MySalam: Semak Kelayakan & Bayaran RM50/Sehari Pesakit Covid-19
Tahukah anda, individu berpendapatan rendah atau mereka yang tergolong dalam kumpulan B40 yang disahkan pesakit Covid-19 boleh menerima RM50 sehari sebagai ganti pendapatan mereka yang terjejas di bawah pelan perlindungan mySalam Covid-19.
Berikut dikongsikan serba sedikit tentang MySalam Covid-19 dan cara membuat tuntutan (claim) RM50/sehari sekiranya anda positif COVID-19.
Apakah Skim MySalam?
Skim perlindungan masyarakat mySalam adalah inisiatif Kerajaan yang bertujuan menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma kepada 8 juta individu rakyat Malaysia.
Antara manfaat MySalam ialah mereka yang dilindungi dapat menuntut RM8,000 dibayar sekali seumur hidup apabila didiagnos salah satu daripada 45 Penyakit Kritikal dan pembayaran tunai RM50 sehari hospitalisasi untuk maksimum 14 hari, termasuklah kuarantin 14 hari yang diwajibkan untuk mengekang Covid-19.
Perlindungan mySalam untuk golongan B40 telah berkuatkuasa pada 1 Januari 2019 dan Kerajaan telah bersetuju supaya skim perlindungan mySalam diperluaskan kepada penerima Bantuan Keluarga Malaysia yang layak mulai tahun 2022.
Syarat Kelayakan MySalam Covid-19
Antara syarat kelayakan Skim MySalam Covid-19 ini adalah penerima BSH yang:
- Berumur antara 18 hingga 65 tahun;
- Individu bujang berumur antara 40 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun;
- Individu OKU berumur antara 18 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.
Jika anda layak untuk skim mySalam tetapi tidak menerima SMS atau makluman kelayakan tersebut, anda boleh e-mel terus kepada pihak mereka di [email protected] atau hubungi talian mySalam di 1 300 888 938 yang beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu untuk mendapatkan bantuan lanjut.
NOTA: COVID- 19: Sila maklum bahawa tuntutan bagi manfaat hospitalisasi berkaitan kes kuarantin kontak rapat COVID-19 (PUI) akan diterima bagi kuarantin sehingga 31 Oktober 2021 sahaja.
Baca juga : Tiada Lagi Gelang, Ini Cara Update MySejahtera Jika Positif RTK Covid-19
Cara Semak Kelayakan MySalam
Untuk menyemak kelayakan, anda boleh juga melakukannya secara online dengan langkah berikut:
- Layari www.mysalam.com.my
- Masukan kad pengenalan tanpa(-)
- Klik semak
- Di ruangan bawah akan dinyatakan sama ada anda LAYAK ATAU TIDAK LAYAK sebagai penerima manfaat MySalam.
Cara Buat Tuntutan MySalam Covid-19
Tuntutan kepada mySalam perlu dikemukakan secara muat naik salinan dokumen ke portal mySalam atau secara manual melalui kios MySalam.
Sila ikuti langkah berikut:
- Log masuk ke portal mySalam menggunakan nombor kad pengenalan penerima/ pasangan kepada penerima Bantuan Sara Hidup, dan kata laluan.
- Laman web mySalam: www.mysalam.com.my
- Aplikasi MySalam : https://play.google.com/store/apps/details?id=com.rexit.mysalam&hl=en&gl=US
- Klik ‘Tuntutan’ diikuti oleh ‘Penyerahan Tuntutan’
- Isikan butiran berikut:
- Tarikh masuk wad
- Tarikh keluar wad
- Nama hospital
- Sila muat naik dokumen berikut dan klik ‘Lampirkan’
- Kad pengenalan (depan & belakang)
- Nota discaj (kemasukan wad sahaja)
- Klik ‘Hantar’ kemudian klik ‘Saya Setuju’ dan permohonan anda akan diproses.
- Status tuntutan akan dikemaskini secara automatik setelah tuntutan anda disahkan.
