EIS PERKESO: Cara Mohon Elaun Mencari Pekerjaan Jika Anda Diberhentikan
Apabila pekerja diberhentikan, mungkin ramai yang mengharapkan pampasan daripada syarikat semata-mata seperti VSS atau MSS, sedangkan pekerja juga boleh claim bantuan atau elaun dari Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) atau EIS PERKESO.
Seperti yang kita sedia maklum, syarikat penerbangan, sektor perhotelan dan pelancongan adalah antara industri yang terkesan teruk dan terpaksa mengecilkan pengurusan operasi mereka akibat penularan wabak COVID-19 ini.
Dalam pengumuman Belanjawan 2021, tempoh Elaun Mencari Kerja akan dilanjutkan selama 3 bulan dan kadar menuntut juga diubah kepada 80% gaji bulan pertama, 50% bagi bulan ke-2 hingga ke-6, dan 30% bagi 3 bulan terakhir.
Selain bantuan kewangan, pekerja juga layak untuk memohon pelbagai faedah kehilangan pekerjaan melalui Sistem Insurans Pekerjaan (EIS / SIP PERKESO).
Ketahui lebih lanjut tentang permohonan SIP PERKESO / Sistem Insurans Pekerjaan melalui maklumat yang kami kumpulkan melalui laman web PERKESO di bawah ini.
Apakah SIP / EIS PERKESO?
EIS (Employer Insurance System) atau SIP (Sistem Insurans Pekerjaan) PERKESO menyediakan Insurans Pekerjaan, Perkhidmatan Pekerjaan dan Maklumat Pasaran Buruh (LMI).
Sekiranya anda pencarum SIP yang kehilangan pekerjaan, anda mungkin layak untuk menerima 2 faedah berikut:
- faedah berbentuk kewangan
- faedah bantuan pencarian pekerjaan
Syarat Kelayakan
Pekerja yang layak diliputi di bawah Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta EIS) adalah seperti berikut:
- Semua pekerja yang bertaraf warganegara Malaysia dan pemastautin tetap.
- Berumur 18-60 tahun*
- Bekerja dengan sektor swasta**
- Berkhidmat berasaskan kontrak perkhidmatan (contract of service)
*Dengan satu pengecualian yang penting:
Pekerja berumur 57 tahun ke atas yang tidak pernah mencarum sebelum mencapai umur tersebut TIDAK diliputi Akta SIP dan TIDAK perlu mencarum.
** Pekerja badan berkanun, kuasa tempatan, perkhidmatan awam dan negeri, pekhidmat domestik dan bekerja sendiri TIDAK diliputi Akta SIP.
Semua permohonan tuntutan faedah SIP perlu memenuhi syarat-syarat berikut;
- Membuat permohonan tuntutan faedah dalam tempoh 60 hari selepas tarikh kehilangan pekerjaan (loss of employment).
- Memenuhi Syarat Kelayakan Caruman iaitu caruman pekerja telah dicarum mengikut jadual caruman SIP dan mempunyai bilangan bulan minimum dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Kategori Kehilangan Pekerjaan Yang Layak Membuat Tuntutan EIS PERKESO
Kategori kehilangan pekerjaan yang boleh dibuat tuntutan adalah seperti berikut :
- Pembuangan kerja / pertindihan
- VSS/MSS (Skim pemisahan sukarela dengan persetujuan bersama)
- Penutupan tempat kerja kerana bencana alam
- Bankrap atau penutupan tempat kerja
- Pembuangan kerja konstruktif
- Perletakan jawatan disebabkan gangguan seksual atau ugutan di tempat kerja
- Perletakan jawatan apabila diarah melaksanakan kerja di luar skop yang membahayakan keselamatan
Manakala kategori kehilangan pekerjaan yang tidak dipertimbangkan tuntutan adalah seperti berikut :
- Pembuangan akibat salah laku pekerja
- Peletakan jawatan sukarela oleh pekerja
- Persaraan
- Tempoh kontrak perkhidmatan tamat (termasuk penamatan kontrak atas persetujuan bersama atau penyiapan kerja mengikut terma kontrak perkhidmatan)
Faedah SIP PERKESO
Sistem Insurans Pekerjaan menawarkan dua jenis faedah iaitu faedah berbentuk kewangan dan faedah bantuan pencarian pekerjaan.
Terdapat 5 jenis faedah berbentuk kewangan iaitu:
1. Elaun Mencari Pekerjaan (EMP)
- Elaun kewangan bagi mereka yang kehilangan sumber pendapatan tunggal.
- Pemohon yang berjaya akan dibayar elaun bulanan minimum 3 bulan dan maksimum 6 bulan mengikut kadar dalam Jadual 1 dan berdasarkan Gaji Bulanan Anggapan.
- Tempoh bayaran akan ditetapkan oleh Syarat Kelayakan Caruman (CQC) pemohon. Jadual kelayakan CQC.
- Pemohon mesti membuktikan mereka aktif mencari pekerjaan bagi melayakkan mereka menerima elaun yang seterusnya.
