Prihatin B40: Subsidi RM180 / RM300 Untuk Data & Peranti
Tarikh Rayuan Bantuan Prihatin Rakyat Fasa Kedua
Sekiranya anda menerima kod alasan BPR Fasa 2 yang dianggap tidak munasabah atau tidak bertepatan dengan status sebenar anda, maka anda bolehlah mengemukakan rayuan BPR Fasa 2 yang akan dibuka tidak lama lagi.
Rayuan BPR Fasa 2 akan dibuka mulai 15 hingga 30 Jun 2021.
Dengan adanya proses rayuan ini, sebahagian daripada mereka yang ditolak permohonannya masih diberi peluang untuk mengemukakan rayuan.
Namun, pastikan anda menyertakan dokumen yang berkaitan berdasarkan kod yang dinyatakan.
Tarikh Semakan Kelulusan & Jumlah Bayaran
Semakan boleh dibuat mulai Ogos 2021 berdasarkan kenyataan Menteri Kewangan.
Walaubagaimanapun, menurut e-mel terkini yang tular di laman sosial, keputusan status rayuan BPR dan pembayaran hanya akan dibuat pada bulan September.
BPR fasa ketiga dengan kadar bantuan antara RM100 hingga RM1,400 juga akan dibayar pada bulan September nanti.
KATEGORI ISI RUMAH B40
Jika LULUS RAYUAN BPR anda layak secara AUTOMATIK,
BULAN OGOS 2021
- BPR FASA 2 = RM400
- BPR (Tambahan) = RM500
BULAN SEPTEMBER
- BPR FASA 3 = RM500 @ RM1100
Sila rujuk jadual di bawah untuk maklumat penuh pembayaran BPR rayuan:
Syarat Permohonan Rayuan BPR
Pemohon yang layak membuat Permohonan Rayuan BPR 2021 adalah:
- Pemohon yang berstatus Tidak Lulus BPR 2021; atau
- Pemohon yang berstatus Lulus BPR 2021 dan terhad kepada rayuan bagi tambahan anak, perubahan status perkahwinan dan perubahan pendapatan sahaja.
Cara Buat Permohonan Rayuan BPR Fasa 2
Permohonan Rayuan BPR Fasa 2 secara dalam talian boleh dibuat dengan langkah berikut:
a) SECARA ONLINE
- Log Masuk pada menu MyBPR > Permohonan Rayuan.
- Log masuk MyBPR dengan memasukkan ID dan Kata Laluan yang telah didaftarkan sebelum ini.
- Sekiranya masih belum mendaftar MyBPR, sila rujuk Soalan Lazim (FAQ) Pendaftaran MyBPR bagi kaedah pendaftaran MyBPR di Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my
Rujuk panduan permohonan online di sini: Panduan Permohonan Rayuan BPR Online (Tak Perlu Ke Kaunter)
b) SECARA MANUAL
Penghantaran Borang Rayuan BPR 2021 di Cawangan / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Urban Transformation Centre (UTC) LHDNM yang berhampiran secara janji temu.
Janji temu boleh dibuat secara dalam talian di Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my.
Kaedah janji temu boleh dirujuk pada Panduan Pengguna Janji Temu.
Kod Tidak Lulus BPR & Dokumen Sokongan Yang Diperlukan Untuk Rayuan
Bagi anda yang tidak lulus BPR tempoh hari, sila rujuk KOD TIDAK LULUS dan sediakan dokumen sokongan yang bersesuaian seperti yang disenaraikan dalam jadual di bawah:
Sumber: FAQ Rayuan BPR – Dikemaskini oleh LHDN pada 02 Jun 2021
e-Temujanji Online LHDN Di Kaunter BPR
LHDN mula membuka kaunter untuk rayuan permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) hari ini.
Kaunter khas itu akan dibuka dari 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari berdasarkan waktu bekerja bagi setiap negeri dan melalui janji temu sahaja.
Ia juga terhad kepada pelanggan yang berisiko rendah berdasarkan aplikasi MySejahtera.
Rayuan permohonan BPR dibuka sehingga 30 Jun ini bagi membantu rakyat yang tidak lulus dalam permohonan sebelum ini.
Waktu operasi kaunter BPR adalah seperti berikut: 8.00 pagi – 1.00 tengah hari (Hari bekerja)
Sila buat permohonan janji temu online LHDN BPR: e-Janji Temu LHDN: Permohonan Temu Janji Online Untuk Rayuan BPR
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat terkini, membuat pertanyaan atau aduan berkaitan BPR Fasa 2, sila lakukannya hubungi saluran berikut:
- Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my; atau
- Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
- MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
- Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.
dokumen yang perlu dikemukakan semasa Permohonan Rayuan BPR
2021?
Dokumen yang perlu dikemukakan semasa rayuan adalah Dokumen asal /
salinan MyKAD. Pemprosesan rayuan akan dibuat berdasarkan semakan
maklumat di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
dengan semakan data JPN. Apakah dokumen yang perlu dikemukakan
semasa Permohonan Rayuan BPR 2021?
