Pekerja Positif COVID Boleh Claim PERKESO. Ini Syarat & Cara Tuntutan
SKIM BENCANA PEKERJAAN PERKESO COVID 19: Tuntutan Faedah / Pampasan Akibat Jangkitan Covid-19 PERKESO
Untuk makluman, pekerja yang disahkan positif covid-19 di tempat kerja atau Person Under Investigation (PUI) disabitkan terbit daripada dan disebabkan oleh pekerjaan dan menjalani tempoh kuarantin boleh membuat permohonan tuntutan Faedah Hilang Upaya Sementara (HUS) melalui majikan.
PERKESO juga menubuhkan badan bertindak khas untuk menyiasat tuntutan di bawah skim berkenaan bagi mempercepatkan urusan bayaran kepada mereka yang terbabit.
Ramai yang telah berjaya membuat tuntutan / claim PERKESO disebabkan positif COVID 19.
Jika anda masih belum membuat tuntutan, sila rujuk maklumat lanjut di bawah untuk mengetahui syarat dan cara claim PERKESO.
Tuntutan Faedah COVID-19 PERKESO (Penyakit Khidmat)
Seiring peredaran negara memasuki Fasa ‘Peralihan Ke Endemik’, bermula 1 April 2022, semua permohonan tuntutan faedah COVID-19 akan diproses sebagai Penyakit Khidmat.
Tuntutan ini terhad kepada pekerjaan yang melibatkan pendedahan kepada agen biologi dan jangkitan dalam kalangan pekerja jagaan kesihatan.
Melalui penguatkuasaan baharu ini, Orang Berinsurans (OB) layak menerima faedah di bawah Skim Bencana Pekerjaan atau Skim Keilatan mengikut kelayakan masing-masing.
Apakah Itu Penyakit Khidmat?
Penyakit yang berpunca atau terbit daripada pekerjaan sebagaimana yang disenaraikan di Jadual Kelima, Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.
Contoh Penyakit Khidmat:
- Hilang pendengaran disebabkan oleh paras tekanan bunyi tinggi yang berterusan
- Penyakit asma disebabkan oleh pekerjaan yang melibatkan pendedahan berterusan kepada sedutan habuk atau bahan kimia yang merbahaya dan sebagainya
- COVID-19
Skim Bencana Pekerjaan PERKESO COVID-19?
Untuk makluman, Pencarum PERKESO yang dijangkiti COVID-19 akibat/terbit dari aktiviti pekerjaan SEBELUM 1 APRIL 2022 layak dilindungi di bawah Skim Bencana Pekerjaan yang menyediakan faedah berikut :
- Faedah Perubatan
- Faedah Hilang Upaya Sementara
- Faedah Hilang Upaya Kekal
- Elaun Layanan Sentiasa
- Kemudahan Pemulihan
- Faedah Orang Tanggungan
- Faedah Pengurusan Mayat
- Faedah Pendidikan
Bagi pencarum PERKESO yang dijangkiti COVID-19 bukan berpunca dari pekerjaannya dan telah menyebabkan keuzuran yang berkekalan dan tidak berupaya bekerja semula termasuk kematian, perlindungan disediakan di bawah Skim Keilatan yang meliputi faedah berikut:
- Pencen Ilat
- Bantuan Ilat
- Elaun Layanan Sentiasa
- Kemudahan Pemulihan
- Pencen Penakat
- Faedah Pengurusan Mayat
- Faedah Pendidikan
Syarat Claim Tuntutan Faedah Akibat Jangkitan Covid 19 PERKESO
Apa syarat bagi membuat claim PERKESO akibat jangkitan COVID-19?
- Masih bekerja.
- Masih aktif sebagai pencarum Socso.
- Dijangkiti Covid-19 di tempat kerja.
*Jika tidak dijangkiti di tempat kerja, anda masih boleh buat tuntutan jika melibatkan keuzuran kekal @ kehilangan upaya sementara @ kematian.