2. Elaun Pendapatan Berkurangan (EPB)
- Elaun kewangan bagi mereka yang mempunyai beberapa pekerjaan dan telah kehilangan sekurang-kurangnya satu, tetapi tidak semua pekerjaan
- Kadar dan tempoh bayaran adalah sama dengan EMP
- Dibayar secara pukal
3. Fi / Yuran Latihan (FL)
- Kemudahan latihan vokasional
- Perbelanjaan latihan akan dibayar terus kepada syarikat yang menyediakan latihan (service provider) bagi pemohon yang terpilih
- Pemohon yang berjaya boleh menerima sehingga 6 bulan latihan dengan kos maksimum RM 4000
4. Elaun Latihan (EL)
- Satu insentif kewangan yang dibayar kepada peserta latihan bagi menggalakkan mereka menghadiri semua sesi latihan
- Dibayar secara bulanan dengan kadar RM10 (min) – RM20 (max) / hari (maksimum 6 bulan), bergantung kepada Gaji Anggapan Bulanan
- Peserta mesti membuktikan mereka menghadiri semua sesi latihan untuk melayakkan mereka menerima EL
5. Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA)
- Insentif kewangan yang dibayar kepada penerima faedah EMP yang berjaya kembali bekerja awal
- Sebanyak 25% daripada baki EMP
- Dibayar secara pukal
SIP telah menyediakan 2 jenis faedah bantuan pencarian pekerjaan untuk kemudahan orang berinsurans:
1. Program Penempatan Pekerjaan
Menerusi kaedah sokongan secara individu oleh Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan PERKESO kepada Orang Berinsurans yang berdaftar dengan Program Penempatan Pekerjaan Semula.
2. Kaunseling Kerjaya
Satu perkhidmatan kaunseling yang disediakan oleh Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan PERKESO bagi mengenal pasti jurang kemahiran dan masalah yang dihadapi oleh Orang Berinsurans dalam membantu membuat pilihan dan hala tuju kerjaya.
Baca juga: Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) Kepada Bukan Pencarum PERKESO (RM300)
Cara Permohonan
Permohonan tuntutan faedah SIP boleh dibuat secara atas talian di Portal SIP ataupun hadir sendiri di mana-mana kaunter pejabat PERKESO yang berhampiran dengan anda.
Setiap permohonan tuntutan faedah SIP perlulah mengemukakan dokumen penting iaitu menyertakan;
- Salinan KPPN
- Bukti kehilangan pekerjaan, contohnya surat penamatan kerja
- Salinan maklumat akaun bank
- Slip gaji untuk 6 bulan sebelum tarikh kehilangan pekerjaan
Selain itu, pemohon juga perlulah mengemukakan dokumen sokongan tambahan bagi tujuan melengkapkan tuntutan–tuntutan faedah yang diminta mengikut jenis tuntutan yang layak diterima .
Dokumen sokongan yang disertakan bagi semua jenis faedah adalah seperti berikut:
- Elaun Mencari Pekerjaan (EMP)
- Laporan kepada Program Penempatan Pekerjaan Semula
- Elaun Pendapatan Berkurangan (EPB)
- Perakuan semasa majikan aktif
- Fi Latihan (FL)
- Surat tawaran latihan
- Invois daripada pneyedia latihan
- Laporan kehadiran latihan
- Elaun Latihan (EL)
- Surat menjalani latihan
- Bukti kehadiran latihan
- Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA)
- Surat tawaran kerja
- Dokumen pembuktian melapor diri seperti kad perakam waktu dan lain-lain
Rujuk Panduan Lengkap Permohonan Faedah SIP di sini.
Borang Permohonan SIP / EIS PERKESO & Berkaitan
Sila klik pada tajuk borang untuk memuat turun:
1) Borang SIP 1A – Borang Pemberitahuan Majikan
2) Borang SIP 2A – Borang Pemberitahuan Pekerja
3) Borang SIP 1 – Borang Pendaftaran Majikan
4) Borang SIP 2 – Borang Pendaftaran Pekerja
5) Borang SIP 3 – Pemberhentian Sebagai Majikan
6) Senarai semak permohonan bayaran balik Sistem Insurans Pekerjaan (SIP)
7) Borang Permohonan Sistem Insurans Pekerjaan Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial
Cara Buat Semakan SIP PERKESO
Semakan kes yang telah didaftarkan melalui Portal online boleh dibuat dengan menggunakan kes ID pengguna dan kata laluan dengan cara log masuk ke Portal Rasmi SIP / EIS PERKESO.
Sebarang kes permohonan SIP yang telah ditolak boleh membuat rayuan kepada Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial (JRKS) dengan mengemukakan borang permohonan ke alamat berikut:
Urus Setia, Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial, Tkt 11, Menara PERKESO, 281, Jalan Ampang, 50538 Kuala Lumpur.
Baca juga: BKC: Bantuan Khas COVID19 (Jadual Kategori Miskin Tegar, B40 & M40)
Maklumat Lanjut
Sila layari Portal EIS atau PERKESO untuk mendapatkan maklumat lengkap tentang pelbagai lagi perkhidmatan yang ditawarkan.
Hubungi Pusat Khidmat Pelanggan (CRM) di talian 1 300 22 8000 atau melalui emel [email protected]
ATAU