eMadani TNG: Cara Tebus RM100 Menggunakan Aplikasi Touch N Go
eMADANI TNG: Cara Tebus e-Dompet RM100 Menggunakan Aplikasi Touch N Go
Pemberian kredit e-wallet RM100 eMADANI boleh ditebus melalui 4 aplikasi penyedia perkhidmatan iaitu ShopeePay, Setel, Touch n Go dan MAE Maybank.
Untuk pengguna Touch n Go, berikut dikongsikan dengan lebih lanjut tentang cara penebusan menggunakan aplikasi ini dan tawaran yang disediakan oleh eMADANI TNG.
BACA JUGA: Cara Tebus e-Dompet RM100 Menggunakan Aplikasi MAE
eMADANI TNG
eMADANI TNG ialah inisiatif daripada kerajaan untuk penerima yang layak dengan pendapatan tahunan di bawah RM100,000.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan penggunaan transaksi tanpa tunai di samping meringankan beban kewangan rakyat dan memanfaatkan lebih 10 juta rakyat Malaysia.
Melalui tawaran kredit eMADANI bernilai RM100, penerima yang boleh menggunakannya untuk pembelian fizikal melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terpilih seperti TNG, MAE, Setel, dan ShopeePay.
Pada masa yang sama, penyedia perkhidmatan e-dompet yang mengambil bahagian akan turut menawarkan inisiatif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai (cashback), diskaun, mata ganjaran (rewards points) dan ‘coins’.
Syarat Kelayakan
Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia; dan
- Mencapai umur 21 tahun ke atas pada tahun 2023; dan
- Merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan rekod pada 7 November 2023 ATAU mempunyai pendapatan berjumlah RM100,000 dan ke bawah setahun berdasarkan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) pada 15 Julai 2023.
- BUKAN penerima kredit eBeliaRahmah
NOTA: Anda juga perlu memenuhi langkah verifikasi identiti secara elektronik ‘Know-Your- Customer’ (eKYC) dengan penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan anda sebelum permohonan kredit eMADANI boleh dibuat.
Anda boleh verify akaun TNG wallet anda melalui pautan berikut: https://touchngoewallet.onelink.me/8mmV/eKYC
Cara Tebus eMADANI TNG eWallet
- Sila login ke aplikasi TNG untuk membuat penebusan.
- Klik paparan banner “eMadani”
- Semak kotak “Terma & Syarat” dan klik “Tuntut Sekarang.”
- Pastikan “Nama Penuh” dan “No. MyKad” anda betul, tandakan kotak “T&S,” kemudian klik “Teruskan.”
- Isi semua maklumat yang diperlukan dan klik “Hantar” untuk lengkapkan permohonan.
- Tunggu pemberitahuan kami mengenai kemaskini status permohonan.
Anda juga boleh rujuk gambar di bawah untuk panduan yang lebih jelas:
Selesai!
Pembelian Yang Dibenarkan Menggunakan eMadani TNG
Anda boleh menggunakan kredit RM100 eMADANI untuk sebarang transaksi secara fizikal di 1.8 juta peruncit/perniagaan melalui e- dompet pilihan anda, KECUALI:
- pemindahan “peer-to-peer”;
- penebusan tunai;
- bayaran bil utiliti terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
- bayaran fi berkaitan Kerajaan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
- bil pascabayar telekomunikasi dan prabayar terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
- pembelian permainan (“games”) terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
- bayaran tempat letak kereta dan/atau tol;
- aktiviti berkaitan pelaburan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet; dan
- transaksi e-dagang atau transaksi dalam talian.
Contoh kedai fizikal yang anda boleh berbelanja menggunakan kredit e-wallet RM100 eMADANI:
- Rujuk senarai kedai-kedai fizikal yang boleh menggunakan eMadani TNG: https://www.touchngo.com.my/consumer/payments/offline/
Ganjaran
Apabila berjaya membuat penebusan melalui aplikasi Touch N Go, anda akan turut menerima ganjaran berikut:
- 1000 mata penebusan GOrewards
- Baucar tambahan bernilai lebih RM500
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan, sila layari pautan berikut: https://support.tngdigital.com.my/hc/ms-my/sections/24211652281113-eMadani