Kadar Bayaran / Faedah Yang Akan Diterima
Bagi pencarum yang dijangkiti COVID-19 di tempat kerja, mereka layak mendapat faedah daripada PERKESO manakala bagi kes membabitkan kematian, pencarum yang berusia kurang 60 tahun layak untuk faedah walaupun jangkitan bukan di tempat kerja.
Macam mana nak tahu berapa pampasan yang kita layak terima?
Ini perkiraannya :
( 80% Purata gaji ÷ 30 hari ) x Jumlah hari dirawat / kuarantin
NOTA: Bagi kes indeks, siasatan lanjut akan dilakukan bagi mengenal pasti punca jangkitan sekali gus menilai kelayakan mereka untuk menerima faedah PERKESO.
Baca juga: EIS PERKESO: Cara Mohon Elaun Mencari Pekerjaan Jika Anda Diberhentikan
Cara Buat Tuntutan (Claim) PERKESO Jika Positif COVID 19
Menjadi tanggungjawab Majikan untuk melaporkan kemalangan tersebut kepada PERKESO dengan kadar segera iaitu mengemukakan permohonan melalui Borang 34.
Cara memohon secara dalam talian dan fizikal, faedah PERKESO bagi kes COVID-19
- Cara permohonan untuk menuntut faedah PERKESO bagi kes COVID-19 adalah sama seperti tuntutan bagi kemalangan semasa bekerja iaitu dengan melengkapkan Borang 34 (Borang Butiran Notis dan Tuntutan Faedah)
- Permohonan boleh dibuat secara manual dan dikemukakan kepada pejabat PERKESO berhampiran.
- Majikan boleh mengemukakan permohonan secara dalam talian menerusi Portal Permohonan Faedah di pautan https://faedah.perkeso.gov.my dengan log masuk menggunakan nama pengguna (username) dan kata laluan (password) yang sama bagi Portal ASSIST.
Permohonan yang telah lengkap perlu dihantar ke Pejabat PERKESO yang berhampiran untuk siasatan lanjut dari pegawai.
Berikut adalah dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan:
- Borang Butiran Notis dan Tuntutan Faedah – Borang 34 https://www.perkeso.gov.my/…/Bor…/borang34/Borang_34.pdf (Bagi Kes Covid-19 Sebelum 1 April 2022) @ Laporan Perubatan Untuk Memohon Penyakit Khidmat (Bagi Kes Covid-19 Selepas 1 April 2022)
- Salinan kad pengenalan
- Sijil Cuti Sakit Asal
- Salinan rekod kedatangan / Kad perakam waktu bulan kemalangan yang disahkan oleh majikan atau surat pengesahan majikan (jika tidak mengamalkan rekod kedatangan / sistem kad perakam waktu).
- Laporan Pengesahan Positif Covid-19
- Slip gaji 6 bulan sebelum kemalangan
- Salinan muka hadapan buku akaun bank/ penyata akaun simpanan
- MC kalau tiada, surat kuarantin dari KKM pun boleh
- Isi Ruang Penyakit Khidmat
TAMBAHAN: Majikan perlu buat sedikit kronologi jangkitan di tempat kerja (Contoh : Siapa yang kena dahulu dan apa tindakan majikan apabila pekerja terkena jangkitan)
NOTA: Permohonan mesti dikemukakan oleh pihak majikan.
Tempoh Proses Tuntutan Skim Bencana Pekerjaan PERKESO Covid 19
Permohonan pencarum dijangkiti wabak itu semasa bertugas akan diproses secepat mungkin dan tempoh maksimum diambil Perkeso selama 45 hari daripada hari kes diterima.
Baca juga: Tiada Lagi Gelang, Ini Cara Update MySejahtera Jika Positif RTK Covid-19
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat dan info lanjut tentang Skim Bencana Pekerjaan COVID-19 PERKESO, sila rujuk laman web rasmi PERKESO di pautan berikut: https://www.perkeso.gov.my/tuntutan-faedah-berkaitan-covid-19.html