Dokumen sokongan yang perlu dimuatnaik atau dikemukakan adalah:
i. Pengesahan Pengenalan Pasangan: MyKAD / MyPR / MyKAS
Pasangan.
ii. Pengesahan Pengenalan Anak: MyKad / MyKid dan Sijil Lahir Anak.
Semakan pengenalan dan status warga negara anak akan dibuat
dengan data JPN.
mendapati pendapatan pemohon / pasangan melebihi RM5,000 (bagi
kategori Isi Rumah) / pendapatan pemohon melebihi RM2,500. Apakah
dokumen yang perlu dikemukakan semasa Permohonan Rayuan BPR
2021?
Pembuktian pendapatan pemohon / pasangan adalah tidak diperlukan.
Semakan pendapatan akan dilakukan terus dengan agensi yang telah dilantik
oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).
Permohonan Rayuan BPR 2021 boleh dibuat secara dalam talian tanpa
memuat naik atau mengemukakan sebarang dokumen sokongan.
yang dilaporkan pada borang melebihi kelayakan pendapatan yang telah
ditetapkan (Kod 38). Apakah dokumen yang perlu dikemukakan semasa
Permohonan Rayuan BPR 2021?
Maklumat pendapatan tiada dalam rekod agensi pendapatan. Oleh itu,
dokumen sokongan yang perlu dimuatnaik atau dikemukakan adalah seperti
berikut:
i. Slip Gaji bagi bulan Mac / April 2021; atau
ii. Akuan pengesahan pendapatan.
mendapati pendapatan pemohon / pasangan melebihi RM5,000
termasuk perniagaan. Apakah dokumen yang perlu dikemukakan
semasa rayuan?
Pembuktian pendapatan pemohon dan pasangan adalah tidak diperlukan.
Semakan pendapatan dan pemilikan perniagaan akan dilakukan terus
dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia
(MOF).
Walau bagaimanapun, sekiranya anda mempunyai sijil tamat perniagaan bagi
perniagaan yang dinyatakan, dokumen tamat perniagaan yang diterima untuk
dimuatnaik atau dikemukakan adalah dalam tempoh sehingga 28 Februari
2021.
kelayakan BPR 2021?
Pendapatan perniagaan yang diambil kira bagi penentuan kelayakan BPR
2021 adalah RM2,501 bagi pemilikan 2 perniagaan milikan tunggal.
pasangan memiliki 3 atau lebih Perniagaan Milikan Tunggal /
Perkongsian. Apakah dokumen yang perlu dikemukakan semasa
Permohonan Rayuan BPR 2021?
Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) telah menetapkan bagi permohonan
BPR 2021 yang memiliki 3 atau lebih Perniagaan Milikan Tunggal /
Perkongsian adalah tidak layak BPR 2021.
Walau bagaimanapun, sekiranya anda mempunyai sijil tamat perniagaan bagi
perniagaan yang dinyatakan, dokumen tamat perniagaan yang diterima untuk
dimuatnaik atau dikemukakan adalah dalam tempoh sehingga 28 Februari
2021.
pemohon / pasangan merupakan Pengarah Syarikat / memiliki
Perkongsian Liabiliti Terhad, apakah dokumen sokongan yang perlu
dikemukakan semasa Permohonan Rayuan BPR 2021?
Sekiranya pemohon / pasangan merupakan Pengarah Syarikat / memiliki
Perkongsian Liabiliti Terhad, sebarang pembuktian perniagaan tidak
diperlukan kerana semakan akan dilakukan terus dengan agensi yang telah
dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).
Namun, sekiranya anda mempunyai sijil letak jawatan pengarah syarikat /
tamat perniagaan yang dikeluarkan pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia
(SSM) bagi perniagaan yang dinyatakan, dokumen letak jawatan / tamat
perniagaan yang diterima untuk dimuatnaik atau dikemukakan adalah dalam
tempoh sehingga 28 Februari 2021.
tidak aktif. Saya juga sudah tidak berhubung dengan Pengarah Syarikat
berkenaan. Adakah saya layak untuk membuat Permohonan Rayuan
BPR 2021?
Anda boleh membuat Permohonan Rayuan BPR 2021. Walau
bagaimanapun, semakan silang akan dibuat dengan data agensi berkenaan.
Sekiranya hasil semakan silang masih wujud sebagai Pemegang Saham
Syarikat / syarikat masih aktif, rayuan anda tidak akan dipertimbangkan.
Perniagaan saya dijalankan oleh anak saya. Apakah dokumen yang
perlu dikemukakan semasa Permohonan Rayuan BPR 2021?
Anda boleh membuat Permohonan Rayuan BPR 2021. Walau
bagaimanapun, sekiranya hasil semakan silang data agensi yang dibuat
mendapati bahawa nama perniagaan berkenaan masih dimiliki oleh pemohon
/ pasangan, rayuan anda tidak akan dipertimbangkan
pendapatan RM3,001 – RM4,000). Saya tidak bekerja mulai 1 Februari
Adakah saya layak membuat Permohonan Rayuan BPR 2021?