- Sila hubungi hubungi pusat panggilan mySalam di talian 1 300 88 8938 untuk pertanyaan lanjut atau bantuan set semula kata laluan.
Untuk membuat proses tuntutan secara manual, anda boleh juga pergi ke mana-mana kios MySalam dengan membawa salinan Kad Pengenalan dan Dokumen yang diperlukan.
Untuk mengetahui lokasi kios MySalam, sila lihat senarai penuh di SINI: https://www.mysalam.com.my
Baca juga : Pekerja Positif COVID Boleh Claim PERKESO. Ini Syarat & Cara Tuntutan
Langkah Permohonan Tuntutan Kuarantin RM50/Sehari MySalam Bagi Pesakit Covid-19
Cara buat tuntutan / claim duit kuarantin langkah demi langkah melalui apps MySalam adalah seperti berikut:
LANGKAH 1
Download dulu apps MySalam.
LANGKAH 2
Pertama kali daftar tekan log masuk kali pertama.
LANGKAH 3
Masukkan nombor kad pengenalan. Tekan hantar.
LANGKAH 4
Anda akan menerima kata laluan sementara.
Guna kata laluan sementara ini untuk log masuk kali pertama.
LANGKAH 5
Lepas tu boleh login dan tukar kata laluan sendiri.
LANGKAH 6
Lepas tu dah boleh buat tuntutan.
LANGKAH 7
Pastikan kemaskini profil terlebih dahulu.
LANGKAH 8
Kemudian sediakan dokumen.
LANGKAH 9
Baca syarat-syarat.
LANGKAH 10
Isikan borang tuntutan.
LANGKAH 11
Muat naik dan dan lampirkan dokumen yang diperlukan.
Dokumen yang diperlukan :
- 1- Kad Pengenalan
- 2- Surat hospitalisasi KKM
- 3- Akaun bank pemohon
- 4- No telefon yang aktif
Kemaskini MySalam
UPDATE TERBARU UNTUK MYSALAM.
Siapa yang masih tak dapat duit dari MYSALAM dan dapat mesej DOKUMEN ANDA TIDAK LENGKAP, ini yang perlu anda lakukan.
Setiap permohonan WAJIB ada -VE @ +VE covid. Baru proses permohonan kita diproses.
Sila call no MYSALAM 1-300-88-1900 dan tanyakan status terkini. (Nak tunggu pegawai dia angkat dalam anggaran 5 minit, harap sabar menunggu).
Dokumen kami dan family tidak lengkap disebabkan kami tiada hitam putih yang membuktikan kami ni -ve COVID..
Untuk dapatkan result UJIAN SWAB tu, terpaksa lah pergi ke pusat kuarantin masing-masing. Cari doktor yang bertugas di situ. Sahkan dokumen swab test. Kemudian hantar balik ke kaunter MYSALAM untuk dia kemaskini.
Tempoh kemaskini dalam anggaran 2 minggu @ sebulan Bergantung pada keadaan semasa. kalau tidak ada respon, sila call balik NO MYSALAM.. (PESANAN DARI KAUNTER MYSALAM, SURUH DIA PERCEPATKAN BORANG KITA)
Jadi bolehlah kongsikan info ini ya. Sebabnya ramai lagi yang tidak tahu, dan bayaran tertunggak disebabkan tiada result swab test. Ini contoh borang yang ditunjukkan dalam gambar.
Nota: Surat TERBARU kuarantin sekarang, dah ada hitam putih yang membuktikan kita -ve @ +ve.. Jadi tiada masalah. Yang ada masalah adalah surat yang dari BULAN 4 (April 2021) dan sebelumnya.
Kredit info: Farra Rafar
Maklumat Lanjut
Jika ada sebarang pertanyaan berkaitan proses tuntutan, anda boleh membuat pertanyaan di talian 1 300 888 938
atau
E-mel melalui [email protected]
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web MySalam dan FAQ MySalam Tuntutan Covid-19