Anda boleh membuat Rayuan Tambahan BPR 2021 bagi perubahan
pendapatan secara dalam talian tanpa memuat naik sebarang dokumen
sokongan pembuktian pendapatan pemohon / pasangan. Semakan
pendapatan akan dilakukan terus dengan agensi yang telah dilantik oleh
Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).
kelayakan bagi Kategori Bujang (Kod 06). Saya masih belajar dan
adakah saya boleh membuat Permohonan Rayuan BPR 2021?
Pelajar tidak layak untuk membuat Permohonan BPR 2021. Walau
bagaimanapun, sekiranya anda telah tamat belajar, Permohonan Rayuan
BPR 2021 boleh dibuat dengan mengemukakan dokumen pembuktian tamat
belajar bagi tahun 2020/2021.
kelayakan bagi Kategori Bujang (Kod 06). Adakah saya layak untuk
membuat Permohonan Rayuan BPR 2021 dan apakah dokumen
sokongan yang perlu saya kemukakan?
Anda boleh membuat Permohonan Rayuan BPR 2021 sekiranya berumur 21
tahun dan ke atas atau 18 tahun dan ke atas bagi pemohon berstatus Orang
Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat
(JKM).
Dokumen sokongan yang perlu dimuatnaik atau dikemukakan adalah:
i. Dokumen pembuktian tamat belajar bagi tahun 2020/2021 bagi
pemohon berumur 21 tahun dan ke atas; atau
ii. Salinan Kad OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM)
anak mempunyai pendapatan yang tinggi (Kod 20). Adakah saya layak
untuk membuat Permohonan Rayuan BPR 2021 dan apakah dokumen
sokongan yang perlu saya kemukakan?
Kerajaan telah menetapkan bagi Ibu Bapa yang mempunyai anak
berpendapatan tinggi, Bantuan BPR 2021 dari Kerajaan tidak layak diterima.
Ini bertujuan mewujudkan Keluarga Penyayang di Malaysia. Walau
bagaimanapun, tuan boleh membuat Permohonan Rayuan BPR 2021 tanpa
perlu kemukakan sebarang dokumen sokongan. Semakan akan dibuat
semula berdasarkan data agensi bagi penentuan kelayakan BPR 2021.
kelayakan umur lebih dari 19 tahun sebagai pelajar sepenuh masa tetapi
anak saya masih lagi belajar. Adakah saya masih boleh membuat rayuan
tambahan bagi maklumat anak tersebut?
Rayuan tambahan BPR 2021 boleh dilakukan dengan mengemukakan
dokumen pembuktian belajar sepenuh masa anak bagi tahun 2020/2021.
Pemohon / Pasangan telah menerima Geran Khas Prihatin (GKP).
Adakah saya boleh membuat Permohonan Rayuan BPR 2021?
Permohonan Rayuan BPR 2021 dibenarkan sekiranya:
i. Pemulangan sekurang-kurangnya bantuan Geran Khas Prihatin
Tambahan (GKP PERMAI) telah dibuat dan diterima Kementerian
Kewangan Malaysia selewat-lewatnya pada 31 Mei 2021; atau
ii. Status pembayaran GKP 1.0 / GKP 2.0 dan GKP PERMAI adalah
berstatus Gagal Kredit.
Walau bagaimanapun, semakan semula Permohonan Rayuan BPR 2021
adalah berdasarkan kriteria kelayakan yang telah ditetapkan. Dokumen
sokongan yang diperlukan adalah merujuk kepada kod tidak lulus
Permohonan BPR 2021 yang berkenaan.
pasangan telah menerima Geran Khas Prihatin. Walau bagaimanapun,
saya telah bercerai. Adakah saya boleh membuat Permohonan Rayuan
BPR 2021?
Permohonan Rayuan BPR 2021 dibenarkan sekiranya berlaku perubahan
status perkahwinan sebelum atau pada 28 Februari 2021. Dokumen
pengesahan perkahwinan berkenaan perlu disertakan semasa tempoh
permohonan rayuan dibuat.
bagaimanapun saya telah berkahwin. Adakah saya boleh membuat
Permohonan Rayuan BPR 2021 dengan status kahwin?
Rayuan tambahan BPR 2021 bagi perubahan status perkahwinan hanya
dibenarkan bagi perubahan status daripada Bujang atau Ibu / Bapa Tunggal
/ Balu / Janda / Duda kepada Kahwin sahaja.
Dokumen pembuktian perkahwinan yang diterima hanya tertakluk kepada
tarikh berkahwin sebelum atau pada 28 Februari 2021.
Permohonan Rayuan BPR 2021?
Dokumen sokongan yang perlu dimuatnaik di sistem BPR atau dikemukakan
semasa Permohonan Rayuan BPR 2021 adalah berdasarkan Kod Tidak
Lulus BPR 2021 seperti di bawah:
https://bpr.hasil.gov.my/Download/Faq/BPR2021(FAQ)RayuanBPR2021.pdf